52

1.3K 87 7
                                    

HARI ni hari pertama aku bersekolah semula lepas balik dari seminar semalam. Aku berjalan beriringan dengan Maya untuk ke kelas. Buku-buku panjang yang berat aku pegang di tangan. Kalau letak dalam beg nanti mesti berat, jadi lebih baik aku pegang je. Walaupun sebenarnya beg aku tu tak ada apa sangat pun. Bekas pensel, kalkulator, botol air dengan beberapa lagi barang kecil.

Sambil berjalan melalui laluan ke kelas, kami melalui beberapa kelas lain dulu. Kelas aku memang dekat hujung laluan, sesuailah dengan status sebagai kelas pertama. Tepi kelas aku ialah 4 Beta, 4 Delta iaitu kelas Tas dan Hannah dan beberapa lagi kelas sastera. Depan kelas aku pula ialah kelas Reen iaitu 4 Alpha dan di tepi kelas Reen ialah kelas 4 Charlie, 4 Gamma dan beberapa kelas sastera. Elite, Alpha, Beta dan Charlie ialah kelas aliran sains dan yang lain semua ialah kelas sastera.

Masa berjalan melalui kelas-kelas yang ada, aku perasan budak-budak lain yang terjeling-jeling aku. Sebenarnya dari pagi tadi masa breakfast lagi aku rasa macam diperhati. Kenapa pula ni?

"Maya," panggilku dengan cara berbisik.

"Apa dia?" Tanyanya. Mata tepat pandang skrin telefon sambil berjalan.

"Kenapa aku rasa macam diorang ni tengok aku, eh?" Bisikku.

"Tak adalah. Kau terperasan je tu," komennya selamba.

Perasan? Dia cakap aku perasan?

Aku ambil telefon dia dan sorok di belakang badan.

"Woi! Apa ambil phone orang ni?" Marahnya. Telefon yang aku sorok belakang badan cuba diambil tapi cepat-cepat aku larikan.

"Kau tengok phone tak lepas, pastu cakap aku ni perasan. Cuba kau tengok kiri kanan, seorang-seorang dah macam zirafah terjenguk-jenguk tengok kita, tahu?"

Maya liarkan pandangan ke sekeliling. Lama dia tengok sebelum pandang aku balik.

"Kenapa diorang tengok kau?" Tanyanya.

Aku pegang kepala. Boleh migrain aku dengan dia ni.

"Kau ni!" Tangan Maya aku tarik untuk terus berjalan. Nak berbual pun, kaki kena bergerak juga. Dahlah ada sepuluh minit je lagi sebelum PdP start.

"Tak, yang diorang tengok kau macam tak pernah jumpa ni kenapa?"

"Aku pun tak tahu. Tadi bukan aku tanya kau ke? Yang kau tanya aku balik ni kenapa?"

"Lah, dah aku pun tak tahu," jawabnya sambil mengangkat bahu.

Seorang lelaki kebetulan keluar dari kelas 4 Beta masa kami lalu.

"Ha, kau," panggil Maya tiba-tiba.

"Hah? Aku ke?" Terpinga-pinga lelaki tu jadinya.

"Ya. Ni aku nak tanya, kenapa semua tengok Hawa ni?" Tanya Maya straightforward. Tak ada mukadimah atau kata-kata aluan langsung.

"Oh. Er..." Lelaki tu garu kepala. Tengok aku dengan pandangan bersalah sebelum tengok Maya balik.

"Korang tak tahu ke?" Tanyanya.

Maya memutarkan mata.

"Sebab kitorang tak tahulah kitorang tanya kau ni," balasnya.

Lelaki tu tersengih macam kerang busuk.

"Er, aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi baru je tadi ada orang upload  gambar dekat website sekolah," katanya.

Aku dengan Maya saling berpandangan. Gambar?

"Gambar apa?" Tanyaku pula. Kening dah berkerut lebat.

"Kejap." Lelaki tu keluarkan telefon dari poket sebelum menekan-nekan skrin. Tak lama lepas tu, telefonnya dihulurkan kepada kami.

EVERISAWhere stories live. Discover now