07

1.5K 93 5
                                    

BARISAN yang panjang di tepi meja buffet ini aku jenguk. Aduh, ramainya orang. Perut dah berbunyi dah ni.

"Makan apa hari ni?" Tanya Hannah di belakangku.

Bahu aku angkat tanda tak tahu. Jauh lagi kedudukan aku dengan tempat makanan ni.

"Eh, dik. Makan apa hari ni?"

Ish, Hannah ni. Sesuka hati dia je nak tahan budak. Nasib baik tak terjatuh budak tu sebab terkejut.

"Makan nasi ayam, kak," jawab budak tadi sebelum berlalu pergi.

"Thank you!" Jerit Hannah tak tahu malu. Habis satu dining hall ni berpaling. Nasib baik dining hall untuk student lelaki dan perempuan diasingkan. Kalau tak, buat malu kami je. Yalah, Hannah mana pernah malu.

Tapi nasi ayam?

Sedapnya!

"Sedapnya nasi ayam! Lama tak makan," kata Reen di depanku. Aku angguk. Sepanjang belajar di sekolah ni, jarang-jarang sekali dapat makan nasi. Kalau nasi goreng tu setiap hari ada, tapi nasi putih bukan setiap hari ada. Kalau ada pun, lauk yang disediakan pula tak menarik perhatian.

Hampir sepuluh minit barulah kami semua siap mengambil makanan. Pinggan dan gelas kami bawa dengan berhati-hati ke meja kami. Dekat dining hall ni, setiap bilik ada meja masing-masing. Dan memandangkan kami berlima sebilik, jadi kami duduk semeja. Tapi ada saja yang buat peraturan sendiri, duduk ikut suka hati diorang saja. Siapa lagi kalau bukan akak-akak upper form ni?

Doa makan kami aminkan bersama-sama sebelum mula menjamu selera. Masing-masing kelaparan sebab tengah hari tadi berpakat tak nak lunch. Sekarang, semua cari makanan macam tak makan setahun.

Baru lima suap nasi masuk ke dalam mulut, satu pengumuman tiba-tiba diumumkan menghentikan suapanku. Orang lain pun turut berhenti makan untuk mendengar pengumuman itu.

"Attention to Armaya Irisa, please come to the lobby right now."

Aku memandang Maya. Mukanya nampak macam nak marah. Tapi kenapa?

"Siapa yang buat announcement ni? I-risa lah, bukan Ai-risa. Huh! Penat-penat mama aku bagi nama cantik-cantik, sesuka hati dia je nak sebut lain," bebel Maya sebelum bangun dari kerusi. Pinggannya yang sudah kosong dibawa bersama.

Eh? Cepat pula dia makan hari ni? Lapar sungguh nampaknya.

Tapi sempat pula dia komen pasal pronounciation nama dia? Aih, budak ni.

"Aku pergi dulu. Tak payah tunggu aku. Korang naik terus," pesannya sebelum berlalu pergi.

"Kenapa Maya kena panggil?" Tanyaku.

"Adalah tu cikgu nak jumpa ke apa. Maya kan popular dalam kalangan cikgu," jawab Hannah.

Reen mengangguk bersetuju. Tasneem pula tidak menghiraukan sekeliling. Fokusnya cuma pada makanan saja.

Oh, nampaknya ni benda biasalah ya?

.

"KITORANG nak pergi bilik tayangan ni. Nak tengok movie. Nak ikut tak?" Ajak Reen. Di tangannya sudah ada beberapa tin minuman dan plastik keropok yang dibeli daripada mesin layan diri di bawah.

Aku tengok jam. Malam ni malam Jumaat, jadi esok kami tak bersekolah. Memang sesuailah nak tengok movie malam-malam macam ni, tapi masalahnya... homework aku belum siap!

Aku pula memang jenis tak suka bertangguh sebab nanti mudah kalut. Nampaknya, bye-bye lah movie night. Kita tak ada jodoh bersama.

"Em, nope! Aku ada kerja nak buat. Korang pergilah," tolakku.

EVERISAWhere stories live. Discover now