73

1.5K 101 15
                                    

Jangan bukak lagu tu lagi hehehe

.

AKU diam di sebalik orang ramai yang berkumpul di board disiplin ini. Walaupun jarak di antara aku dengan papan kenyataan tu agak jauh, tapi aku tetap boleh membaca apa yang tertulis di situ.

Rekod Kesalahan Disiplin Julai 2022

1. Wyatt Stone (5 Ace) - Ponteng, Masuk ke kawasan larangan
2. Ellina Marissa (5 Elite) - Buli

Nama-nama lain aku tak baca sebab mataku tertancap pada nama kedua tu.

Isaac, betul-betul kotakan kata-kata dia.

"Lagi bagus. Boleh jadi pengajaran untuk diorang. The Leaders or not, kau buat salah, tetap kena hukuman. Peraturan tetap peraturan."

Ellina. Hukuman yang dia terima ialah gantung sekolah selama dua minggu dan dua puluh jam volunteer service. Berat sebab dia ahli The Leaders. Seperti yang Isaac kena dulu, macam ni jugalah dia kena. Cuma hukuman dia jauh lebih berat sebab mengakibatkan penderaan fizikal dan mental kepada mangsa.

Iaitu aku.

"Ellina?"

"Seriuslah Ellina buli orang?"

"Siapa kena buli weh? Kesiannya. Ellina tu dahlah macam mak tiri cerita Snow White. Takpun Ursula 2.0."

"Rasanya nama mangsa tak tulis dekat sini sebab takut fans Ellina serang dia."

"Padahal salah dia. Yang dia pergi buli orang tu dah kenapa?"

"Masalah betullah The Leaders tahun ni. Hari tu presiden bergaduh, sekarang secretary pula buli orang."

"Bila dah ada kuasa, itu yang rasa hebat sangat."

"Aku tak percaya Ellina buat macam tu. Dia tu walaupun sombong tapi mana pernah kacau orang lain selain Maya dengan kawan-kawan dia."

"Ke dia buli Maya?"

"Mustahil. Maya tu, cikgu pun takut. Nak buli dia, maksudnya sama dengan minta kepala dipenggal, tahu?"

"Atau kawan Maya? Siapa dah nama budak tu? Hawa, kan?"

"Haah. Hari tu teruk dia kena bash satu sekolah sebab Isaac dengan Wyatt."

"Eh, janganlah teka macam tu. Kalau salah?"

"Aku cakap je."

Aku gigit bibir mendengar perbualan orang-orang depan aku. Kepala yang tiba-tiba menyengat sakit buatkan aku rasa penat sangat-sangat. Terus aku berundur dan berjalan ke kelas.

"Hawa."

Aku tengok lengan aku yang tiba-tiba dipeluk seseorang.

Hannah.

"Hm?"

"Nak balik kelas ke? Jom naik sekali," ajaknya ceria.

"Yang lain mana?" Tadi aku jalan dulu sebab diorang nak tengok poster hari penutup bulan koku dekat papan kenyataan tepi discipline board. Aku pula lebih tertarik nak tengok board disiplin tu lepas apa yang jadi dua hari lalu.

"Belakang."

Baru nak pusing belakang, bahu aku dipeluk dari kanan.

Maya.

"Kenapa?" Aku tanya.

"Tak ada apa-apa. Just nak make sure kau okey lepas tengok board tu. Ada nama dia, kan?"

Aku terdiam.

"Hawa, bukan salah kau, tahu? Kalau diikutkan, aku nak kau saman dia sebab buat kau macam tu. Tapi kalau aku tolong kau saman dia, sama je dengan aku saman papa aku sendiri," bebel Maya geram.

EVERISAWhere stories live. Discover now