51

1.3K 101 13
                                    

AKU masukkan plastik yang berisi pakaian kotor ke dalam beg baju. Letak baju je dulu. Yang lain masukkan esok pagi lepas mandi. Kalau tak nanti dah kemas kena keluarkan balik. Maleh aku.

"Buat apa, Hawa?" Tanya Nana.

"Simpan baju kotor," jawabku. Aku naik ke atas katil dengan menghempaskan badan. Penat.

"Oh. Eh, janganlah tidur. Lepas ni ada aktiviti lagi," tegur Nana bila nampak mata aku dah nak tertutup.

"Kejap. Lima minit je," kataku perlahan. Mata makin lama makin tertutup.

"Tak boleh, tak boleh. Sekarang dah pukul sembilan. Sembilan suku dah kena berkumpul," tegas Nana. Tangan aku ditarik sampai terduduk.

Aku mengusutkan rambut geram.

"Sabarlah. Aku penat ni," bentakku.

"Penat apanya? Kau bukan buat apa-apa sangat pun hari ni. Flying fox tak, Bungee tak, rock climbing pun tak. Naik bot dengan kayak je pun. Macam baru lepas marathon satu Semenanjung je gayanya," celah Maya yang baru masuk ke dalam kawasan tempat tidur dengan segelas mug.

Aku jeling dia.

"Biarlah."

Maya mengherotkan bibir.

"Ingat cantik ke buat macam tu?" Selarku. Rambut aku sikat untuk diikat kembali. Tadi macam apa dah menggerbang sana sini.

"Of course. Aku 24/365 cantik."

Aku buat-buat nak muntah. Oh, please. Siapa ada baldi? Eh, bukan. Nak tangki hitam tu. Rasa nak muntah bertong-tong dengar ada orang puji diri sendiri ni. So narcissistic!

"Perasan," komenku.

"Well, haters gonna hate." Maya buat muka angkuh dengan senyuman annoying yang dah jadi trademark dia tu.

"Jangan gaduh!" Sampuk Nana dengan kedua-dua tangan diangkat. Kitorang tengok dia.

"Okey," balasku pendek.

"Okeylah dah dia yang start," cebik Maya.

"Hei, aku dah stop, kan? Yang kau pergi sambung balik kenapa? Memang nak kena dengan aku ke?" Tangan aku naik mencekak pinggang.

"Go on. Tapi sedarlah aku tinggi daripada kau," ejek Maya.

"Bangga lah tu?" Aku kecilkan mata tengok Maya.

"Eh, mesti."

"5 cm je pun."

"Je pun? 5 cm tu jauh tahu perbezaan dia?"

"Aku pakai heels dua tiga inci sama tinggi lah dengan kau nanti."

"Then, aku pun boleh pakai heels juga."

"Mana boleh!"

"Kenapa tak boleh pula? Kaki aku."

"Kaki kau tu bukan kau punya."

"Aik? Kalau bukan aku, siapa punya?"

"Er, Allah punya!"

Krik. Krik. Krik.

Aku tengok Maya. Maya tengok aku.

Apa dia aku cakap tadi? Kenapa bunyi macam budak-budak tadika gaduh je?

"Sudah, sudah. Aku baru siap mandi, tapi aku yang siap dulu. Yang korang berdua ni, bila nak bersiap?" Rizqa yang dah siap bertudung dan berstoking peluk tubuh tengok kitorang. Seorang sampai berdiri atas katil, seorang lagi dengan mug dekat tangan.

"Kejap lah. Nak siap lah ni," cebikku.

"Yalah tu nak siap. Tak bergerak-gerak pun dari tadi." Sempat lagi Maya memerli.

EVERISAWhere stories live. Discover now