09

1.5K 92 4
                                    

"BALIK kampung! Ooo balik kampung!"

Riang ria aku menyanyi sambil mengemas barang ke dalam beg baju. Seronok bukan main aku lepas ayah kata ayah boleh ambil minggu ni. Dah sebulan aku dekat sini baru kali ni aku boleh balik. Ini pun sebab ayah ada seminar dekat kawasan sekitar sini. Biasalah, ayah kan lecturer, mestilah sibuk. Sebab tu aku kena faham jadual kerja ayah. Lagipun aku kan dah besar, takkan nak homesick lagi kut.

"Amboi, happy nampak." Teguran Hannah yang berada di meja jepun menghentikan nyanyian aku.

"Of course! Dah lama tak balik, weh. Macam mana muka ibu aku pun dah tak ingat."

"Over sangatlah tu sampai tak ingat muka," cebik Hannah.

"Ni kau dah siap packing ke belum?" Baju terakhir aku lipat lalu aku masukkan ke dalam beg. Baju-baju yang bertimbun itu aku tekan-tekan sebelum zip ditarik. Banyak sangat baju ni sampai kembung.

"Lepas ni lah. Daddy aku ambil petang-petang sikit. Lambat lagi," balasnya malas. Fokusnya dikembalikan kepada komik di tangan.

Aku angguk.

Tasneem yang baru keluar dari bilik air menegur aku.

"Eh, siap dah Hawa?"

"Hm! Sikit je barang ni," kataku. Eh, sikitlah sangat. Baju lagi, buku lagi. Nasib baik barang aku dekat rumah pun ada.

"Nanti balik jaga diri tau, Hawa," pesannya lembut.

Alahai, Tas ni lembut betullah. Bagi pesanan pun macam mak-mak dah aku rasa.

"Aye aye, captain!" Salute aku buat sebelum kami tertawa. Macam budak-budak kecil.

"Semua balik, kan?" Soal Hannah.

Aku berfikir sebelum angguk. Rasanya semua balik kut. Sebab masa jumpa warden semalam pun, kami berlima semua sign surat balik tu.

"Maya pun balik ke?" Tanyanya lagi.

Katil Maya aku pandang. Tadi, Maya dan Reen keluar nak pergi taman asrama untuk berjoging. Rajin betul diorang pagi-pagi macam ni.

"Rasanyalah," jawabku perlahan. Aku mengeluh sekali. Hubungan Maya dengan papanya masih tiada apa-apa perubahan. Papanya tak pernah call atau tanya khabar selepas hari tu dan Maya pun turut keras kepala. Kalau sama-sama tak mahu mengalah, sampai bila-bila tak akan selesai masalah. Haih. Entahlah, labu.

"Tadaima!" Jerit Reen yang baru masuk ke dalam bilik. Maya turut ada di belakangnya.

"Siap dah joging? Tak sampai setengah jam pun lagi," komen Hannah.

"Berpeluh pun tak," sampuk Tasneem.

Reen dan Maya saling berpandangan lalu tersengih-sengih. Sah! Plan nak berjoging hari ni tak kesampaian. Dah tahu dah dua orang ni.

"Maya ni, ajak aku jalan-jalan. Aku nak je joging," adu Reen.

Mata Maya membulat tak percaya. Tuala yang tersangkut di lehernya dilibas ke lengan Reen.

Pap! Kuat sampai satu bilik boleh dengar.

"Aduh!" Lengan yang terasa pedih digosok-gosok. Sakit oi kena dengan akak volleyball ni.

"Korang, tengok Maya ni!"

Hannah pula tersenyum senget di meja jepun. 

"Sekarang kau rasalah apa yang aku rasa selama ni. Sakit, kan?" Kening kiri diangkat setinggi yang boleh.

Reen pula mencebik apabila aduannya tak diendahkan langsung.

Aku dan Tasneem pula cuma menggeleng. Macam-macam hal.

EVERISAWhere stories live. Discover now