"SIAPA lagi yang tahu pasal benda ni?" Tanya Maya serius.
"Kita-kita je." Hannah yang enak menikmati aiskrim menjawab.
"Iya iya je kau ni."
"Betul. Aku ada dengan Hannah tadi. Tak ramai ada dekat kantin masa tu." Tas pula menyampuk.
"Tapi–" Maya masih nak menyoalkan tapi segera ditepis Hannah.
"Shh, jangan komen apa-apa. Yang pasti sekarang, kenapa Ellina cari Hawa? Pagi-pagi hari lagi datang jumpa aku dekat kantin sebab nak cari Hawa. Nasib baik kau naik kelas dulu, tahu?" Kata Hannah.
Penat nak bagi Maya percaya cerita dia. Bukan main dia cerita Ellina cari aku pagi tadi tapi yang dia tanya siapa je tahu? Of course tak ramai. Pagi-pagi before PdP memang tak ada yang rajin nak turun pergi kantin kecuali seorang Hannah. Dan seketul Tas pula semestinya jadi peneman setia tak berbayar dia.
"Nak buat apa lagi? Nak meroyanlah. Crush dia minat kawan kita kut." Reen mula mengarut. Dahlah bercakap tak pandang kiri kanan. Nasib baik taman ni tak ramai orang. Kalau tak, habislah semua salah faham.
Rehat hari ni kitorang nak buat kelainan sikit. Ambil makanan yang berbungkus lepas tu makan dekat taman. Sebelum ni kitorang tak pernah buat lagi kan? Ha, kali ni nak try buat lepas ramai yang dah buat. Nampak best je makan dekat kawasan terbuka ni.
"Apa dia kau merepek ni?" Aku jeling Reen geram.
"Eleh, ingat kitorang ni tak nampak ke betapa eratnya hubungan silaturahim antara korang tu?" Hannah pula mencebik. Aku tunjuk penumbuk. Tapi dia boleh pula jelir lidah.
"Ish, kitorang tak ada apa-apa lah."
"Hm, dari tak ada apa-apa lah dia jadi ada apa-apa," sampuk Maya. Aku kecilkan mata tengok dia. Nampak kecil besar kecil besar je budak ni sekarang.
"Dahlah, malas nak cakap pasal ni lagi." Aku bangun untuk buang sampah. Kebetulan pula aiskrim aku dah habis. Bolehlah aku larikan diri kejap.
"Eh, jangan merajuk, Hawa!" Lengan aku Hannah pegang.
"Tak merajuk lah! Aku nak pergi buang sampah je," jelasku. Bekas aiskrim yang dah kosong aku tunjukkan.
"Oh, okey. Hehe." Hannah tersengih bersalah.
Bekas aiskrim tadi aku buang ke dalam tong sampah yang disediakan sebelum kembali duduk di meja. Botol air mineral aku buka dan isinya aku teguk beberapa kali.
"Pasal Ellina tu, biarkan je dia. Memang perangai dari kecil sampai besar, dengki dengan orang je kerja. Kau, Hawa. Kalau kau nak pergi mana-mana, biar berteman. Dia tu nampak je pasif tapi otak tu bab buat jahat bukan main bergeliga. Aku sure yang dia ada plan something nak kenakan kau," kata Maya.
Aku pula hela nafas lelah. Lambat lagi ke batch form 5 nak keluar sekolah ni? Aku dah penatlah hadap si Ellina tu.
"Janganlah risau, Hawa. Kitorang kan ada?" pujuk Tas.
Aku angguk je. Aku harap yang apa-apa pun jadi, kawan-kawan aku akan sentiasa ada dengan aku.
"Dah, tukar topik. Tak mahu sedih-sedih," celah Hannah ceria. Gula-gula Skittles dia agihkan dua biji seorang.
"Ha, ni lagi satu aku musykil." Reen yang tadi diam makan kembali bersuara.
"Apa dia?" Tanya Maya. Sebiji gula-gula Skittles dimasukkan ke dalam mulut.
"Pasal gambar Hawa tu kan, post tu dah hilanglah," kata Reen.
"Hilang?" Tas mengerutkan kening.
"Hilang pergi mana?" Tanya Maya.
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...