Bab 33

241 7 0
                                    

"Welcome to tonight gala dinner.. Faculty of Education Studies... Today we enjoy this night because we celebrate our new student..." Keadaan di dalam dewan bingit. Membingitkan telinga Zinnirah Rasyiqah. Dia tidak biasa dengan keadaan begini.

"Abang..." Zinnirah Rasyiqah mencuit lengan suaminya apabila tiada reaksi.

"Abang... Saya tak selesa... Boleh saya keluar sekejap tak?" Ashram hanya mengangguk.

Zinnirah Rasyiqah bergerak menuju ke pintu. Pintu dewan tersebut di buka.

"Opocot... Mak kau terbalik..." Zinnirah Rasyiqah menutup mulut. Malu. Lelaki di hadapannya hanya senyum memandang. Geli hati melihat telatah Zinnirah Rasyiqah.

'Melayu rupanya.' Jejaka tersebut membuat satu andaian.

"Are you okay?" Jejaka tersebut menanyakan soalan.

Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk. Menunduk malu. Tidak melihat wajah empunya diri.

"Excuse me..." Zinnirah Rasyiqah sekadar berbahasa. Bergerak meninggalkan jejaka tersebut. Entah kenapa jejaka tersebut tidak mampu berhenti memandang wajah comel itu. Seumur hidupnya dia belum pernah bertemu dengan seorang wanita yang baik tutur katanya. Hanya ibunya sahaja yang sebergini rupa.

Zinnirah Rasyiqah bergerak ke taman. Indah sungguh taman tersebut pada waktu malam di simbahi lampu yang berwarna warni. Zinnirah Rasyiqah melabuhkan punggung. Duduk di kerusi yang kosong. Nyaman. Indah. Hanya itu yang mampu di terjemahkan. Matanya dipejamkan.

"Hi.. " Zinnirah Rasyiqah membuka mata apabila mendengar suara.

'Bukan ke lelaki ni yang aku terlanggar tadi...' Zinnirah Rasyiqah hanya bermonolog di dalam hati.

"Can I sit here?" Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk. Jika tidak diberi nanti dikatanya dia tidak berbahasa.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikummusalam.." Hanya menjawab salam.

"Boleh saya tahu...  Major apa ya di sini?"

"Major?" Zinnirah Rasyiqah tidak faham.

"Sebelum tu.. Hi.. I Azary... Azary Azzri.. Awak?"

"Zinnirah Rasyiqah.."

"Sedapnya nama.. Sesedap nama seindah wajah yang comel..." Azary Azzri memulakan bahasanya. Dia memang terkenal dengan pakar bahasa dan sasteranya itu. Not wonderlah dia seorang cikgu bahasa melayu.

"Anyway.. What's your major?" Azary Azzri menyoal kembali.

"I'm Sorry.. You are wrong person... Saya bukan student sini..." Zinnirah Rasyiqah berbahasa.

Azary Azzri hanya mengangguk. Sudah di jangka kerana masa minggu orientasi tidak nampak wajah comel ini.

"Kalau awak bukan student sini.. Macam mana ye awak boleh ada di sini..? " Azary Azzri menanyakan soalan.

"Saya hanya mengikut suami... Maafkan saya... Saya kurang selesa dengan lelaki..." Zinnirah Rasyiqah memohon untuk bergerak meninggalkan bangku tersebut.

"Maaf.. Saya buat awak tidak selesa... Boleh saya tahu siapa suami awak?" Azary Azzri masih tidak puas hati. Zinnirah yang baru hendak bangun duduk kembali. Tidak sampai hati.

"Sayang... Buat apa di sini..?" Satu suara yang membuatkan keduanya tersentak.

Zinnirah Rasyiqah terus bangun dan mendapatkan lengan suaminya itu.

"Oh.. Sayang dengan abang azary rupanya... Ha.. Sayang inilah kawan abang yang abang cerita dengan sayang... Yang abang nak kenalkan dengan sayang... Abang azary... Zinnirah... Sayang... Abang azary..." Zinnirah Rasyiqah hanya senyum.

'Manisnya senyumannya... Semanis madu... Comelnya isteri si Ashram ni... Kalaulah aku dapat memang aku takkan lepaskan..
.' Azary Azzri bermonolog di dalam hati.

"Haah... Kita orang dah berbual tadi.. Tapi tak lama lah.. Baru sahaja... Ingatkan student... Rupanya isteri Ashram..."

"Oh.. Abang lah yang terlewat ye tadi?" Ashram mencuit hidung Zinnirah Rasyiqah. Tiada patah perkataan yang keluar dari mulut Zinnirah Rasyiqah. Hanya senyuman yang tidak lekang dari bibir mulusnya itu.

"Jom.. Abang... Saya bawa isteri saya masuk ye..." Azary Azzri hanya mengangguk. Melihat Ashram dan Zinnirah Rasyiqah berlalu pergi.

***

Hadi membuka mata. Terang. Rasanya baru sebentar dia melelapkan mata. Badannya masih sakit. Penat menjejak Inayah dan Nini Aqila. Keadaan sekeliling di perhati. Inayah dan Nini Aqila tiada di katil. Bangun dan membuka bilik air. Tiada.

"Ina.. Ina..? Ke mana kau pergi? Susah payah aku cari kau sampai ke sini.. Kau lari lagi daripada aku ke... "

Hadi membuka pintu almari. Kosong. Beg pakaian dan pakaian Inayah dah tiada. Mainan Nini Aqila juga sudah tiada. Ternyata benar telahannya itu. Inayah telah melarikan diri ketika dia sedang nyenyak tidur. Kalau bukan kerana kepenatan mencari Inayah, dia tidak akan cuai sebergini rupa. Inayah betul-betul mecabar kelakiannya itu. Berani betul Inayah melarikan diri lagi.

"Setan kau Ina.. Bongok... Kau betul-betul cabar aku.... Kau menyelusup keluar bilik masa aku tengah nyenyak tidur.. Betul-betul sial lah perangai kau... " Pekik Hadi. Dia menggaru kepala. Mana lagi nak cari Inayah.

Selesai check out, sumpah seranah bahasanya di keluarkan. Inayah meninggalkannya tanpa membayar hotel tersebut. Membara jiwanya dengan perbuatan Inayah. Hadi bergerak menuju ke kereta miliknya.

" Mana kau lari Ina... Aku tetap akan cari kau sehingga ke lubang cacing... Dan apabila aku dapat kau.. Hidup kau memang tak akan senang... Aku akan buat hidup kau lagi sengsara daripada sekarang... Kau tunggu lah Ina... Kau tunggu lah..."

Kereta fordnya itu meluncur laju. Bunyi keretanya itu membingitkan keadaan sekeliling. Telefon bimbitnya di capai. Di dail.

"Ha.. Aku ada job lagi... Cari dia balik...Cari sampai dapat... Selagi tak dapat jangan call aku... Aku nak kali ni kau perhatikan gerak geri dia sampai rumah mak bapak aku...Walaupun dia dengan aku..."

"Tak payah banyak tanya lah... Buat saja apa yang aku suruh... Aku bagi double.. Tapi kau jangan nak gatai-gatai tunjuk diri kau... Kalau dia lari lagi.. Kau cari lagi.. Tapi no payment...  Ok.. " Hadi puas. Dia meletak panggilan tersebut.

Hadi bergerak menuju pulang ke rumahnya.

Pintu rumah di buka.

"Hadi... Apa kau buat lagi dengan Ina? Kenapa kau tak bawa balik? Mana anak kau?" Pak Muiz bersuara bila melihat kelibat anaknya itu berseorang. Hadi terus menggerakkan kakinya ke dalam bilik.

"Anak tak guna... " Muka Hadi berbirat. Sebelum sempat dia masuk ke bilik, mukanya terasa di sentuh. Dada Pak Muiz berombak kencang. Anaknya itu memang tidak berguna. Langsung tidak boleh dipakai.

"Aku dah jumpalah Ina... Tapi pagi tadi bila aku bangun dia dah tak ada... Dia dah lari.. Dia dah tak ada dekat bilik hotel..." Hadi cuba untuk menerangkan keadaan sebenar.

"Kau jangan nak bohong lah Hadi... Sebenarnya kau tak jumpa Ina kan...?" Pak Muiz cuba untuk menjerat Hadi.

"Ahhh.. Lantak ah... Kalau ayah dah tak percaya aku.. Tak payah nak percaya aku lagi... Aku ni memang anak tak guna pun... " Hadi melampiaskan amarahnya. Hatinya sudah lama diam hanya disebabkan dia hormat kepada orang tuanya itu. Tetapi tidak kali ini. Inayah betul-betul menyebabkan dia menjadi kurang ajar kepada keluarganya.

Hadi patah balik. Tidak jadi masuk ke bilik. Dia keluar dari pintu rumah. Mendapatkan kereta fordnya itu. Hendak ke mana. Dia tidak tahu. Hatinya sakit.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now