06

1.6K 98 9
                                    

SATU kelas sunyi sepi tengah hari ni. Tiada bunyi suara langsung kecuali bunyi aircond dan bunyi kertas. Mungkin sebab dah tengah hari jadi semua dah penat nak buat bising.

Buku latihan Matematik yang berada di atas meja aku tenung tajam bagai nak tembus. Soalan nombor dua belas dari tadi aku tak boleh jawab. Tak tahulah sebab aku ni terlebih bodoh ke atau tak reti membaca. Bab Asas Nombor je pun.

Betullah kut orang kata, tengah hari ni otak tak berapa efisien bekerja. Sudahlah panas, mengantuk, penat. Memang waktu afdal tidurlah!

"Weh, Hawa." Maya yang dari tadi senyap di tepi memanggil.

"Hm?"

"Nombor tujuh macam mana?" Kepalanya didekatkan ke arahku. Rimas tengok kepala Maya yang kejap ke sana kejap sini, terus aku tolak buku latihan aku ke arahnya. Aku tak rasa Cikgu Vee kisah sebab setakat aku belajar selama hampir sebulan di sini, memang cikgu inilah yang paling baik dan sporting.

"Bosannya," bisikku perlahan. Sebenarnya Cikgu Vee suruh buat latihan topikal B sampai nombor sepuluh saja. Tapi aku pun tak tahu kenapa aku rajin sangat buat sampai latihan topikal D nombor dua belas tu. Eh, sebelas! Nombor dua belas belum boleh jawab lagi.

"Nah, weh. Laju kau siap." Buku latihan aku disorong kembali ke mejaku.

"Bosan." Pendek aku membalas.

Helaian kertas berwarna kekuningan itu aku belek-belek malas. Bila datang angin kemalasan ni, memang jangan harap akan bergerak kerja aku. Nasib baik dah siap.

"Okay, class. Have you done all of the ten questions?" Cikgu Vee kembali bersuara.

Mata yang melayu aku besarkan untuk menyegarkan diri. Fokus, fokus!

"Not yet, teacher." Beberapa orang murid kelas aku menjawab. Ada yang dah berbunyi stres. Mungkin geram tak keluar jawapan. Yalah, soalan Asas Nombor ni nampak saja senang tapi salah sikit, memang habis kena buat balik.

"Okay, don't worry. Anggap saja soalan-soalan itu sebagai homework. Tolong siapkan hari ni, ya? Esok, teacher nak tengok semuanya siap. Okey?"

See? Kan aku dah cakap Cikgu Vee ni baik? Kalau cikgu lain, mahunya ditambah sepuluh lagi soalan sebagai kerja sekolah.

"Okay, teacher!" Ceria semuanya menjawab. Hehe, tak ada homework lah untuk yang dah siap tu. Contohnya, aku.

"Oh, sebelum saya terlupa, Hawa dan Armaya tolong jumpa saya di staff's room kejap, ya?"

Aku dan Maya berpandangan. Kening aku angkat tanda bertanya. Maya pula mengangkat bahu tanda tak tahu.

Ada apa pula ni?

.

"OKAY, girls. Macam ni, about three weeks lagi, sekolah kita akan adakan Maths' Quiz macam biasa. So, kami pihak guru dah berpakat nak ambil lima orang form 4 students dan lima belas form 5. Tapi you jangan ingat cikgu pilih kasih pula. Kami bagi peluang kepada form 5 sebab this will be the last chance for them sebelum tamat sekolah," ujar Cikgu Vee panjang lebar.

Aku dan Maya yang duduk di hadapan meja Cikgu Vee sekadar angguk memahami.

"Jadinya, for form 4 punya representatives, saya berminat nak ambil you berdua dari kelas yang saya ajar. Tapi sebelum submit nama, saya perlukan persetujuan you and your parents first. You also need to pay RM50 untuk masuk. Do you think both of you can make it?" Tanya Cikgu Vee dengan nada berharap.

EVERISAWhere stories live. Discover now