SEMUT berkawad satu satu hoora hoorey! Semut berkawad satu satu hoora hoorey!
Sambil menyanyi-nyanyi kecil, tray di tangan aku pegang dengan berhati-hati untuk ke meja. Maya pula pergi tandas tadi masa kitorang sama-sama jalan ke kantin.
Hannah dan Tasneem ada di meja dari tadi. Nak complaint juga sebenarnya. Kenapa kelas sastera selalu keluar awal? Kelas aku selalu keluar lambat, tahu? Nasib baik rehat lama.
"Banyaknya makanan kau ambil hari ni, Hawa," tegur Reen yang sedang berjalan di tepiku.
"Reward, weh. Stres jawab soalan addmaths bab quadratic. Jadi sebagai ganjaran, tadaa!" Tray di tangan aku angkat sedikit. Kening aku jongket beberapa kali.
Reen menggeleng cuma. Dia pun student science stream, mestilah dia pun tahu susahnya subjek addmaths ni. Cuma Reen berada di kelas kedua, jadi dia tak sekelas dengan aku dan Maya.
Tray kami letak di atas meja sebelum melabuhkan duduk. Doa makan dibaca sebelum kami berempat mula menjamu selera. Lepas dua suap makan baru aku teringat akan Maya.
"Maya tak datang lagi ke?" Tanyaku.
Tasneem menggeleng.
"Kitorang ingat kau datang dengan dia. Tapi tengok-tengok kau datang dengan Reen pula," jawab Hannah dengan mulut penuh. Lengannya ditepuk Tasneem. Tak senonoh.
Aku tersengih.
"Tadi dia pergi toilet sebab tu aku datang seorang. Lepas tu aku jumpa Reen dekat kaunter. Itu yang jalan sekali," terang aku.
Reen angguk mengiakan.
"Adalah tu urusan dia," kata Tasneem.
Kami semua cuma mengangguk bersetuju. Maya memang selalu hilang tiba-tiba. Sekejap cikgu ni panggil, sekejap cikgu tu pula panggil. Kadang-kadang ada junior nak jumpa. Orang popular, kan?
Dalam sedang menikmati bihun tomyam, tiba-tiba ada tangan yang merampas sudu daripada tanganku.
Ting!
Sudu tadi terlepas ke atas meja. Aku angkat kepala.
Ellina. Sedang tersenyum manis penuh kepura-puraan.
Nafas dalam aku tarik untuk menenangkan diri. Kawan-kawanku juga turut berhenti makan.
"Kenapa berhenti? Makanlah. Sedap, tak? I pun rasa nak makan juga, tapi yalah. I'm strict with my diet. Tak boleh makan macam-macam." Muka kesian Ellina tunjukkan sebelum dia ketawa pendek.
Dia bukan seorang. Ada tiga lagi pelajar perempuan di belakangnya seperti tempoh hari.
Apa ni? Deja vu? Tapi Maya tak ada sekarang.
"Kalau kau nak cari Maya, Maya tak ada. So, kau boleh pergi sekarang," kata Reen dengan nada dingin. Reen ni aku perhati, dia dan Maya yang paling garang dalam kalangan kitorang. Jadi, mungkin sebab tu dia berani marah Ellina walaupun Ellina tu ahli The Leaders.
"Oh, tak. Sorry to disappoint you but I'm not here for that ungrateful girl." Sinis Ellina berkata. Aku berpaling menghadap ke hadapan. Malas nak melihat manusia yang berdiri tepi aku ni. Buat sakit tengkuk saja.
"Kau jangan nak hina kawan kitorang, eh?" Hannah mula naik angin. Dia paling pantang orang sentuh kawan-kawan dia.
"Wow! Hannah Entasha, right? The daughter of MQ Corp.'s CEO. What a great family you got, girl. Tapi kesian. Berkawan dengan budak-budak yang, em... Not so impressive," ejeknya. Selepas itu, dia ketawa jahat dengan kawan-kawannya.
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...