57

1.2K 102 8
                                    

BAGASI aku masukkan ke dalam bonet kereta. Lepas tu, aku masukkan pula bagasi Hannah. Siap, bonet tu ditutup.

"Dah, akak?" Tanya ayah.

Aku angguk.

"Dah. Jom, Han," ajakku. Hannah pula angguk saja dan ikut aku masuk ke dalam kereta. Aku duduk dekat depan dengan ayah manakala Hannah pula duduk di belakang.

"Hannah ni orang mana, ya?" Tanya ayah sambil memandu.

"Oh, saya orang sini je, uncle."

"Oh, dekat sini je. Ni satu lagi, tak payah panggil uncle, panggil je ayah. Lagipun ayah ada dua je anak. Itu pun dua-dua duduk asrama," kata ayah.

"Boleh ke ayah?" Amboi, orang bagi green light terus on ya? Hannah kan? Dia mana pernah buat-buat malu.

"Boleh, apa pula tak bolehnya?"

"Ayah ni macam nak cakap tak cukup dengan akak dengan abang je?" Aku tengok ayah dengan mata yang dikecilkan.

"Bukan macam tu. Dah dapat dua pun terlebih dari cukup. Ibu pun bukan larat sangat nak beranak ramai-ramai," nafi ayah lembut.

Aku angguk. Aku tahu cerita tu. Ibu dulu pernah ada masalah dengan rahim dia, jadi ibu susah mengandung. Dapat aku dengan Evan pun melalui IVF. Tapi sekarang dah tak dah. Sebab tu aku selalu usik ibu cakap nak adik tapi sampai kesudah tak dilayan. Ibu kan hati diamond, keras. Mana nak layan rayuan anaknya ni. Hmph!

"Ya, akak tahulah. Ni, ayah memang ada dekat sini ke ayah ambil cuti?"

"Ayah ambil cutilah. Sampai pagi tadi, ayah pergi rumah Mak Ngah akak dulu tumpang rehat. Lepas tu dah pukul dua baru ayah gerak sini."

Aku angguk. Rumah Mak Ngah iaitu kakak ayah tu memang dekat je dengan sekolah.

"Mak Ngah sihat?"

"Sihat alhamdulillah. Tu, Kak Asyikin akak tu dah nak bertunang, tahu?"

Mataku membulat teruja. Kak Aisyah tu sepupu aku yang paling rapat dengan aku. Tua lima tahun daripada aku dengan Evan.

"Seriuslah, ayah? Bila?" Tanyaku laju. Uish, senyap-senyap je eh Kak Asyikin ni. Tup-tup dah nak bertunang.

"In shaa Allah nanti raya. Masa tu akak cuti kan?"

"Em, tak sure lah. Han, kita cuti ke lepas raya?"

"Ha, cuti raya seminggu je. Macam biasa."

"Oh, sempat lah. Asyikin tunang tu masa raya ketiga."

Lah, sempat sangat.

"Ni, akak dengan Hannah dah makan ke? Jauh lagi nak sampai rumah ni," tanya ayah.

"Tak lagi," cebikku manja. Bibirku muncungkan.

Ayah pula gelak lalu cubit pipiku geram.

"Aduh! Sakitlah, ayah!" Pipi aku usap. Kalau cubit lembut tak apa, ini macam nak cubit isi ayam yang keras tu. Sakit oi.

"Pipi akak dah tembam sekarang. Eve makan banyak ke dekat sekolah ni, Hannah?"

"Eve?" Tanya Hannah pelik. Peliklah tu sebab tak ada lagi orang panggil aku Eve dekat sekolah.

"Family aku panggil Eve, Han."

"Oh." Hannah angguk faham.

"Hawa memang makan banyak, ayah. Kalau makan dekat DH, dialah ambil nasi banyak sekali. Yang tu tak apa lagi. Kalau malam je, mesti dia cari coklat atau jajan," cerita Hannah bersungguh.

Aku pusing tengok dia tajam. Berani beraninya dikau membuka rahsia malamku?

"Jajan?" Dengar dah bunyi ayah bagi amaran. Ayah paling pantang anak-anak dia makan benda-benda tak sihat ni.

EVERISAWhere stories live. Discover now