BETULLAH orang cakap. Penantian itu satu penyeksaan. Orang yang ditunggu mungkin tak rasa apa-apa tapi yang menunggu ni dah mula rasa nak gatal kepala.
Lama.
Dah dekat dua puluh minit kitorang tunggu orang yang tak naik lagi dengan Cikgu Mira iaitu cikgu Kimia baru sekolah. Baru je lapor diri minggu lepas.
Aku buka tutup telefon untuk hilangkan bosan. Nak main game pula takut habis bateri cepat. Dahlah perjalanan jauh lagi. Maya pula awal-awal dah pakai sleeping mask. Mengantuk katanya. Yalah, dah semalam pukul berapa dia tidur sebab kemas barang. Maya, kan? Buat apa-apa pun ambil masa berjam-jam. Nak cari baju lagi, nak cari seluar lagi, nak lipat lagi, nak susun dalam beg lagi. Last-last pukul tiga baru dia tidur. Aku yang mulanya nak teman dia pun awal-awal lagi dah tersungkur.
"Lambat lagi ke?" Senior lelaki yang duduk di barisan belakang sekali merungut kuat. Sampai orang yang duduk depan sekali pun toleh.
"Dah pukul berapa ni? Kata nak bergerak sembilan suku. Dah nak dekat sembilan setengah dah ni."
Aku iyakan dalam hati. Memang semua sekolah macam ni ke? Cakap nak start pukul sekian sekian tapi akhirnya lambat juga start betul-betul.
Belakang badan aku sandarkan pada kerusi sebelum memejamkan mata. Baik aku tidur daripada tunggu orang yang dah macam bagai menunggu bulan jatuh ke riba ni. Lambat.
Lama suasana bas bising sebelum tiba-tiba senyap. Aku buka sebelah mata untuk intai apa yang jadi. Mengikut pengalaman aku belajar lebih tiga bulan dekat sini, satu je sebab budak-budak sekolah ni daripada bising boleh jadi diam.
The Leaders.
Ya, betul. Dekat depan bas, aku dah nampak tiga susuk tubuh tinggi yang baru masuk dengan beberapa plastik di tangan. Masing-masing selamba masuk macam diorang tu tak lambat.
Aku alihkan pandangan. Sakit hati tengok muka Isaac. Aku ni pun macam Maya juga, mudah berdendam dan terasa. Apa yang orang buat berkurun lamanya pun aku boleh ingat sampai sekarang.
"Attention, please." Suara Isaac kedengaran di dalam bas ini.
Aku still pandang luar tingkap. Macam Maya cakap sebelum ni, dengar dengan telinga.
"Ada yang belum breakfast ke?" Tanyanya.
Dari pantulan cermin ni, aku nampak beberapa tangan yang naik. Ramai juga yang tak breakfast rupanya. Ingatkan aku dengan Maya je. Tapi aku tak angkatlah pula tangan sebab tak mahu dia nampak aku dekat sini. Badan pun dah habis aku rendahkan tak nak kasi orang depan tu nampak aku. Tapi itulah, sebagai seorang yang boleh dikira tinggi untuk perempuan, aku tak boleh nak menyorok sangat juga.
"Okay, don't worry. Dalam plastik ni ada croissant yang kantin sediakan. Ada inti caramel, coklat dengan blueberry. Nanti aku, Rayhan dengan Seif bagi, cakap je nak filling apa. Boleh?"
"Boleh!" Semangat suara kawan-kawan aku menjawab. Padahal tiga belas orang je pun. Yalah, dah tolak aku dengan Maya.
Maya aku tengok. Dah lena sungguh dah dia ni. Sampai ternganga mulut. Aku tahan gelak. Telefon aku angkat dan aku ambil gambar dia beberapa keping. Hehe, boleh jadi bahan untuk blackmail dia lepas ni.
Aku intai sikit dari tempat aku duduk. Nampak Isaac, Rayhan dengan Seif yang tengah bahagikan makanan. Macam-macam ragam kawan-kawan aku yang diorang kena hadap. Plastik kemeklah, tak minat semua filling lah, nak dua lah. Harap bersabar lah tiga orang tu.
Bosan, aku usik Maya yang tengah tidur. Aku tekan-tekan pipi dia sebelum tanganku ditepis. Bibir aku ketap menahan gelak. Aku tolak pula mulut dia bagi tutup. Dia tolak lagi. Kali ni makin besar pula mulut dia ternganga.
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...