Bab 47

108 2 2
                                    

Kampung halaman yang indah pasti menjadikan seorang yang bergelar anak merindui insan yang berada disana. Tiada ungkapan yang layak dikata apabila merindui bonda tercinta. Walaupun sentiasa pulang ke kampung tetapi sentiasa merindukan. Rindu yang tiada batas. Azary Azzri merenung jalan raya yang kelihatan berlopak. Perlu berhati-hati supaya kereta kesayangannya itu tidak mengalami kerosakan. Dengan berhemah membawa kereta akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju. Kaki keluar dari kereta dan terus melangkah ke pintu rumah tersebut.

"Assalamualaikum...."

"Waalaikumussalam... Sampai pun kamu ye Az... Jom kita masuk... Umi ada kat dalam..." Ujar seorang wanita berumur lingkungan 50an. Kakak kepada Azary Azzri, Azah.

"Abang dengan anak-anak akak mana?"

"Ada kat dalam tu..."

Setibanya Azary Azzri di pintu rumah, di terpa anak buahnya yang paling kecil. Amna.

"Uncle Ri... Rindu Uncle... Kenapa lama Uncle tak balik sini?"

"Eh... Uncle selalu balik sini lar... Kamu yang jarang balik sini... Nama je rumah dekat dengan kampung... " Bergerak masuk membawa masuk anak buahnya itu.

"Aah lar... Kakak dengan abang sekolah... Jadi susah lah nak balik sini..."

Azary Azzri hanya tersenyum. Mengusap lembut rambut anak buahnya itu. Dihulur beg plastik berisi makanan kepada anak buahnya itu. Sungguhpun masih belum berkahwin, sayangnya kepada anak buah seperti sayang kepada anak sendiri. Melihat Puan Airis keluar dari ruang dapur. Membawa sedikit makanan dan air ke ruang tamu. Walaupun Uminya itu dah menginjak umur 80an. Akan tetapi masih kuat melakukan kerja rumah. Azary Azzri menyambut dulang berisi makanan tersebut. Meletakkannya di atas meja.

"Az... Kamu dah makan?" Azary Azzri hanya mengangguk. Sungguh dia sudah pun makan sebelum berangkat pulang ke kampung halaman. Cuti hujung minggu yang singkat ini perlu di manfaatkan dengan aktiviti yang bermakna. Ya. Paling bermakna dalam hidupnya. Dia perlu menyelesaikan semuanya agar dia tidak menyesal kelak.

"Umi... Kakak... Abang... Az ada benda nak bincang... " Azary Azzri tidak mahu melengahkan lagi. Mahu sahaja membawa Uminya sekarang ke rumah Zinnirah Rasyiqah. Akan tetapi dia perlu menceritakan segalanya kepada keluarganya. Agar tiada permasalahan yang timbul di kemudian hari.

"Macam serius je..." Abang iparnya, Syed bersuara.

Azary Azzri hanya mengangguk. Sememangnya dia serius ketika ini. Azary Azzri mula menceritakan segalanya. Dari mula perkenalan dia dengan insan yang bernama Zinnirah Rasyiqah sehingga wujudnya bibit-bibit cinta.

"Okey... Sekarang kami dah faham... Bila boleh kami masuk meminang? Bila Az nk langsungkan?" Ujar Azah.

"Esok boleh? Sebab esok memang Az nak ke sana... az risaukan dia mak..." Puan Airis menggenggam tangan anaknya itu. Mententeramkan anaknya yang sedang gelisah.

"Petang ni... Akak boleh teman Az pergi beli barang kemas tak? Az tak pandai lah nak cari... Majlis pula... Kakak rasa bila yang paling sesuai? Az tidak tahulah... Tapi kalau boleh Az nak cepat... Risau jika ada perkara yang tak baik berlaku... Nanti Az yang menyesal... Kakak decide lah bila... Az ikut akak je..."

"Umi? Macam mana?"

"Umi tak kisah... Mana yang baik Umi terima... Umi sangat bersyukur sebab Az nak tamatkan zaman bujang Az... Sekurang-kurangnya ada yang akan jaga Az bila Umi tak ada.... Umi syukur sangat-sangat..." Ujar Puan Airis Sambil menadah tangan.

"Apa Umi cakap ni... Az tak nak kahwin lah kalau macam ni..." Azary Azzri sememangnya pantang bila Uminya itu cakap pasal mati. Uminya itu tahu Azary Azzri hanya merajuk sekejap sahaja. Badan Azary Azzri ditarik ke dalam pangkuannya. Azary Azzri menolak. Malu diperlakukan begitu.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now