DULANG berisi makanan aku letakkan di atas meja. Kemudian, aku terus duduk di atas kerusi di sebelah Reen.
"Korang ni selalu lambat keluar," komen Hannah. Makaroni gorengnya dah nak habis sepinggan barulah aku dan Maya siap mengambil makanan.
"Biasalah. Kalau dah namanya waktu Bio before rehat, jangan haraplah nak keluar awal," jawab Maya sebelum membaca doa sebelum makan.
Aku angguk. Waktu Bio memang jarang-jarang sekali cikgu nak lepas awal. Dahlah dalam seminggu tu, tiga hari waktu Bio before rehat. Memang terseksa jiwa raga kitorang. Nasib baik rehat dekat sekolah ni lama. Empat puluh lima minit. Kalau sekolah lama aku dulu, rehat setengah jam je. Tolak waktu beratur nak beli makanan lagi, berapa minit je tinggal untuk makan.
"Kesian." Hannah menggeleng-gelengkan kepalanya tanda kasihan. Tapi mulut tetap disumbat dengan makaroni goreng. Sedap sangat lah tu.
"Sedap ke?" Tanyaku.
"Trylah sendiri. Nanti baru kau tahu sedap ke tak," jawab Reen.
Aku angguk saja. Garfu diangkat dan aku mula menjamu selera. Hm, sedap!
"Macam mana preparation kau untuk kuiz maths tu?" Tanya Reen. Mulut yang agak comot dilap dengan tisu. Dia dah siap makan. Tas dan Hannah pun sama. Cuma diorang tengah tunggu kami yang dua lagi ni untuk balik kelas sama-sama. Kelas kitorang kan searas saja. Pergi kantin je tak sekali sebab waktu keluar tak sama.
"Bolehlah. Dah banyak soalan Cikgu Vee bagi. Aku sampai dah tak boleh tengok nombor. Banyak sangat. Pening jadinya," jawabku jujur. Setakat hari ni, dah berapa set kertas latihan yang Cikgu Vee bagi. Bukan setakat soalan past years tapi ada juga soalan dari kuiz-kuiz lain. Memang dalam masa lebih tiga minggu ni, hari-hari aku jumpa nombor sampai nak termuntah aku rasa. Minat tak minat, aku tak adalah sampai nak buat soalan maths setiap masa.
"Best tak?" Hannah mengangkat kening. Di bibirnya ada satu senyuman senget.
"Best? Jawab soalan? Try lah jawab," jawabku. Aku dah tahu sangat betapa antinya Hannah dengan matematik. Sebab tu aku suruh dia jawab. Aku boleh jamin seratus peratus yang baru buat soalan nombor satu dia dah lena.
"Bukanlah! Tak nak aku jawab soalan maths ni. Buat sakit kepala je." Hannah mengerutkan keningnya sambil menggeleng laju. Kepalanya dipegang macam tengah halau sesuatu. Haih, kan aku dah cakap. Hannah dan matematik, tak pernah ada hubungan yang baik. Ini apa yang dia katalah. Bukan aku.
"Habis tu?"
"Ala, best ke study dengan Isaac?" Hannah mengangkat kening beberapa kali.
Aku mencebik. Ingatkan apalah yang dia nak tahu sangat. Pasal Isaac lah ni? Masa first time Maya pecahkan rahsia yang aku kena belajar dengan Isaac untuk kuiz nanti, dua hari dia duk ulang jealous, jealous. Tak habis-habis. Aku pula naik bosan dengar dia merepek.
"Biasa je. Macam study." Aku mengangkat bahu. Betullah, study dengan Isaac tak ada beza pun study dengan orang lain. Sama je. Tak adalah pula tiba-tiba boleh jadi Albert Einstein bila belajar dengan dia.
Giliran Hannah pula untuk mencebik. Mesti dalam hati dah kutuk aku kan? Haha, aku kenal sangat si Han ni.
"Kau ni heartless, feelingless, loveless tahu?"
"Loveless?" Aku kerutkan. Apa benda pula dia ni?
"Yalah. Kau tu. Kalau orang lain dapat peluang study dengan Isaac, confirm tangkap cintan punya. Tengoklah dia tu. Handsome, pandai, segak, bergaya, ma–"
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...