"URGH, mengantuknya!"
Aku berpaling sedikit untuk melihat Maya di sisi.
Dengan tangan menongkat dagu dan tudung yang sudah senget, seorang Armaya Irisa memang tak pernah kisah dengan penampilan diri dia. Selekeh ke, kemas ke, dia peduli apa?
Terasa diperhatikan, Maya berpaling melihatku.
"Apa?"
"Sleepy?"
"Very," adunya lalu memutarkan bola mata.
Gula-gula di bawah meja aku ambil lalu dihulur kepada Maya dengan berhati-hati. Risau Madam Anne perasan nanti, habis didendanya. Dan yang pasti, dendanya bukan biasa-biasa. Tiga puluh karangan bahasa Inggeris dalam masa seminggu. Ah, tak sanggup!
"Thanks, weh! Kaulah penyelamat bumi!"
Aku cuma menggeleng saja. Sudah masak dengan perangai Maya walaupun baru dua minggu aku berada di sekolah ini. Malam suka tidur lambat, kelas pun selalu mengantuk. Tapi walaupun selalu tertidur dalam kelas, Maya merupakan antara pelajar terbaik dalam kelas ni. Katanya dia selalu revise balik pelajaran selepas sekolah.
Aku pula, wajib fokus dalam kelas sebab aku ni bukannya jenis yang rajin buat latihan tambahan. Waktu study biasanya aku buat homework saja. Unless kalau cikgu dah ajar still tak faham, barulah aku akan buat latih tubi.
Relakslah. Setiap orang punya cara belajar yang berbeza, kan?
"Okay, class. You may go for your recess. Please make sure you finish all of the last week's tasks and hand them to me before Friday. Understand?" Lantang Madam Anne bersuara.
"Yes, Madam!"
"Good. Class dismissed." Setelah itu, Madam Anne terus keluar dari kelas tanpa berkata apa-apa lagi.
"Uu, rehat! Jom, Hawa. Aku dah lapar sangat ni!" Ajak Maya.
Maya yang sedang teruja mengemas barang aku perhati atas bawah. Tadi bukan main mengantuk, sekarang segar bugar.
"Eh, tunggu apa lagi? Jomlah!" Tangan aku ditarik Maya untuk ke kantin. Kalau lambat nanti kena beratur panjang. Walaupun makanan sentiasa cukup tapi untuk berdiri lama-lama memang dia tak rela.
"Yalah, yalah. Aku boleh jalan sendiri lah."
.
"MAYA! Hawa! Sini, sini!" Hannah memanggil kami dari meja sebaik saja kami berdua masuk ke dalam kantin. Tasneem dan Reen juga sudah ada dan sedang menunggu kami untuk sama-sama menjamu selera.
Tanda sekejap aku tunjuk sebelum bergegas ke kaunter kantin untuk mengambil makanan. Walaupun sekolah ni sekolah elit, tapi mereka tetap menggunakan nama kantin, bukan kafeteria. Kata Hannah, kafeteria itu terlalu mainstream. Bagi aku pula, kalau kafeteria tu mainstream, kantin tu pula apa?
Double mainstream?
Entahlah labu.
Maya beratur di kaunter sebelah kiri untuk mengambil main dish hari ini iaitu spageti carbonara, manakala aku pula beratur di kaunter sebelah kanan. Aku masih kenyang jadi aku cuma mahu mengambil croissant dan fresh orange juice sahaja.
Usai mengambil makanan, aku menunggu Maya di tepi kaunter. Nampaknya masih ramai pelajar di kaunter main dish dan Maya pula masih berada di tengah-tengah barisan.
Maya yang sedang bosan menunggu aku dekati.
"Maya, nak aku tunggu ke tak?"
"Eh, tak payahlah. Ikut perkiraaan dan logik akal, at least sepuluh minit juga nak sampai turn aku ni. Kau pergilah dulu. Tapi jangan makan lagi tau? Korang tu dahlah makan macam vacuum, cepat je sedut habis." Dalam memberi pesanan, sempat lagi Maya mengutuk. Sedangkan bukan kitorang yang makan cepat, tapi dia tu yang terlebih lambat. Slow rock sentiasa.
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...