41

1.3K 82 1
                                    

KAKI aku goyang-goyangkan sambil menunggu Maya turun dari bilik. Kitorang dah sampai bawah baru dia perasan tertinggal barang.

"Hawa!"

Aku berpaling. Nampak Maya yang tengah berjalan laju ke arahku. Aku tengok tangan dia. Tak ada barang pun. Dia pergi ambil barang apa tadi? Tertinggal bayang-bayang ke apa?

"Kau pergi ambil apa tadi?"

Maya senyum. Kakinya yang tersarung kasut sukan baru diangkat dan ditunjukkan.

Aku senyum. Cam sangat kasut tu.

"Suka lah tu?" Usikku.

Maya angguk suka.

"Satu lagi." Maya berpusing ke belakang. Nampak beg hitam yang dia pakai tadi dah bertukar dengan beg berwarna krim.

Kedua-dua hadiah daripada Uncle Arman hari tu dia pakai hari ni.

"Good choices, Maya." Aku tepuk-tepuk bahu dia. Maya angguk.

"Aku dah fikir masak-masak. Lepas ni, aku nak betulkan hubungan aku dengan papa. Aku dah tak nak kisahkan Ellina lagi. Apa yang aku tahu, aku just nak rapat balik dengan papa je."

Aku angguk bersetuju.

"Okeylah. Jom. Nanti kita lambat pula. Bas sampai pukul sembilan kan? Sekarang dah lapan empat puluh," ajak Maya.

"Haah. Jom." Cepat-cepat aku ambil beg baju yang aku letak di tepi tempat aku duduk tadi. Maya pun buat benda sama.

"Jom, aku excited ni. Dah lama tak pergi Resort Permata."

Kami berbual sambil berjalan ke bangunan akademik.

"Kau dah pernah pergi ke?" Tanyaku. Beg baju aku peluk sebab berat sangat kalau nak bawa dengan satu tangan je. Cikgu awal-awal lagi dah larang bawa luggage beroda sebab nanti tak muat bas. Lagipun kitorang pergi empat hari je pun.

"Haah. Masa sekolah rendah dulu. Tapi masa tu kitorang pergi sehari je. So, kitorang tak sempat try semua aktiviti yang ada."

Aku angguk faham. Resort Permata yang akan kami pergi ni bukan macam resort biasa tapi sebaliknya macam pusat aktiviti lasak. Ada banyak aktiviti menarik yang ditawarkan daripada apa yang aku baca dekat internet semalam. Flying fox, Bungee jumping, rock climbing, paintball, kayaking, hiking, jungle trekking dan sebagainya. Kiranya macam pusat kokurikulum pun ada. Seminar yang kami nak pergi ni pula bukan setakat untuk belajar je, tapi termasuk aktiviti untuk rehat minda sekali.

"Tu, dah ramai dah tunggu."

Maya tunjuk ke arah tapak perhimpunan sekolah yang luas. Macam yang dia cakap, dah ramai yang menunggu. Ada yang tengah berdiri, ada yang bersila atas jalan tar, ada yang tengah main phone dan ada juga yang tengah tidur. Aku cam sangat siapa yang tidur tu. Qayyum. Budak tu memang selalu tidur tak kira tempat. Samalah dengan orang tepi aku ni. Dekat tempat paling random pun boleh lena.

"Hawa! Maya!" Nana yang tadi tengah berbual dengan Rizqa dekat tangga stage melambai-lambai ke arah kami dengan teruja. Rizqa pun bila tengok Nana lambai, dia pun ikut melambai.

Aku balas lambaian mereka sebelum berjalan ke arah itu. Beg aku letakkan di atas stage.

"Awal sampai?" Tegurku sambil berdiri. Maya pula ambil tempat di sebelah Nana.

"Kitorang bukan stay dekat asrama macam korang. Jalan lima minit dah sampai. Nanti kalau terlepas bas, naya je," jawab Nana. Rizqa pula cuma angguk. Rizqa ni memang pendiam kalau dekat tempat orang ramai ni. Kalau dalam kelas, memang tak berhenti mulut dia bercakap.

"Lambat lagi ke bas nak sampai?" Tanya Maya yang tengah tarik-tarik tali bendera dekat tiang. Habis bergerak-gerak tali tu turun naik. Nasib baik tak ada bendera je dekat situ.

EVERISAWhere stories live. Discover now