KERUSI di tepi Cikgu Vee aku ambil. Isaac pula duduk di tepiku yang sebelah lagi. Tiada masalah sebab kerusi disusun berjarak antara satu sama lain. Kami sekarang berada di dewan terbuka sekolah kerana majlis penutup akan dimulakan dalam masa lebih kurang lima minit saja lagi.
"Pergi mana tadi?" Tanya Cikgu Vee.
"Kami pergi tengok-tengok sekolah kejap tadi," jawabku. Telefon bimbit aku setkan sebagai vibrate supaya tak mengganggu majlis nanti.
Cikgu Vee angguk. Badannya dibawa sikit ke depan sambil menghadap aku dan Isaac di tepi.
"Ni, majlis dah nak mula ni. Kalau you guys tak dapat top 10 pun, don't be disappointed, okay? I'm already proud of both of you," pesan Cikgu Vee.
Aku angguk.
"Thanks, cikgu," jawab Isaac.
Kemudian, kami sama-sama diam menunggu majlis bermula. Sepatutnya pukul dua lagi majlis start tapi sekarang dah 2.04 pm. Biasalah, kalau start pukul dua tu, paling-paling awal 2.15 baru betul-betul start majlis. Dah biasa sangat dah.
"Hawa." Isaac di sebelah memanggilku. Aku berpaling.
"Hm?"
"Nak phone kejap," pintanya.
Aku pula diam sekejap sebelum hulurkan telefonku selepas menekan fingerprint. Loading kejap.
Isaac pula pantas ambil telefonku sebelum menekan-nekan sesuatu. Aku intai sikit nak tengok dia buat apa. Walaupun tak ada benda nak disembunyikan pun dalam phone aku, tapi risau juga nak bagi orang guna ni. Dahlah phone ni ayah baru belikan sebagai hadiah dapat masuk STH masa awal tahun hari tu.
Aku tengok je apa yang Isaac buat. Dia buka Call kemudian dialpad. Beberapa nombor dia tekan sebelum ikon manusia dan tambah dipilih.
TL Isaac Haqqani.
Mata aku putarkan. Aku faham sangatlah maksud TL tu.
"Kenapa letak TL?" Tanyaku. Sebenarnya nak cakap 'Bangga sangatlah sampai letak TL dekat situ?', tapi risau kena debik pula lepas ni. Jadi aku tanya secara berhemah sikitlah.
"Takut-takut kau jumpa orang lain nama Isaac juga. Better aku save awal-awal," katanya. Sambil-sambil itu, nombornya ditekan untuk membuat panggilan. Telefonnya yang awal-awal dah di-silent dikeluarkan dari seluar lalu nombor aku juga disimpan.
Eve Nur Hawa. Okey, satu markah sebab ingat nama aku.
Sekejap. Kening aku kerutkan.
"Ada ke orang lain nama Isaac dekat sekolah kita?"
Isaac angguk.
"Adalah dalam dua tiga orang, tapi budak lower lah. Dah, jangan banyak tanya. Ni, aku bagi nombor aku ni untuk kau minta tolong apa-apa. Tapi jangan sebarkan pula." Telefon aku dihulurkan.
Aku angguk. Orang dah bagi nombor kita ambil sajalah. Buat simpanan masa depan orang kata. Lagi-lagi Isaac ni budak pandai. Nanti aku keluar sekolah, mana tahu perlukan bantuan dia untuk apa-apa urusan masuk universiti ke biasiswa ke apa. Senang sikit kalau ada connection dengan senior ni.
Telefon aku cuba ambil tapi ditarik semula.
Aku mengerutkan kening. Dia ni nak bagi ke tak? Ke teringin nak main macam penjual aiskrim viral dekat luar negara tu? Usik pelanggan tak nak bagi aiskrim.
"Especially Hannah."
Mataku pandang mata Isaac laju. Sebentar cuma sebab mata dia yang super tajam tu pun tengah pandang mata aku. Aku ni tak bolehlah tengok mata dia lama-lama. Rasa macam kena pukau pun ada. Seram!
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...