Tahun 2023.
DING!
Pintu lif terbuka. Terpampang di skrin atas pintu lif nombor 5 menandakan aku sekarang berada di tingkat lima.
Kakiku melangkah keluar dari perut lif dan berjalan merentasi hallway yang panjang untuk ke kelas. Orang-orang yang menegurku aku balas dengan senyuman dan anggukan saja. Lama aku berjalan untuk ke kelas yang terletak di hujung tingkat.
Sesampainya aku di depan pintu kelas, dedaun pintu aku buka sebelum masuk ke dalam. Sempat aku tengok papan kecil di atas pintu untuk pastikan yang aku tak tersalah kelas.
5 Elite.
"Amboi, amboi, amboi. Terpaling awal ya, kau?"
Suara Nana kedengaran sebaik saja aku masuk ke dalam.
"Ala, hari first, kan? Bukannya cikgu mengajar lagi pun," balasku selamba. Meja yang terletak di sebelah kanan kelas aku ambil.
"Pergi mana?" Tanya Nana ingin tahu. Spek matanya dibetulkan. Spek baru tu. Katanya terpaksa buat hujung tahun lepas sebab mata dia dah kabur. Sebabnya? Gara-gara selalu membaca dalam gelap.
Lain kali contohi aku yang selalu jaga mata ni. Perfect sight. Hoho.
"Pergi kelas form 4 kejap. Nak tengok takut-takut ada tertinggal barang tahun lepas."
Nana angguk faham.
Lepas tu, kitorang diam buat kerja masing-masing. Bukan buat kerja sangat pun. Aku tengah usik orang tepi aku yang dari tadi tidur.
Siapa lagi kalau bukan Armaya Irisa?
Dari form 4 sampailah form 5, kerja nak tidur je. Ingat dia ni koala agaknya.
"Janganlah kacau." Maya tepis tangan aku yang mencucuk-cucuk pinggangnya.
"Bangun."
"Tak nak. Cikgu tak ada pun sekarang, kan?"
"24 jam tidur kau ni. Ada minum ubat batuk ke?"
"Diam kau. Aku penat buat kerja semalam."
"Buat apa je?"
"Cek itu, cek ini."
Terangguk-angguk kepala aku. Orang ada jawatan, kan? Banyaklah kerja.
Eleh, kau? Cakap orang.
"Kau tu, siap dah ke kerja?"
Aku buat muka berlagak.
"Aku dah siapkan dekat rumah lagi, okey? Tak mainlah esok dah nak guna, hari ni baru buat."
Maya jelirkan lidah. Menyampah lah tu. Aku memang suka buat dia annoyed.
"Tidurlah kalau kau nak tidur. Semoga dalam mimpi nanti jumpa orang dekat..."
"Dekat?"
Aku berbisik di tepi telinga Maya.
"...dekat Melbourne."
Pak!
"Au!" Aku pegang paha yang ditampar kuat tadi. Mak aih, ini macam nak tampar gendang je gayanya.
"Jangan nak mengarut. Kitorang kawan je lah," marah Maya.
Aku buat muka.
"Kawan konon. Hari-hari chat, hari-hari on call, hari-hari ajak keluar masa cuti hujung tahun hari tu. Kawan ke spare part?"
Pak!
"Aduh, sakitlah Maya!" Aku usap sekali lagi paha aku. Tempat sama pula tu. Aku jauhkan sikit kerusi dari kerusi Maya. Tak mahu pisang yang dah berbuah dua kali jadi tiga kali pula.
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...