67

1.4K 91 1
                                    

HARI ni sehari sebelum sekolah dibuka semula selepas raya Aidilfitri. Jadi budak-budak asrama memang dah balik ke sekolah. Kalau tanya aku, memang banyak benda yang jadi sebelum raya ni.

Satu, exam pertengahan tahun. Yang ni selamat dilalui dengan jayanya. Keputusan exam pun dah dapat dan alhamdulillah aku dapat tempat pertama dalam batch mengalahkan Maheer dan Nana. Membebel dua orang tu bila tahu aku rampas tempat diorang. Hoho.

Kedua, kes aku, Isaac dengan Wyatt. Lepas jumpa Isaac dekat bilik infirmary tu, memang aku terus balik bilik dan dapat MC dua hari. Jadi aku tak bersekolah sampailah hari Ahad minggu lepas tu. Rugi tu memang rasa rugi bila tak masuk kelas, tapi aku pun tak larat nak buat kerja sangat. Tambahan lagi kawan-kawan aku semua larang aku daripada study even dalam bilik sekalipun.

Masuk je kelas hari Ahad tu, semua pakat minta maaf dengan aku. Dalam rasa aneh dan hairan, Maya terangkan yang Isaac dah buka mulut pasal apa yang jadi. Katanya memang salah dia
dan dia minta semua untuk tak kacau aku lagi. Yang kecam aku dekat website sekolah dengan orang-orang yang serang aku hari aku pengsan tu semuanya dah dapat hukuman.

Lima belas jam volunteer service, tiga jam detention dan cuci tandas sekolah selama seminggu. Masa yang diberi sampai sebulan lepas raya memandangkan masa tu bulan puasa dan musim exam.

Aku rasa bersalah tapi aku tahu, kalau aku merayu minta Isaac ringankan denda tu pun dia tak nak. Sebabnya dia sendiri yang cakap takkan bagi muka dekat pembuli. Katanya apa yang aku kena hari tu dah dikira sebagai buli mental dan buli siber.

Wyatt pula dah kembali ke sekolah lepas dua minggu dan mula belajar macam biasa. Macam biasa dia tu, biasalah. Kejap-kejap keluar kelas, kejap-kejap keluar kelas. Berapa kali aku tangkap dia merayau dekat level library. Memang tepuk dahi je aku mampu bila tengok perangai dia ni.

Lepas kejadian tu, semua orang layan aku macam biasa. Tapi itu classmates aku jelah. Yang lain ada yang mula takut dengan aku dan tak kurang juga yang mula tubuhkan pasukan haters. Cumanya diorang tak kacau aku secara terang-terangan. Paling-paling ekstrem pun cuma setakat jeling-jeling bila aku lalu.

Yang tak tahannya junior yang buat semua tu. Tak ada kerja kau, dik. Kau jelinglah akak sampai mata tercabut dari soket sekalipun, akak tak kisah lah.

"Hawa, Hawa, Hawa."

Aku tengok Hannah yang tengah meniarap di atas katil Maya.

"What?" Tanyaku.

"Dah dengar berita tergempar?"

Aku tengok dia pelik. Berita tergempar apa pula ni?

"Apa dia?"

Laju Hannah bangkit dari meniarap. Dia lompat atas katil aku pula. Aku tengok je dia berpindah-randah macam tu.

"Dua minggu lagi..."

"Hmm?" Aku angguk.

"Ada Sport's Day!" Kata Hannah teruja.

Kening aku angkat. Oh, hari sukan. Ingatkan tak ada. Yalah, dah masuk pertengahan tahun dah sekarang.

"Lambatnya," komenku.

Hannah buat rolling eyes.

"Ini pun kira awal, tahu? Tahun lepas nak dekat trial SPM baru dia buat. Tapi dengar cerita sekolah buat awal tahun ni sebab nak sekalikan dengan bulan koku. Kiranya dalam sebulan ni, macam-macam aktiviti ada. Bukan setakat Sport's Day je."

"Ouh, baguslah buat awal. Tak adalah terkejar-kejar atau ganggu study form 5 nak SPM." Aku ambil buku yang terdampar atas katil. Sambung bacaan balik.

"Kan?" Hannah setuju dengan aku. Lepas tu dia lompat ke atas katil Maya balik.

EVERISAWhere stories live. Discover now