33

1.2K 86 2
                                    

"HAWA, Isaac? Dah ready?" Cikgu Vee yang baru masuk ke dalam kereta bertanya. Stereng dipegang untuk mengundurkan kereta. Aku yang duduk di kerusi penumpang tepi pemandu angguk.

"Dah, cikgu," jawab Isaac di belakang.

"Baguslah kalau macam tu. Jangan risau, you berdua dah banyak buat exercise, kan? Latihan past years, soalan-soalan kuiz lain pun dah. Percayalah, kalau bukan top 5, you berdua mesti dapat top 10 punya," kata Cikgu Vee dengan penuh yakin.

Aku pula cuma angguk mengiakan walaupun teragak-agak. Tak nak lah over confident pula. Tengok-tengok nanti top 50 pun tak dapat. Daripada apa yang Cikgu Vee cakap hari tu, ada seramai seratus orang peserta dari seluruh negara yang join kuiz hari ni. Ada pelajar kolej pintar, pelajar SBP, MRSM dan banyak lagi.

Maksudnya, yang join kuiz hari ni bukan tahap biasa-biasa, tapi memang mereka yang terpilih memandangkan pemenang tempat pertama kuiz hari ni akan menjadi wakil negara untuk ke peringkat antarabangsa.

"In shaa Allah, cikgu." Kali ini aku pula yang menjawab. Isaac yang duduk di tempat penumpang belakang aku intai melalui cermin sisi. Nampak dia tengah main telefon dengan muka yang berkerut. Mungkin dia tengah buat kerja.

Tadi sebelum masuk kereta pun dia nampak macam busy saja. Tadi aku ingatkan nak cakap tentang Maya dan Rayhan, tapi aku batalkan niat aku tu sebab dia nampak sibuk.

Aku kalihkan semula mata ke arah jalan. Banyak betul kereta sekarang walaupun dah melepasi pukul lapan pagi. Kuiz tu diadakan di sebuah sekolah menengah yang dekat dengan sekolah kami. Cuma lima belas minit saja perjalanan untuk sampai. Memandangkan majlis pembukaan bermula pada pukul sembilan, jadi kami bergerak dari sekolah pada pukul lapan suku pagi. Barulah tak lama sangat menunggu dekat sekolah orang.

"Isaac," panggil Cikgu Vee tiba-tiba.

"Ya, cikgu?"

"Ada fail tak dekat tepi seat you duduk sekarang?"

Aku turut pusing ke belakang. Dari tempat aku duduk lagi aku dah nampak sebiji fail berwarna ungu di tepi seat tengah.

"Ada, cikgu. Nah, Hawa."

Fail tadi Isaac beri kepadaku. Tanpa berkata apa-apa, aku ambil saja fail itu lalu aku berpusing semula ke hadapan.

"Okey. Hawa, you tolong keluarkan kertas dalam tu. You ambil satu, lepas tu bagi dekat Isaac satu. Dekat kertas tu ada ruang isi maklumat pendaftaran dekat depan dengan tentatif program dekat belakang. Baca dulu tentatif tu."

Fail tadi aku buka. Cuma ada dua helai kertas saja di dalamnya. Kedua-duanya aku bawa keluar sebelum sehelai kertas itu aku beri kepada Isaac di belakang.

"Thanks," ucap Isaac. Aku angguk saja.

Kertas di tangan aku baca.

GeniusQ Maths' Quiz Competition.

Lah, itu ke namanya? Selama ni aku tak tahu pun apa nama kuiz maths yang aku masuk ni. Cikgu Vee tak pernah cakap dan aku pula memang tak pernah tanya. Tapi aku tak tahulah pula kalau-kalau Isaac dah tahu.

Tentatif program pula aku baca. Uish, sampai pukul tiga. Lama betul.

"Saya baru print borang tu semalam dan dah siap-siap isi details tentang you. Sekarang, kalau dah siap baca, tolong sign dekat bawah tu and masukkan balik ke dalam fail. Okey?" Sekali lagi Cikgu Vee bersuara.

"Okey, cikgu," jawabku dan Isaac serentak. Pen aku keluarkan dari bekas pensel sebelum aku turunkan tandatangan di atas kertas itu.

Selesai, aku masukkan balik kertas tu ke dalam fail. Kertas yang Isaac hulurkan juga aku ambil sebelum masukkan ke dalam fail yang sama.

EVERISAWhere stories live. Discover now