SAMBIL menunggu kumpulan kitorang gerak, aku cek barang-barang dalam beg. Telefon, purse, tuala kecil, botol air, biskut dengan first aid kit kecil. Cukup. Zip aku tarik sampai habis. Tak nak bagi apa-apa barang jatuh masa tengah perjalanan nanti.
Pagar besar di belakang aku tengok. Kitorang dah masuk ke dalam tapi masih menunggu kebenaran fasilitator yang bertugas. Dua kumpulan dah bergerak tadi termasuk kumpulan Rizqa.
"Lambat lagi ke?" Bisik Nana di telingaku.
Aku jongket bahu. Dengar dia mengeluh kebosanan.
Aku tengok ahli kumpulan aku. Dalam sebelas orang ni, cuma ada empat orang saja form 4. Aku, Nana, Maheer dengan Widad. Yang tujuh lagi semua senior. Tapi kumpulan aku ni boleh kira banyak lagi berbanding group enam. Ada dua orang je form 4. Alhamdulillah, bukan teman yang kena duduk sana. Hehe.
"Hawa. Nana. Nah, ambil seorang satu." Tiba-tiba Maheer hulurkan dua paket biskut kepadaku.
"Siapa bagi ni?" Biskut itu aku ambil dari tangan Maheer sebelum aku bagi Nana satu.
"Akulah. Aku bawa lebih. Memang aku plan nak share pun."
"Oh, okey. Thanks, weh," kataku.
"Thanks, Maheer," ucap Nana.
Maheer angguk sebelum berjalan ke arah Widad yang tengah berbual dengan seorang senior lelaki. Di tangan Widad pun ada sepaket biskut yang sama.
"Bagus kan Maheer tu? Ada apa-apa lebih, mesti kongsi," kata Nana.
Aku angguk bersetuju. Dalam kelas pun dia selalu bawa makanan untuk kitorang.
"Aku tak kira. Kalau tahun depan dia tak dapat jadi presiden, aku nak boikot."
Nana aku tengok pelik.
"Boikot?"
"Haah, boikot. Aku tak nampak dah orang lain yang layak jadi presiden selain Maheer. Dahlah pandai, aktif bersukan, baik, caring, alim pula tu."
"Kau ni suka dia ke apa?" Aku serkap jarang. Bukan main puji-memuji ni.
"Eh! Jangan nak memfitnah aku. Aku takkan suka classmate sendiri, okey?" Nana dah mula bercekak pinggang.
Jongket bahu.
"Lainlah kalau Isaac tu," bisik Nana. Matanya menala ke satu arah.
Aku tengok juga tempat yang Nana tengok. Isaac tengah berbual dengan Tengku Aisara. Siap bergelak ketawa lagi.
Nafas dalam aku tarik sebelum alihkan pandangan.
"Aku ship lah diorang."
Nana tersenyum sambil tengok Isaac dan Tengku Aisara yang nampak macam dalam dunia diorang sendiri. Aku pula tunduk pandang kuku. Haih. Dah panjang walaupun baru dua hari lepas aku potong.
"Tengok tu, Hawa. Tengok tu."
"Apa dia?" Dalam rasa malas nak tengok, aku kalih juga pandangan tengok pemandangan yang menyakitkan hati tu. Masih situasi yang sama. Cuma kali ni, Isaac diam saja tengok Tengku Aisara yang tengah rancak berbual.
"Nampak tak macam mana Isaac tengok Kak Aisara? Macam ada pelangi dengan bunga-bunga gitu. Orang cakap, full of love lah," kata Nana. Tangannya digenggam bersama dan diletakkan di bawah dagu.
"Hm," jawabku lemah. Baru nak kalihkan pandangan, mata aku bertembung dengan mata Isaac. Lama aku tengok dia dan dia pula langsung tak alihkan pandangan. Entah kenapa mata ni tak nak bergerak pula.
Sampai Tengku Aisara lambai-lambaikan tangan depan muka dia barulah Isaac berpaling.
Aku pun tunduk tengok kaki. Hm, begitulah.
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...