BAJU uniform kadet polis di badan aku tepuk-tepuk. Ini kali pertama aku pakai baju kadet polis sejak aku masuk ke sekolah ni. Alasannya ialah aku malas nak gosok dan pelajar aca tak diwajibkan pun untuk join aktiviti kokurikulum. Jangan pelik, sekolah ni memang spesies rare.
"Fuyoo! Akak polis dah muncullah," usik Hannah yang berbaju kadet bomba. Kemeja biru itu dibetul-betulkan selepas memasukkan tudung ke dalam.
"Shh! Jangan cakap apa-apa. Aku dah ada niat dah nak join perjumpaan petang ni. Sebelum niat tu kekal sebagai niat semata-mata, baik kau senyap," ugutku.
"Okey, okey. Aku tak cakap apa-apa. Janganlah tukar, Hawa. Kau dah cantik dah tu. Terpesona aku tengok," pujuk Hannah sambil tersenyum.
"Betul. Aku pun rasa macam tu. Jarang-jarang sekali aku nak tengok kau pakai uniform lengkap macam ni," sampuk Maya yang sedang memakai stoking. Dia sudah selesai bersiap memakai uniform pengakap.
"Semua pakat puji-puji aku ni, nak apa sebenarnya? Aku tak terima rasuah." Beg sekolah aku zip lalu disandang ke bahu.
"Astaghfirullah al azim. Kita punyalah ikhlas puji dia, boleh pula dia tuduh kita mengampu? Ish, ish, ish. Tak patut." Hannah menggeleng-gelengkan kepala.
"Okey, Han. Okey." Muka toya aku pamerkan. Hannah pula cuma mencebik mendengar balasanku. Mesti dia ingat aku nak balas mulut banyak-banyak, kan? Terima kasih jelah, Han. Pagi-pagi macam ni, aku bukannya ada banyak tenaga macam kau. Energetik terlebih.
"Eh, Hawa!" Tegur Tasneem yang baru keluar dari bilik pakaian.
"What?" Tanyaku.
"Tak cakap pun nak pakai baju kadet hari ni? Kita samalah!" Kata Tasneem teruja. Badannya yang juga tersarung uniform kadet polis ditunjuk.
"Iyalah. Kita nak sama dengan dialah kita pakai baju ni. Barulah orang tu ada geng," balasku.
"Yeay! Sayang Hawa!" Tasneem tersenyum teruja. Bahuku dipeluk sesaat dua.
"Aku pakai baju sama baru nak sayang. Iyalah, siapalah kita ni, kan?" Kataku kononnya berjauh hati.
"Janganlah macam tu, Hawa." Tasneem memujuk lembut. Tanganku digoyangnya perlahan. Aku jeling Tasneem sekilas. Bibir yang hampir nak tersenyum aku tahan. Aku ni memang mudah lembut hati dengan Tas. Orang yang lembut ni, kau akan rasa tak sampai hati nak usik dia lama-lama, tahu?
"Mengadalah kau ni, Hawa. Dah, tak payah nak buat drama. Jom turun. Nak breakfast lagi. Nanti lambat pula nak pergi kelas," ajak Maya. Dia dah berlalu ke rak kasut untuk keluar.
"Jom, jom." Hannah yang tadi tengah berpusing-pusing di depan cermin di tepi katil segera mengikut langkah Maya.
Aku pun turut sama berjalan ke pintu dan diikuti Tasneem yang cepat-cepat mengambil begnya.
Di luar, baru saja mahu menutup pintu, tiba-tiba saja suara Reen kedengaran dari dalam.
"Woi! Tunggulah aku!"
Aku berpandangan dengan Maya yang sedang memegang pintu sebelum kami sama-sama melepaskan tawa. Terlupalah pula dekat Reen.
"Padan muka! Lambat sangat!" Jerit Hannah di tepiku.
"Jerit sanalah. Sakit telinga aku." Aku menolaknya lembut ke tepi.
Hannah pula cuma tersengih bersalah. Dia pergi mengendeng di tepi Tasneem pula.
"Jap!" Jerit Reen dari dalam. Dari luar lagi aku boleh dengar bunyi kekalutan di dalam. Tulah, tadi semua orang dah bangun, dia terbongkang atas katil lagi. Katanya, boleh bangun lambat sebab tak boleh solat. Last-last, nak dekat pukul enam empat puluh baru dia bangun. Itu pun Tasneem yang kejutkan.
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...