Bab 59

129 4 0
                                    

Pak Muiz dan Mak Eton bergegas ke balai polis. Setibanya di pintu masuk balai polis itu, hati Mak Eton sayu melihat anak kesayangannya itu berada di dalam lokap dengan tangan yang bergari.

"Ya Allah... Apa yang jadi sebenarnya ni? " Mak Eton menerpa lokap yang menempatkan Hadi. Air matanya gugur.

"Hadi... Apa dah jadi ni? Sampai kamu ke sini?"

Hadi membisu. Tiada patah kata yang keluar.

"Hadi.... Ayah tanya kau lagi ni... Kenapa kau sampai ke sini?" Suara Pak Muiz ditekan kan.

Hadi masih mendiamkan diri.

"Hadi... Macam ni lar... Jika kau bersalah, kau akan ke dalam tau... Kalau dah ke dalam... Ayah tak akan buat apa-apa... Kenapa kau buat macam ni... Kau tak kesian dekat mak kau ke? Hari ini ayah akan jamin kau... Tapi jika ada surat mahkamah sampai, kau kena selesaikan sendiri... Ayah tak nak masuk campur... Ni masalah yang kau buat... So tanggung lar sendiri..."

"Tapi abang... Hadi kan anak kita... Abang tak kan tak boleh tolong dia? Tolong lar dia abang... Saya merayu..."

"Maaflah... Bukan untuk kali ni... Saya tidak akan tolong anak awak lagi... Dah macam-macam dia buat... Malu saya... Awak tahu tak? Awak mana amik tahu semua benda tu... Yang awak tahu cuma penuhi apa yang anak kesayangannya awak ni nak... Mujur lar si Inayah tu lari dari budak bertuah ni... Kalau tak mesti mati budak tu, anak awak kerjakan... Ini nasib baik Inayah cuma keluarkan perintah mahkamah yang anak awak ni tak boleh dekat dengan dia dan anaknya itu... Kalau dia ambil tindakan... Awak rasa apa akan jadi pada anak kesayangan awak ni? Dia kalau kat luar masih tak serik... Masih ganggu si Zien tu dah kenapa? Apa masalah dia... Orang tu dah bahagia pun..." Pak Muiz melepaskan geram yang terbuku di hati.

Hadi masih mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang hendak dibuat. Memang betul salahnya. Sebelum ini apa yang dibuat tidak pernah ambil peduli natijahnya. Sekarang dia perlu rasakan.

"Hadi... Kenapa jadi macam ni? Sampai macam ni sekali... Kau dah tak sayang mak lagi ke?" Mak Eton mengongoi.

"Mak... Biar lah Hadi di sini... Encik... Encik boleh hantar saya ke penjara... Biarlah apa saja yang berlaku biarlan je saya kat dalam..."

Mak eton menangis teresak-esak. Tak sangka sampai begitu anak kesayangannya itu sanggup lakukan.

"Abang... Tolong lah... Pujuk Hadi... Jangan bagi anak saya masuk dalam... Abang..."

"Eton... Awak biarkan sahaja dia... Dia dah sedar atas semua kesalahan dia lah tu... Jangan di halang bila dia rasa... Dah jom..." Pak Muiz menarik tangan Mak Eton. Hadi diikat jamin dan di bawa pulang.

***

Zinnirah Rasyiqah memain hujung permaidani dengan kakinya. Azary Azzri membuka pintu bilik mendekati Zinnirah Rasyiqah dan duduk dibirai katil bersebelahan Zinnirah Rasyiqah.Tangan Zinnirah Rasyiqah dipegang erat.

"Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku... Kalau tak, abang lar orang yang paling menyesal tinggalkan sayang tadi... Abang janji abang tak akan tinggalkan sayang lagi... Abang menyesal sangat-sangat..."

Zinnirah Rasyiqah menggenggam tangan Azary Azzri.

"Abang... Abang jangan lar risau... Kan tak ada apa-apa yang jadi... Rasy okay kan sekarang... Tadi doktor dah cakap baby pun okay kan..."

Tangan Azary Azzri memegang perut Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah tersenyum. Hatinya gembira. Kehadiran anak ini mengeratkan lagi hubungannya dengan Azary Azzri.

"Terima kasih... Anak ayah... Anak ayah dah jaga ibu dengan baik..."

"Apa pulak ibu... Tak nak la ibu..." Zinnirah Rasyiqah memuncungkan mukanya itu.

"Abis tu nak panggil sayang dengan panggilan apa?"

"Mama lar..."

"Iye lar... Iye lar... Mama... Terima kasih pada anak ayah ni sebab anak ayah dah jaga mama dengan baik..."

Zinnirah Rasyiqah menatap wajah Azary Azzri lama. Wajah yang amat disayangi setelah kehilangan Ashram. Rindu kepada Ashram tidak pernah padam. Kasih dan sayang kepada Ashram akan tersemat di hati selamanya. Kenangan bersama Ashram menerjah di ingatannya.

"Ha... " Jerkah Azary Azzri. Sengaja apabila melihat Zinnirah Rasyiqah mengelamun memandang wajahnya itu.

"Opocot... Abang...." Badan Zinnirah Rasyiqah terangkat akibat tersentak. Lengan Azary Azzri dicubit manja.

"Auchhhhh... Sakit lar... Sekarang dah pandai jadi ketam eh..." Azary Azzri mencubit manja pipi tembam Zinnirah Rasyiqah.

"Sayang belum bayar lagi hutang abang tau..."

Zinnirah Rasyiqah mengerut dahi.

"Hutang? Hutang apa?" Otak Zinnirah Rasyiqah tidak dapat memprosess kata-kata Azary Azzri. Tangannya mengusap pipi yang perit dicubit Azary Azzri.

"Hutang lar... Kata nak cerita... Kenapa Hadi buat sayang macam tu..."

Zinnirah Rasyiqah mengangguk.

"Owh... Cerita zaman sekolah... Zaman cinta monyet..."

"Cinta monyet? Sayang pernah bercinta dengan Hadi ke masa zaman sekolah?"

Zinnirah Rasyiqah menggeleng.

"Tak pernah... Tapi Hadi memang mengejar Rasy... Dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan Rasy... Bila Rasy menolak dia buat perangai kat sekolah... Tu yang kena gantung... Tapi dia tetap salahkan Rasy sebab dia kena gantung sekolah...Dia cakap dia jadi macam tu sebab Rasy tolak cinta dia... Masa sekolah Rasy mana ada masa nak bercinta... Rasy nak kejar cita-cita... Ingatkan habis zaman sekolah... Sebab masa masuk uni... Dia tak pernah kacau Rasy... Sampai lar Rasy bekerja dengan En Fattah... Dia cari Rasy balik... Tiba-tiba dia hantar rombongan, merisik, bertunang... Masa tu Rasy memang susah nak terima..."

"Owh... Macam mana Rasy boleh terima dia?" Azary Azzri masih setia mendengar cerita Zinnirah Rasyiqah.

"Rasy terima dia sebab sepanjang kami bertunang dia tak pernah pun menyakitkan hati mahupun main kayu tiga... Tapi tak sangka, masa dah dekat majlis dia kena tangkap basah... Masa tu lar Rasy patah hati... Pada hari pernikahan kami dia boleh pergi entah ke mana... Rasy sedih sangat masa tu... Sebab Rasy dah mula jatuh cinta dengan Hadi..." Zinnirah Rasyiqah mengeluh.

"Sayang... Kenapa mengeluh?" Zinnirah Rasyiqah hanya menggeleng.

"Lepas tu, baru Arwah Abang Ash muncul merawat luka di hati..."

"Baru lar abang faham apa yang Arwah Ashram pernah cerita dahulu... Masa kat Instabul dulu... Bila ada kesempatan mesti dia akan cerita pasal sayang... Pasal Hadi... Abang nak minta maaf lagi sekali... Tak pernah nak faham sayang..."

"Abang jangan lar macam ni.... Rasy tak kecil hati pun... Rasy cuma terasa sikit je abang buat masa tu..."

"Ha... Tu kan... Sama lar tu... Abang minta maaf sangat-sangat. Patut lar Arwah Ashram sayang sangat dengan Rasy... Rasy seorang yang mudah memaafkan..."

"Abang... Dah lar jangan ungkit lagi... Kita tutup buku lama... Kita buka buku baru... Rasy nak selalu bersama Abang... Rasy sayang Abang... Abang lar lelaki terakhir Rasy selepas ayah dan Arwah... Dan selagi nyawa Rasy ada di jasad... Selagi itu Abang sahaja di hati..."

Zinnirah Rasyiqah ditarik ke pelukan.

"Sayang... Jangan dilupakan Arwah... Simpan lar kenangan bersama Arwah..." Bisik Azary Azzri.

Ya Allah... Aku bersyukur kepadamu kerana akhirnya aku mendapatkan kebahagiaan yang aku inginkan. Arwah Abang Ash adalah kenangan indah yang kau pinjamkan seketika kepadaku. Kau gantikan Abang Az sebagai pengganti. Aku bahagia bersama lelaki terakhir ku. Terima kasih Ya Allah.

------Tamat------

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now