Zinnirah Rasyiqah membuka mata. Cerah. Rupanya dia tidur seharian. Kepalanya masih berdenyut tetapi tidak seperti semalam. Tangannya meraba di sebelah. Kosong. Zinnirah Rasyiqah bangun. Perutnya berbunyi minta di isi.
'Auchhh... Kenapa makin sakit? Bukan ke Abang Az dah urut?'
Zinnirah Rasyiqah berkata di dalam hati. Terasa sakit apabila menjejakkan kakinya itu di lantai.
Zinnirah Rasyiqah memandang kakinya itu. Makin bengkak. Duduk kembali di birai katil. Zinnirah Rasyiqah membongkok mencari telefon bimbitnya. Nasib baik semalam terpelanting tidak jauh daripada katil. Jika tidak payah juga nak mengambilnya. Nombor kawan baiknya didail.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumusalam... Qis... Kau sihat?"
"Aku sihat... Kau sihat tak?"
"Aku sihat... Kenapa kau tak datang majlis aku? Kenapa mama dengan ayah pun tak datang? Diorang marah aku kahwin eh? Aku curang dengan Abang Ash ke? Aku ni tak patut kahwin lar kalau camni... Kalau aku tahu kau tak nak datang aku tak kan kahwin lar..." Bertalu-talu pertanyaan Zinnirah Rasyiqah.
"Eh, kau ni... Dah kenapa tiba-tiba cakap macam tu? Tak ada siapa marah kat kau... Kami baru balik... Kau ni kenapa? Kan hari tu mama bagitahu yang majlis kau kami buat umrah... Kau lupa ke? Kami baru balik semalam..."
Qistina merasakan sesuatu tidak kena terjadi kepada kawan baiknya itu. Masakan tiada masalah jika bercakap melalut macam tu. Zinnirah Rasyiqah hanya mendiamkan diri. Tidak sedar, air matanya mengalir.
"Zien... Kau kenapa ni? Biasanya kaulah yang banyak cakap... Tapi sekarang susah aku nak dengar suara kau... Bila kau buka mulut... Kau mesti melalut... Cakap yang bukan-bukan... Kau ceritalah kat aku Zien..."
Zinnirah Rasyiqah hanya membisu. Tidak mampu berkata-kata. Qistina terdengar esakan kecil.
"Zien... Kau ada masalah eh? Aku ada Zien... Kau ceritalah kat aku... Akukan kawan baik kau dunia akhirat... Kalau apa-apa pun jadi kat kau aku tetap akan ada di sisi kau..." Zinnirah Rasyiqah masih membisu.
"Macam ni lah... Aku nak bersiap ni... Aku nak keluar... Nanti kalau kau dah bersedia nak cerita... Kau telefon aku tau... Jangan simpan masalah kau tu..."
"Qis... Nanti... Aku rindu kau... Aku rindu kau sangat-sangat... Aku rindu Abang Ash..." Empangan mata Zinnirah Rasyiqah pecah. Hatinya sebak. Dengan keadaannya sekarang hatinya mula tersentuh.
"Zien... Nanti aku call kau ye... Aku nak cepat ni... Aku ada hal..." Qistina memujuk.
"Okey..."
Zinnirah Rasyiqah meletakkan panggilan itu. Mukanya dilap. Tidak mahu siapa pun perasan yang dia menangis.
Zinnirah Rasyiqah cuba untuk bangun apabila terlihat Azary Azzri bergerak masuk ke bilik. Pintu bilik di tutup rapat. Menuju ke birai katil.
"Cakap dengan siapa tadi?" Azary Azzri mula menyiasat.
"Mana ada cakap dengan sesiapa..." Zinnirah Rasyiqah berdalih.
"Awak jangan nak tipu saya lar... Saya dengar awak bercakap dekat telefon tu tadi... Walaupun kurang jelas perbualan awak, saya dengar yang awak bercakap dengan seseorang..." Sambil tangannya menunjukkan telefon masih di tangan Zinnirah Rasyiqah.
Hati Zinnirah Rasyiqah sayu. Percakapan Azary Azzri sudah pun berubah. Tiada lagi perkataan sayang, abang keluar dari mulut suaminya itu. Zinnirah Rasyiqah perlu bertahan demi rumahtangganya.
"Owh... Dah dengar lar ni..."
"Saya tanya awak cakap dengan siapa? Hadi ke?"
"Bila masa saya cakap dengan Hadi? Lagipun tak kuasa saya nak cakap dengan dia... Saya cakap dengan Qis..." Zinnirah Rasyiqah cuba untuk kuatkan hati.
YOU ARE READING
Lelaki terakhir
عاطفية"What do you mean dia lelaki terakhir you? Habis I ni siapa pada you?" Tegas Hadi. "You is you... Dia adalah dia... Dan dia tidak hiprokrit macam you..." Zinnirah Rasyiqah menjawab dengan tenang. "Abang ke lelaki terakhir Rasy? Rasy confirm ke ni...