Bab 23

337 11 0
                                    

"Rasy... Kalau penat masuk lah bilik.. Rehat... Adikkk.. Send your sis in law kat bilik abang... Lepas tu jangan lupa keluar... Tolong mak masak.. Jangan pula pergi berborak dengan kakak awak tu.... " Pesan Pn Alia kepada​ anaknya itu. Qistina hanya mengangguk. Dia menghantar Zinnirah Rasyiqah ke bilik abangnya itu.

"Zien.... Kejap... Aku ada benda nak cakap... " Qistina menarik tangan Zinnirah. Mereka berhenti di hadapan pintu. Zinnirah Rasyiqah hanya memandang Qistina dengan penuh tanda tanya.

"Zien... Aku tak biasalah... Aku janggal bila panggil kau kakak.. Kau kawan baik aku dari kita kat uni lagi... Tiba-tiba kau jadi kakak ipar aku... Aku memang suka kau jadi kakak ipar aku.. Tapi aku tak biasa nak panggil kau kakak... Huhuhu " Qistina tersengih-sengih.

"Wei.. Qis.. Aku tak kisah..." Zinnirah Rasyiqah menarik Qistina ke dalam bilik.

"Panggilan Rasy pun tergeliat lidah aku la... Aku dah biasa panggil kau Zien..." Qistina serba salah.

"Tak apa lah... Apa pun yang kau panggil aku tak kisah... Itukan semua nama aku...." Zinnirah Rasyiqah hanya tersenyum.

"Kau rehat lah ye... Aku nak tolong mak kat dapur..."

"Qis... Sekejap... Abang kau memang ada bilik ye dalam rumah ni? Aku ingat dia tak duduk sekali dengan mak kau..."

"Zien.. Sekarang mak aku... Mak kau juga... Zien... Memang keluarga aku kenal dia baru 8 tahun.. Tapi semua sayang dia... Malah dia sangat sayang keluarga aku... Dia lah penyeri keluarga ni... Sebab tu lah mak dengan papa bagi dia bilik... Supaya senang bila dia balik sini..."

Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk faham.

"Wei... Aku keluar dululah... Nak tolong mak ni.. Bising mak nanti..." Qistina terus berlari keluar ke dapur.

Zinnirah Rasyiqah memerhati sekeliling bilik. Indah. Warna yang menenangkan. Dia duduk di birai katil.

'Alangkah seronoknya jika dia lelaki yang aku cintai.. Kenapa sukar untuk aku mencintai diri dia... Kenapa Hadi yang berada dalam hati ini... Ya Allah... Tolonglah aku hapuskan perasaan aku terhadap Hadi dan wujudkan perasaan kepada suamiku itu... ' Zinnirah Rasyiqah bermonolog sendiri.

Ketukan pintu menyebabkan Zinnirah Rasyiqah tersentak dari lamunan.

"Assalamualaikum... Boleh abang masuk?"

"Waalaikumussalam.. Masuklah... Inikan bilik abang..." Ashram yang hanya menjongolkan mukanya di pintu terus masuk ke dalam bilik.

"Maaf... Tadi abang tinggal Rasy dengan mak... Abang pergi cari.... " Tangan yang di sorok di keluarkan. Bunga ros beralih tangan.

"Wah... Cantiknya abang... Untuk saya ke?" Zinnirah Rasyiqah teruja. Seumur hidupnya belum pernah lagi mendapat bunga.

"Iya la... Untuk isteri abang yang tersayang..." Ashram mencuit hidung isterinya itu. Merona merah pipi Zinnirah Rasyiqah.

"Kenapa membazir duit belikan bunga? "

"Saja... Untuk isteri yang tersayang...." Ashram berlalu masuk ke dalam bilik air.

Ashram mandi dan solat.

Mereka keluar beriringan untuk makan malam. Meja makan sudah pun di penuhi dengan pelbagai jenis hidangan.

"Mak... Ada apa-apa yang boleh saya tolong?"

"Adik... Pergi suruh kakak kamu tu duduk je... Rasy... Tak pe... Tak payah susah payah... Mak dengan Qis dah buat pun..."

" Dengar tu... Pergilah duduk sebelah abang tu... Abang... Tolong peluk erat-erat kakak ni... Nanti terlepas lagi...." Qistina bersuara.

"Hish... Kamu ni kan adik.. Apa cakap macam tu..."

" Betullah tu apa adik cakap... Rasy.. Sini.. Tak payah susah-susah.. Semua pun dah siap tu.... " Qistina tersenyum simpul.

Mereka makan malam dengan meriahnya apabila ketibaan orang baru dalam keluarga itu.

***

Deruman kereta ford menyentakkan Mak Eton yang sedang menyidai pakaian. Hadi keluar daripada perut keretanya itu.

"Mak.. Oh mak.."

"Ha... Kenapa Hadi? Mak kat sini... Kau balik seorang ke? Ina dengan anak kau mana?" Mak Eton bersuara di sebalik sidaian baju.

"Malaslah nak bawak balik diorang... Menyusahkan... Kalau nak tunggu diorang siap alamat tak sampai la kat sini.... "

"Kau dah kenapa Hadi? Tu kan anak bini kau... ?Sampai hati kau tinggal diorang kat KL... Mak pun rindu kat diorang..." Hadi menarik muka. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah orang tuanya itu. Mak Eton terdiam.

'Bising lah orang tua ni... Membebel je... Selama ni apa yang dia nak aku ikutkan...' Hadi bermonolog sendiri.

Hadi merebahkan dirinya di atas tilam. Ketukan pintu membuatkan dia terkejut. Matanya dibuka. Mak Eton menjongolkan mukanya. Wajah itu di lihat dengan kebencian.

"Mak nak apa lagi??? Bagilah aku rehat... Aku baru sampai dari KL... " Hadi menempik Mak Eton.

"Mak cuma nak tanya... Kenapa tiba-tiba kau balik? " Mak Eton masuk dan duduk birai katil.

Hadi yang tadinya baring membetulkan posisi dengan duduk pula. Mak Eton silap waktu masuk ke biliknya. Alang-alang maknya itu ada di situ lebih baik dia terus 'straight to the point'.

"Nira dah kahwin eh mak?"

Mak Eton terperanjat. Rahsia yang di simpan terbongkar tidak sampai beberapa hari. Niatnya memang tidak mahu Hadi terkejar-kejar si Zinnirah Rasyiqah. Ni mesti kerja si Melur.

"Dari mana kau tahu?"

"Anak perempuan kesayangan mak lah...." Betul tekaan Mak Eton.

"Budak Melur ni kan.... Aku dah cakap jangan bocorkan rahsia..."

"Mak dah tahu lamakan Nira nak kahwin? "

Mak Eton hanya menangguk. Muka anaknya itu sudah kelihatan bengis.

"Ni yang aku balik nak jumpa dengan dia... Nak tau juga siapa suami dia... Suami di kerja apa mak? "

"Manalah mak tahu... Bukan anak mak yang kahwin..."

"Dahlah... Buang masa lah cakap dengan mak... Semua tak tahu... Dulu masa aku nak dia... Mak tak nak... Sekarang mak yang tabur benci kat dalam diri aku untuk dia dan keluarga dia.... Aku akan balas semua apa yang dah buat dekat Aku..."

Mak Hadi hanya menikus. Dia takut untuk berkata-kata. Hadi kalau dah marah, dia tidak kisah siapa sahaja dia akan bantai. Pernah sekali dia di bantai oleh Hadi sebabnya dia memalukan Hadi. Tapi masih tidak serik.

"Aku nak keluar...." Terus berlalu keluar rumah

"Pergi mana?" Suara Mak Eton sepra menjerit.

"Mana lagi... Rumah Nira lah... Tak dapat anak... Keluarga dia la.. Nira ada kat sini kan?" Hadi bergerak dengan senyuman sinis.

"Melur... Jom siap...Kita ikut abang... "

"Pergi mana mak?" Melur yang sedang menonton telefon terkejut.

"Pergi ikut abang pergi rumah permpuan tu la... Tah apa yang dia nak buat..." Mak Eton memarahi anaknya itu.

Melur malas bertelagah dengan dengan maknya itu. Dia masuk ke bilik bersiap. Tidak sampai 5 minit dia sudah keluar balik.

"Dah... Mak.. Apa lagi termenung? Jom la...."

Melur dan Mak Eton bergegas ke rumah Mak Siah. Mak Eton gelisah. Tapi masih dikawal. Misinya hanya satu. Kawal anaknya itu.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now