"AKU ada dengar gosip hangat hari ni." Hannah yang baru siap menukar pakaian tiba-tiba bersuara. Kami baru saja balik daripada sesi persekolahan.
"Aku pun ada dengar juga!" Jerit Reen dari bilik pakaian.
"Tas?" Aku angkat kening. Tasneem yang sedang membuka blazer tersenyum.
"Kau tahu jela Hannah ni. Asal dengar gosip je, akulah orang first dia bagitahu," kata Tasneem. Blazernya disangkut pada hanger sebelum digantung di tepi tingkap. Mungkin untuk keringkan peluh dulu sebelum letak dalam bakul pakaian kotor.
"Of course! Berita hangat lagi sensasi ni kenalah kongsi. Sharing kan is caring?" Matanya Hannah kelip-kelipkan laju. Mentang-mentang bulu mata panjang, nak show off lah tu? Eleh. Tak dengki pun. Iri hati je.
"Ha. Apa yang kau dengar? Yang aku pergi smackdown Hanan tu? Yang aku denda dia lari padang hoki sepuluh kali tu?" Tanya Maya yang sedang berbaring menelentang di atas katilnya. Dia masih berbaju sukan. Katanya malas nak tukar.
"What? Seriuslah kau buat macam tu, Maya?" Hannah duduk melutut di tepi katil Maya. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas katil seperti kucing yang minta makanan dekat aku masa rehat tadi. Cuma bezanya yang tadi tu comel. Yang ini, hm, entahlah. No comment.
"Aku dengar dekat kelas tadi lain." Reen yang baru siap menyalin baju masuk menyampuk. Kaki Maya yang terjulur ditolak ke tepi sebelum dia naik bersila di atas katil Maya.
"Apa yang kau dengar?" Aku pula yang bertanya. Seronoklah pula tengok muka bingung diorang. Mungkin ingat informer yang sebarkan gosip tadi tu tertinggal maklumat penting agaknya.
"First tu kelas korang gabung dengan kelas 5 Elite dengan kelas 5 Ace untuk buat game tenis. Aku jealous! Lepas tu, korang dapat tengok Noah main. Aku double jealous! Lepas tu, korang dapat tengok main entrance The Leaders. Aku triple jealous! Lepas tu, huf! Huf!" Tangan Hannah naik menepuk-nepuk tangan Reen yang tiba-tiba menekup mulutnya.
"Apa yang aku dengar sikit je. Tapi rasanya lagi berguna daripada apa yang budak ni cakap. Hanan pukul bola hampir kena Hawa kan? Lepas tu kau mengamuk," cerita Reen sambil bergelut dengan Hannah yang masih melutut di bawah.
"Huf! Le-Lepaslah! Huh! Lemas tahu?" Rambutnya yang sudah kusut Hannah betulkan. Reen yang buat muka tak bersalah dijelingnya tajam.
"Betullah tu." Maya menjawab pendek. Kakinya digoyang-goyangkan sambil mata menala ke siling. Nampak senang hati je dia, ya? Padahal tadi hampir-hampir kitorang kena denda berdiri luar kelas sebab lambat masuk kelas Madam Anne. Tapi nasib baik Maya ni bijak. Dia bagi alasan Cikgu Amir nak jumpa kitorang tadi. Padahal cerita sebenarnya kitorang yang pergi jumpa Cikgu Amir sebab Maya nak minta maaf. Mujur Madam Anne percaya. Nasiblah, Cikgu Amir pula yang jadi kambing hitam.
"Betul ke kau smackdown dia? Aku dengar kau lempar raket lepas tu kau jalan macam bom! Bom! Nak serang dia." Siap dengan hentak kaki dan efek suara lagi Hannah bagi.
"Lagi?" Maya angkat kening.
"Lepas tu Hawa pun lari-lari, pergi tarik kau daripada serang Hanan. Pastu classmates kau pun tolong Hawa halang kau." Kali ini dengan aksi berlari dan tangan tergawang-gawang Hannah tunjukkan sambil bercerita.
"Bukan main detail cerita ni sampai dekat kau. Siapa informer kau tu?"
"Hehe, adalah. Mana boleh bagitahu. Informer aku ni sumber yang boleh dipercayai, tahu?" Hannah tersenyum-senyum bangga.
"Sumber yang boleh dipercayai, konon." Maya mencebik.
"Seriuslah kau smackdown Hanan, Maya? Innalillah anak orang tu kang, masuk juvana lah kau. Dahlah form 4 dua tahun, lepas tu masuk juvana pula," kata Reen pula.
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...