"Ha... Tu pun dah keluar anak menantu awak tu..." Pak Zaini menegur Mak Siah yang sedang ashik menghidang makanan.
"Meh la sini.. Sarapan sekali... Ayahnya... Meh tolong saya angkat makanan ni hidang atas meja..." Pak Zaini bangun membantu isterinya menghidangkan makanan.
Ashram dan Zinnirah Rasyiqah hanya berdiri di pintu dapur.
"Ashram.. Rasy anak ibu... Meh la sini... Buat apa duk tercegat kat pintu tu lagi... Meh la makan..."
Ashram mendahului isterinya ke meja makan. Tidak mahu ibu mertuanya terasa. Makanan yang terhidang di jamah. Kepalanya masih menyusun ayat bagaimana untuk membawa balik isterinya itu. Belum sempat dia membuka mulut. Isterinya terlebih dahulu menyatakan hasrat itu.
"Ayah... Ibu... Petang ni Rasy balik KL dengan abang eh... " Mukanya yang kelihatan sedikit cengkung memberikan senyuman. Tangan suaminya di cuit untuk membantu. Wajah ibunya kembali sugul.
"Kenapa tetiba nak balik? Cepatnya.." Pak Zaini memulakan bicara apabila melihat wajah sugul isterinya itu.
"Hmm... Esok Ashram dah naik sekolah.. Cuti sekolah dah habis dah.."
"Oh.. lupa pula ayah... Ha.. Siah.. Menantu kita ni kan cikgu... Terpaksalah dia balik... Cuti sekolah dah pun habis..." Pak Zaini baru teringat yang menantunya itu seorang pendidik. Dek kerana masalah yang di hadapi oleh anaknya itu menyebabkan dia lupa akan banyak hal.
Mak Siah mengangkat wajahnya. Meminta suaminya memujuk anak menantunya tidak pulang ke KL lagi...
"Siah.. Awak jangan macam ni.. Saya tahu awak risaukan keselamatan anak kita ni tapi awak jangan risau.. Diakan sekarang dah ada suami.. Yang boleh jaga dia. Awak kena percaya.. Ini ketentuannya... Mesti ada hikmat atas semua ni..."
"Ibu.. Jangan macam ni... Serba salah saya nak bawa Rasy balik... Insya'allah... Ada masa saya bawa Rasy balik sini lagi... Insya'allah ibu..."
"Ha.. Tu kan.. Ashram dah bagitahu tu.. Nanti dia bawa la anak awak balik jumpa kita lagi... Ni dia memang kena balik... Ha.. Rasy bila mula kerja balik? "
"Belum tahu lagi ayah.. Ingat bila abang dah kerja... Rasy pun nak start kerja la... Kalau Rasy duduk rumah bayangan Hadi ada kat mana-mana..."
Ashram menyenggol tangan Zinnirah Rasyiqah.
"Rasy... Bila kita bincang hal ni? Abang tak tahu pun..."
Zinnirah Rasyiqah senyum menampakkan gigi yang cantik tersusun.
"Iye la... Boleh.. Tapi dengan syarat.. Pergi abang hantar... Balik abang ambil... Nyawa Rasy belum tentu selamat lagi.. Selagi Hadi masih berlegar-legar di luar... "
Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk setuju. Dia masih takut dengan Hadi. Selepas ini Hadi akan berani melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.
"Dah.. Jom makan..." Dengan tenang Mak Siah menyedok makanan ke pinggan suaminya itu.
***
Deruman enjin kereta Ford kedengaran di kawasan kejiranan itu. Bukannya laju pun kereta itu bergerak. Cuma bunyi enjin sahaja yang gempak. Deringan telefon mematikan hasrat si pemandu untuk menjadi lebih riak untuk menunjukkan lebih skill. Dengan kata lain. Poyo.
"Ha.. Kenapa dik? Apa masalah kau?"
Panggilan tersebut di jawab dengan kasar."Aku call ni nak bagitahu kau.. Buah hati kau dah kahwin semalam.." Hadi terdiam. Memikir sesuatu.
"Siapa yang kahwin?" Hadi memang terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh adiknya itu.
"Abang... Siapa lagi buah hati kau? Kak Nira dah kahwin la semalam.. Aku dengan mak pergi kenduri kat rumah Pak Zaini semalam. Dia dah sah pun jadi isteri orang... Lepas ni kau tak payahlah tergila-gilakan dia lagi... "
"Sial lah.. Kau kan dapat kad jemputan awal... Kenapa kau tak bagitahu aku?" Hadi berang.
"Memang lah.. Tapi mak tak bagi aku bagitahu.. Nanti kau merosakkan majlis.. Mak tak nak kak Nira jadi menantu dia.. Kau memang tahukan mak tak suka kak Nira tu..." Patutlah maknya itu sekarang jarang menelefon dia. Rupanya takut terlepas cakap.
"Dah la.. Aku nak drive ni.. Kau ni menyibuk je lah..." Telefon di campak. Dia bergegas pulang ke rumah.
Melur terkedu. Abangnya itu mematikan panggilan dengan kasar. Kedengaran seperti tidak puas hati.
"Melur... Kau cakap dengan siapa tu?"
Mak Eton seakan musykil dengan perbuatan anak daranya itu."Orang cakap dengan Mila... Kawan orang tu... Kenapa mak?" Mak Eton mengerling anaknya itu. Dia dapat merasakan anaknya itu seakan berbohong.
"Mak.. Orang nak keluar sekejap boleh?"
"Kau nak jumpa siapa?"
"Nak jalan-jalan... Sorang-sorang..."
"Hmmm... Balik sebelum maghrib... Lagi satu kalau aku dengar kau buat benda tak elok siap lah kau aku kerjakan..."
"Ya Allah mak... Takkan lah orang nak buat benda tak elok? Orang ni kena lah jaga air muka mak..."
"Tahu pun... Kau satu-satunya anak dara aku tau... Jangan nak buat perangai... Aku warning kat kau ni Melur..."
"Ye mak... Orang tahu... Dahlah... Orang keluar dulu..."
Melur melangkah keluar rumah. Makin lama dia di dalam rumah makin panjang bebelan maknya itu.
'Hish.. Budak bertuah ni... Aku belum habis lagi dia dah keluar.. Yang bapaknya ni pun satu mana lah perginya... Sampai sekarang tak reti-reti nak balik.. Pergi jenguk pekerja kat kebun ke pergi berkebun sekali...' Mak Eton bermonolog sendiri.
"Assalamualaikum... Saya dah balik ni."
"Ha.. Dah tengah hari buta baru nak nampak muka... Mana abang pergi? " Mak Eton mula membebel lagi.
"Eton.. Saya pergi kerja lah... Pergi pentau pekerja... Awak ni kenapa ni.. marah-marah?" Pak Muiz cuba menenangkan Mak Eton.
"Ye la... Mana tahu awak pergi melencong ke tempat lain.. Manalah saya tahu... Saya kan tak ada depan mata awak..."
"Ya Allah.. Eton.. Setahu sayakan... Saya tak pernah pun buat apa-apa belakang awak... Malah curang dengan awak..." Pak Muiz terdiam. Dia tidak mahu sambung patah perkataan lagi kerana dia tidak mahu mengungkit kisah lalu Mak Eton.
"Abang ni kan... Saya cakap semuanya salah... Abang je betul... "
"Eton.. Tiada siapa salah siapa betul... Cuma sekarang saya nak tahu kenapa awak macam ni hari ni?"
Mak Eton mengeluh.
"Eton... Cuba awak bagitahu saya... Apa masalah awak sekarang ni?"
"Saya risaukan anak-anak... Hadi... Hati saya tak sedap la abang... Macam mana kalau Hadi tahu si Nira tu dah kahwin.. Saya takut dia akan buat yang macam-macam..." Lepas serba sedikit keresahan hati Mak Eton.
"Insya'allah.. Awak jangan risau... Tiada apa akan berlaku selagi dia tidak tahu apa-apa... Awak janganlah risau sangat..." Pak Muiz cuba untuk mententeramkan Mak Eton. Mak Eton segera menyiapkan makan tengah hari.
"Abang nak makan apa hari ni?" Mak Eton memaniskan wajahnya.
"Awak masaklah apa-apa.. Saya makan semua yang awak masak... " Jawab Pak Muiz dengan senyuman.
YOU ARE READING
Lelaki terakhir
Romance"What do you mean dia lelaki terakhir you? Habis I ni siapa pada you?" Tegas Hadi. "You is you... Dia adalah dia... Dan dia tidak hiprokrit macam you..." Zinnirah Rasyiqah menjawab dengan tenang. "Abang ke lelaki terakhir Rasy? Rasy confirm ke ni...