Bab 30

255 9 0
                                    

"Assalamualaikum... Papa... Mama... Saya datang nak ambil Ina dengan Nini... Saya nak bawa diorang balik... "

Tiada jawapan. Hadi berang. Suaranya di kuatkan.

"Assalamualaikum... Mana perginya semua orang? Kenapa semua nak lari daripada aku?" Hadi mula kurang sabar.

Pintu rumah mertuanya di ketuk kuat. Tetap tiada jawapan.

"Waalaikumussalam... Kamu ni dah kenapa Hadi? Kan sekarang waktu zohor.. Dah tentu mama dengan papa di masjid... Macamlah kamu tak tahu... Atau kamu buat tak tahu?" Suara En Aiman menembusi ruang telinga Hadi yang menyebabkan Hadi tersentak. Masakan tidak tersentak. Bunyi tersebut datangnya dari belakang.

"Mama... Papa... Ina mana? Hadi datang ni nak ambil Ina dengan Nini... Mana diorang? Tak dengar suara pun.."

"Kau nampak tak yang pintu rumah tu terkunci?"

Hadi hanya mengangguk.

"Apa maknanya?" En Aiman bertanya.

Hadi hanya mendiamkan diri. Bosan. Ayah mertuanya ini memang banyak tanya. Tidak ubah seperti polis pencen.

"Papa tanya ni apa maknanya?" En Aiman bertanya lagi apabila tiada jawapan daripada menantunya itu

"Dalam rumah tiada orang..." Hadi menjawab acuh tidak acuh.

"Dah tu... Yang kau terpekik terlolong tu dah kenapa?" Perlahan tapi maksud yang mendalam.

"Abis mana diorang?"

"Jom masuk rumah dulu... Kita bincang... Malu nampak ke jiran kalau begini gayanya..."

Hadi mulai tidak sabar. Ayah mertuanya itu sudah keterlaluan. kalau ikutkan hati mahu sahaja dia blah dari situ. Tapi dia perlukan kepastian di mana isteri dan anaknya. Perjanjian yang dilakukan bersama keluarganya itu perlu di tepati. Hadi membontoti ayah dan ibu mertuanya itu ke dalam rumah.

Hadi tidak  duduk di sofa. Dia terus ke bilik milik isterinya itu untuk memastikan yang isterinya itu betul-betul tiada di situ.

En Aiman hilang sabar dengan perangai Hadi. Tidak tahu malu.  Mahu di tumbuk sahaja muka si Hadi. Tidak sedar di untung.

"Aku tak tahu ke mana dia pergi... " En Aiman mula bersuara apabila Hadi keluar dari bilik tersebut dengan muka mencuka.

"Dia cuma bagitahu yang dia nak tenangkan fikiran... Kenapa kau cari dia lagi... Kaukan dah lakukan macam-macam pada dia? Kenapa kau masih cari anak aku lagi? Tak puas- puas lagi ke kau sakitkan hati dan badan anak aku?.. Eh.. Hadi.. Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang terjadi dengan anak aku... Walaupun Ina tidak pernah bagitahu aku, aku dapat rasakan yang dia sekarang menderita... Hati dia terluka..."

"Apa yang aku dah buat? Aku tak buat apa-apa... Ahh... Lantaklah... Malas aku nak cari... Mengada-ngada... Hidup betul-btul menyusahkan aku... Tak guna..."

Prangggg...

Hadi meraba pipinya. Perit. Sebelum ni tidak pernah sesiapa pun menyentuh wajahnya itu. Keluarganya pun tidak pernah menyentuh tubuhnya itu. Keluarga Inayah memang melampau. Kalau di ikutkan baran dah lama ayah mertuanya itu di belasah.

"Dah lah Hadi... Isteri kau tak ada di sini.... Kau balik lah... Jangan nak naikkan lagi darah aku.... Pergilah..." Amarah En Aiman masih dapat  dikawal. Jika tidak mahu diletupkan muka si Hadi. Perangai tidak ubah seperti budak kecil.

"Aku memang nak pergi dah... Papa jangan risau... Aku pun dah malas nak jaga Ina dengan Nini.... "

Hadi terus gerak meninggalkan keluarga mertuanya itu. Hatinya geram. Ke manakah dia mahu pergi? Jika pulang ke rumah pasti akan di belasah oleh mak dan ayahnya itu. En Aiman hanya mampu menggeleng kepalanya. Hadi betul-betul menguju kesabarannya.

***

Zinnirah Rasyiqah dan Ashram akhirnya memijakkan kaki ke Turkey. Penerbangan panjang yang agak memenatkan.

"Abang... Ini bukan ke tempat yang kita pergi dahulu kan?"

Ashram hanya menganggukkan kepala sahaja. Dia menarik tangan isterinya itu ke grab car. Niatnya hanya mahu ke rumah sewa dan rehat. Badannya terasa letih dan memerlukan rehat.

Zinnirah kelihatan teruja. Dahulu dia menjejakkan kaki ke tanah ini untuk bercuti. Bercuti bersama Qis. Tidak sangka dia akan menjejakkan kaki kembali di sini. Dan kali ini bersama suaminya. Moga-moga tuhan buka hatinya untuk mencintai suaminya sepanjang hayat.

"Jom..." Mereka sampai ke destinasi.
Zinnirah Rasyiqah kelihatan teruja.

"Kita akan duduk sini ke?" Tangan Zinnirah Rasyiqah ditujukan ke arah rumah.

Ashram senyum dan mengangguk.

"Dah.. Jom kita masuk... " Ashram merangkul pinggang Zinnirah Rasyiqah untuk mendorong isterinya itu ke dalam rumah tersebut.

Ashram bergerak ke katil. Kepalanya direbahkan ke atas bantal. Nikmatnya. Berjam-jam lamanya berada di perut kapal menyebabkan badannya sakit-sakit. Terasa bantal di sebelahnya masih kosong, Ashram membuka mata. Terlihat Zinnirah Rasyiqah baring di sofa. Lena. Nyenyak. Seperti orang yang betul-betul kepenatan. Ashram bangun. Akan tetapi rebah di birai katil. Ashram tidak sedarkan diri.

Suara benda jatuh menyebabkan Zinnirah Rasyiqah tersentak.

"Abang... Bunyi apa tu?" Matanya di buka pelahan. Terlihat suaminya di terbaring di tepi katil.

"Abang..." Zinnirah Rasyiqah melulu mendapatkan Ashram.

"Abang.... Kenapa abang jatuh kat tepi ni?" Zinnirah Rasyiqah yang mamai menanya soalan seperti anak kecil.

Zinnirah Rasyiqah memangku kepala Ashram. Terasa seakan cecair pekat mengalir di tangan. Di gerakkan sedikit kepala suaminya itu. Darah. Zinnirah Rasyiqah menjadi panik. Tubuh Ashram di goncang berkali-kali. Terpandang kesan darah di kayu birai katil bilik tersebut.

"Abang.. Bangunlah..." Zinnirah Rasyiqah tidak tahu mahu lakukan apa. Dengan keberadaannya di tempat orang menjadikan dia lebih buntu. Niatnya hendak memangku kepala Ashram di batalkan. Dia mencuba untuk mengangkat Ashram ke atas katil. Akhirnya berjaya dengan beberapa kali usaha. Ternyata badannya yang comel itu mampu menampung berat suaminya itu setelah beberapa cubaan.

Kepala Ashram dibersihkan. Lukanya di balut. Mujurlah Ashram sudah sediakan lebih awal 'first aid kit', kalau tidak pasti menggunakan apa sahaja yang ada.

"Abang... Bangunlah abang... "

Zinnirah baring di sebelah Ashram. Ashram masih tidak sedarkan diri lagi.

Zinnirah Rasyiqah tidak puas hati. Kebiasaannya Ashram akan bangun dengan hanya suara lembut Zinnirah Rasyiqah.

"Abang... Saya tak boleh tidur... Abang bangunlah temankan saya..."

Zinnirah Rasyiqah membelek kepala Ashram. Darah yang keluar tadi sudah pun berhenti. Kemudian di belek wajah suaminya itu. Lembut. Rupanya suaminya itu mempunyai wajah lelaki idamannya selama itu. Kenapa dia membutakan matanya selama ini.

Ashram membuka matanya.

"Sayang..." Lembut suaranya. Terlihat Zinnirah Rasyiqah terlena mengadapnya. Wajahnya seakan sedang memerhatikan Ashram yang sedang tidur.

"Sayang... Aduh... " Tangannya memegang kepala. Berdenyut-denyut. Balutan di kepala di pegang. Zinnirah Rasyiqah membuka mata.

"Abang... Dah sedar? Maaf... "

"Kenapa? Untuk apa? " Ashram mengerut dahi menahan denyut.

Zinnirah Rasyiqah tidak sampai hati melihat.

"Abang... Abang rehat la ye... Tadi abang jatuh... Mungkin sakit tu sebab kepala abang terhantuk dekat..." Zinnirah memuncungkan mulut ke bucu katil yang mempunyai kesan darah.

Ashram menutup kembali mata. Denyut di kepala tidak mampu dibendung. Zinnirah Rasyiqah merebahkan juga dirinya di sebelah Ashram. Rehatkan badan.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now