Bab 49

127 1 0
                                    


"Ina... Ina okey? Apa yang Ina rasa hari ni?" Halif menegur Inayah yang ralit melihat pemandangan luar tingkap wad.

"Lif... Apa yang sebenarnya jadi pada Ina? Ina cuba nak ingat tapi kepala Ina sakit berdenyut-denyut... Ina kenapa Lif sebenarnya? "

Halif mendekati Inayah.

"Ina memang tak ingat apa-apa ke?" Halif menduga. Walhal dia sudah tahu kesan yang berlaku akibat hentakan kuat di kepala Inayah. Inayah hanya menggeleng. Memang yang dia ingat dia bersama Nini dan Halif di tepi pantai ketika itu. Inayah memegang kepala. Tidak tahan dengan kesakitan yang di alami ketika ini.

"Ina ingat Hadi? Ina ingat Nini?" Halif cuba untuk membuatkan Inayah ingat semula.

"Hadi? Bukan ke sekarang Ina memang lari dari Hadikan? Hadi dah tahu ke Ina kat mana? Allah... Macam mana Hadi boleh tahu ni... Ina tak bagitahu mama pun mana Ina nak pergi... Halif... Macam mana ni? Ina takut... Halif boleh tolong Ina tak? Ina tak nak jumpa dengan Hadi..."  Inayah mulai gelisah. Rasa takutnya kembali. Inayah meronta seperti ingin lari.

"Ina... Lif ada kat sini... Insya'Allah Ina tak ada apa-apa... Hadi tak akan beraninya datang ke sini..." Halif cuba untuk menenangkan Inayah semula. Sampai begini sekali dia trauma dengan apa yang telah pun berlaku. Inayah sudah pun pulang semula ke pangkuan Hadi. Hadi lah yang masih tidak bersyukur, malah dia seorang lelaki yang dayus. Beraninya mengangkat tangan kepada seorang insan lemah yang bernama wanita. Inayah memegang kepalanya. Kepalanya semakin sakit.

"Ina jangan paksa untuk ingat... Nanti Ina sakit semula... Kesian Nini... Mamanya sakit..." Halif cuba menenangkan Inayah. Inayah memicit kepalanya. Berdenyut kembali apabila memaksa mengingati apa yang telah berlaku. Inayah diberikan ubat penenang. Tidak sampai beberapa saat Inayah kembali tidur.

Halif meninggalkan Inayah keseorangan. Sedih hatinya melihat keadaan Inayah. Ketika dia berjumpa dengan Inayah di tepi pantai dahulu keadaan Inayah tidak sebergitu. Keadaannya menjadi kritikal akibat sering di pukul oleh Hadi. Ya. Hadi. Lelaki yang padanya tidak bertanggungjawab dan berguna. Tidak bekerja dan hanya bergantung hidup dengan harta kekayaan keluarga. Sanggup memusnahkan semua orang demi mencapai cita-citanya. Lelaki begitu tidak sepatutnya hidup. Halif menahan marah. Penumbuknya di genggam. Inayah perlu cepat di bela. 

"Nurse, Nini Aqila mana?" Halif mencari Nini Aqila.

"Dia dengan neneknya Doktor..." Jururawat itu menunjukkan kelibat Nini Aqila yang bersama Pn Halida. Tidak pula Halif melihat En Aiman.

"Thanks..." Halif bergerak menuju ke Pn Halida.

Nini Aqila terus menerpa Halif apabila melihat kelibat Halif. Kasih sayang Halif kepada Nini Aqila tiada tolok banding. Dia sudah mula sayangkan Nini Aqila semasa bercuti bersama mereka tempoh hari.

"Mak cik... Pak cik mana? Boleh bawa Nini masuk ke wad Ina tak? Dia memaksa untuk ingat apa yang berlaku... Hanya Nini sahaja yang boleh membuatkan Ina tenang..." Ujar Halif sambil mengusap kepala Nini Aqila.

"Owh... Pak cik balik kampung... Ada urusan di sana... Nanti selesai urusan di sana, Pak cik akan datang sini semula... Nini... Jom tengok mama sayang..." Pn Halida memimpin tangan Nini Aqila dan masuk ke wad Inayah. 

Pn Halida menahan rasa sedih melihat keadaan Inayah. Tidak sangka Hadi sanggup menyakiti anaknya ini sampai sebergini rupa. Anaknya itu tidak pernah mengadu apa pun. Sejak berkahwin Inayah memang jarang pulang ke kampung. Pn Halida mendekati Inayah apabila melihat anaknya itu sedang lena tidur.

"Ina... Mama datang sayang..." Perlahan suara Pn Halida supaya tidak menganghu tidur Inayah.

"Ina... Mama bawa Nini ni..." Inayah membuka mata.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now