23

1.3K 92 10
                                    

TANGAN yang basah aku keringkan dengan tisu sebelum tisu itu aku buang ke dalam tong sampah. Selepas itu, aku betul-betulkan awning tudung yang sedikit menggelembung di depan cermin. Selesai, blazer di tubuh aku butangkan sebelum pintu tandas dibuka untuk keluar.

"Didn't I warn you?"

Kakiku yang baru sebelah keluar dari tandas terhenti. Ellina yang bersandar pada dinding di tepi pintu tandas sambil berpeluk tubuh aku lihat.

"Eve Nur Hawa," serunya perlahan. Badannya yang bersandar tadi ditegakkan sebelum dia berdiri menghadapku. Matanya tajam memandangku yang masih diam.

"I didn't know that you're that kind of girl. Sanggup malukan diri untuk tarik perhatian lelaki. I pity you," ujarnya sinis. Satu senyuman senget terukir di bibirnya.

Aku hela nafas lemah sebelum kaki kiri yang masih berada di dalam tandas aku bawa keluar. Tombol pintu ditarik untuk menutup pintu tersebut.

"Kau nak apa?" Tanyaku malas. Kedua-dua tangan aku masukkan ke dalam poket blazer.

"Aku? Nak apa? Daripada kau? Nah, I don't need anything from you. Apa je yang kau mampu?" Cemuhnya sambil tertawa sinis.

Hati yang terasa panas aku tahan. Tak ada gunanya aku naik angin dengan perempuan macam dia ni.

"Habis tu? Sampai sanggup tunggu aku dekat pintu toilet? Thanks. I do feel appreciated," balasku dengan senyuman palsu.

Ellina melepaskan nafas tidak percaya sebelum jari telunjuknya diangkat ke mukaku.

"I'm warning you for the last time. Stay away from any of The Leaders. Either Isaac, Rayhan or even Seif. Macam aku cakap sebelum ni, kau tak layak! Budak miskin macam kau ni sepatutnya duduk je dekat sekolah biasa. Who do you think you are to be here?"

Aku gelak tanpa nada sebelum matanya yang memerah menahan marah aku tentang berani.

"Cik Ellina. Macam yang kau cakap sebelum ni juga, I'm here thanks to the smart brain of mine. Dan aku rasa keberadaan aku dekat sini is much more presentable than yours. Why? Because I got the scholarship. But you don't," jawabku sinis.

"Excuse me? Kau ingat aku ni fakir miskin macam kau ke sampai kena masuk guna scholarship? Parents aku mampulah!" Ellina mula naik angin.

"That's what I'm talking about. It's all thanks to your rich parents. Without them, aku rasa mungkin bayang-bayang kau pun tak ada dekat sini sekarang."

"Kau..."

"In my situation, parents aku tak mampu. Tapi aku mampu sebab aku masuk dengan usaha aku sendiri. Tapi untuk kau pula, it's all about money. Nothing more. There's nothing special about you, Ellina," potongku laju. Muka kesian aku pamerkan.

Kau ingat sebab aku bukan orang kaya, kau boleh pijak-pijak aku? Kau salah, Ellina. I might look timid, but I do bite.

"I don't care. I. Don't. Freaking. Care. Yang aku tahu sekarang, kalau kau still nak bersekolah dekat sini, stay away from my Isaac and his friends! Got it?" Tengkingnya di depan mukaku. Mata aku pejam.

Oh, inilah sebabnya dia benci aku sangat? Sebab Isaac?

Ada lagi ya perempuan macam ni? Aku ingat dah pupus dah.

Mata aku buka.

Dinding pipi aku tolak dengan lidah untuk merangka ayat. Nak bercakap dengan spesies macam ni memang kena guna akal, bukan main sembur saja.

EVERISAWhere stories live. Discover now