Kereta Ashram memasuki perkarangan rumah sewa Zinnirah Rasyiqah.
"Sayang..."
Keras. Tiada respon. Ashram melihat Zinnirah Rasyiqah sedang nyenyak diulit mimpi. Ashram hanya menggeleng kepala.
"Sayang... Bangun... Qis dah tunggu depan pintu tu..." Badan Zinnirah Rasyiqah digoncang lembut. Tetap tiada respon. Ashram buntu. Isterinya jika tidur memang tak sedar diri.
"Sayang bangunlah... Kita dah sampai ni... " Ashram mencuba sekali lagi. Tetap tiada respon juga. Zinnirah tetap tidak sedarkan diri. Ashram menurunkan tingkap kereta.
"Qis... Macam mana ni? Dia tak nak bangun..." Ashram mengadu. Qistina yang dari tadi hanya melihat gelagat abang angkatnya itu menggeleng kepala. Dia bergerak ke pintu tempat penumpang. Pintu di buka. Dihulur kepala.
"Abang..." Tangannya dihulur untuk salam. Ashram tidak membalas.
"Wei... Sempat lagi... Nanti-nantilah salam.. Kejut la ni dulu...." Ashram menolak tangan Qistina. Qistima memukul tangan milik Ashram. Geram dengan abang angkatnya itu tidak menyambut salamnya. Dan akhirnya berderai tawa. Mereka sememangnya manja. Ashram tidak menafikan hanya Qistina yang faham Zinnirah Rasyiqah selain ibu dan ayahnya. Sebab itulah Ashram percaya dan sayangkan Qistina.
"Jerit je... You know what abang...? Si Zinnirah ni kan kalau sleep dah macam sleeping beauty... Bom meletop ke... Gempa bumi ke pun dia tak kan sedar..." Qistina mengata. Ashram hanya menggeleng melihat telatah insan-insan yang di sayangi. Dia menyayangi mereka lebih dari nyawa dia sendiri. Ashram melihat Qistina mengambil nafas.
"Zinnirah Rasyiqah bangggguuunnn.. Wei... Aku dah depan mata kau ni... Woi... Bangun lah.... " Qistina menggoncang kasar tubuh Zinnirah Rasyiqah.
Zinnirah Rasyiqah tersentak. Bukan hanya Zinnirah Rasyiqah yang terkejut malah Ashram juga terkejut sama. Keduanya mengurut dada. Terkejut bukan kepalang dengan jeritan Qistina.
"Wei... Qis... Kau memang dah tak sayang aku eh? Kenapa kejut aku macam ni? Kau nak suruh aku mati eh?"
"Wahai kesayanganku Zinnirah Rasyiqah... Aku bukan nak buat kau mati.... Aku sayang kau sangat-sangat.... Kau tu tidur tak hengat dunia... Laki kau kejut pun tak sedar-sedar... Dah la berejam aku tunggu kau dekat depan pintu... At last aku juga yang kau marah..." Qistina pura-pura merajuk.
Zinnirah Rasyiqah hanya mendiamkan diri. Geram dengan Qistina. Malu dia dibuatnya. Pada mulanya Qistina yang nak buat-buat merajuk, akhirnya dia pula yang kena pujuk Zinnirah Rasyiqah.
"Wahai kakak iparku... Janganlah merajuk... Aku nak kejutkan kau... Abang kejutkan kau.. Kau tak bangun.. Aku kejutkan kau slow-slow pun kau tak sedar.... Semalam kau buat ape? Ooo... Lupa lak... Pengantin baru..."
Ashram keluar kereta dan hanya buat tak dengar. Malas nak layan Qistina. Nanti makin di layan makin merapu. Bukan dia tidak tahu perangai si Qistina tu kalau bercakap mesti merapu. Zinnirah keluar kereta dengan muka merah. Tangan Qistina di cubit.
"Adui... Woi.. Sakit lah... " Qistina menjerit.
"Kenapa Qis??" Ashram bertanya sebaik sahaja melihat Qistina mengaduh.
"Nothings... Tadi ada ketam sesat..." Qistina menjawab sebaik sahaja melihat muka cemberut Zinnirah Rasyiqah.
"Dah... Dah.. Tak payah nak bergurau sangat.. Pergilah kemas barang... Kita nak balik rumah mak nih... Nanti sampai malam pulak..." Ashram mengarah bila melihat mereka bergurau. Ashram hanya menggeleng kepala melihat telatah mereka.
'Mak mesti tak sabar nak jumpa Rasy... Mak.. Ash dah tunaikan hajat mak selama ni nak bermenantukan Rasy.. Hari ni Ash bawa dia ye... ' Ashram bermonolog sendiri sementara menunggu Zinnirah Rasyiqah mengambil barang.
***
Kereta milik Ashram masuk ke perkarangan rumah En Basir. Di ikuti kereta milik Qistina.
"Assalamualaikum... "
"Waalaikumussalam... Ya Allah.. Anak mak dah sampai ye..." Pn Alia menunggu di pintu dengan En Basir.
Ashram terus mendapatkan keluarga angkatnya itu. Walaupun hanya kenal beberapa tahun sahaja, tetapi mesranya mereka seperti keluarga betul. Betapa sayangnya Pn Alia kepada Ashram. Semenjak Ashram muncul dalam keluarga ni, Ashram seolah pelengkap hidup mereka.
"Assalamualaikum mak.. Papa... Sihat tak? Tak rindu adik ke? Mak ngan papa ashik dengan abang je dari tadi..." Qistina pura-pura merajuk apabila dia dari tadi tidak di layan oleh keluarganya itu. Keluarganya itu leka dengan Ashram.
"Alamak.. Papa lupa lah anak papa yang manja ni...." En Basir masih bergurau.
"Tak nak kawan semua...." Qistina menarik muka.
"Alalala... Adik abang ni.. Jangan merajuk.. Meh abang pujuk..." Ashram cuba untuk pujuk.
"Tetap tak nak kawan... Ye la.. Siapalah kita ni... Mentang-mentanglah mak dah ada kawan baru.. Kita ni dilupakan..." Qistina membuat muka sedih pula.
"Adik.. Mak bukan melupakan adik... Tapi mak betul-betul terlupakan adik..." Giliran Pn Alia pula memainkan Qistina.
"Mak... Adik ni anak mak tau... Abang tu....."
"Ha.. Jangan macam tu.. Abang tu pun anak mak dan papa selamanya... Mak tak suka adik cakap macam tu... Walaupun abang bukan anak kandung mak dengan papa.. Mak dengan papa tetap sayangkan dia macam mana mak sayang adik... Mak tak suka adik cakap macam tu..." Pn Alia memintas kata-kata Qistina. Dia dan En Basir sayangkan Ashram seperti anak sendiri. Qistina hanya menunduk. Tidak menyangka bahawa maknya itu akan berkata begitu.
"My lovely sis.... Abang sayang adik... Adiklah yang bawa abang ke dalam keluarga ni. Jangan macam ni.... "Qistina tidak menjawab.
Melihat kebisuan Qistina, Ashram mencuit hidung adiknya itu.
"Sis... Cuba pandang abang... Mak dengan papa gurau je la... Mak dengan papa takkan lupakan adik la... Abang tak sukalah adik abang macam ni... Abang suka tengok adik abang yang ceria..." Giliran Ashram memujuk Qistina. Qistina buat tidak tahu. Ashram geram. Pinggang adiknya itu di geletek. Qistina yang senyap berderai ketawa kegelian.
"Dah la tu... Kamu berdua ni.. Jangan macam ni... Kesian kat Rasy tu... Ashram... Jaga sikit peradaban kamu... Nanti kecik hati Rasy tu... " Pn Alia bersuara. En Basir hanya menggeleng kepala melihat keletah anak-anaknya itu. Bahagia dapat dirasakan walaupun hanya sementara.
"Rasy... Senyap je... Yang penting jangan kecik hati tau... Ashram dengan Qis ni memang dah lama macam ni... Mulanya mak ingat diorang bercinta tapi tak... Ashram rapat dengan Qis untuk dekat dengan Rasy je... Tapi tak salah dia jadi adik beradik... Kalau ada apa-apa yang Rasy tengok tak sedap mata memandang tegur sahaja... Mak tak kisah.... Asal jangan ada yang bermasam muka... Ok... Ashram pun sama... Mak nak kita macam ni selamanya... Mak dengan papa gembira sangat... Seolah-olah keluarga kita dah lengkap..." Panjang lebar Pn Alia berbicara.
Ashram duduk bersebelahan Zinnirah Rasyiqah. Dengan selamba memaut pinggang Zinnirah Rasyiqah. Qistina memandang dan membuat muka. Biasalah menyakat abangnya itu. Qistina bergerak ke belakang Ashram sambil menarik janggut kambing abangnya itu dan berlari masuk bilik.
"Adoi..."
"Ha.. Tak sampai 5 minit tegur... Dah buat perangai balik... " Pn Alia menegur.
Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk. Dia masih belum dapat menyesuaikan diri dalam keluarga ini lagi. Dia masih perlukan waktu.
YOU ARE READING
Lelaki terakhir
Romance"What do you mean dia lelaki terakhir you? Habis I ni siapa pada you?" Tegas Hadi. "You is you... Dia adalah dia... Dan dia tidak hiprokrit macam you..." Zinnirah Rasyiqah menjawab dengan tenang. "Abang ke lelaki terakhir Rasy? Rasy confirm ke ni...