Bab 25

308 11 0
                                    

"Wei... Kenapa dengan kau ni?Apa kes? Kenapa kau macam ni? Zien jawablah... Aku tanya ni..." Qistina bergegas balik ke rumah keluarganya apabila di beritahu Ashram yang Zinnirah Rasyiqah pengsan.

Dia menerjah masuk ke bilik abangnya itu. Tidak kira sama ada abangnya itu ada di dalam bilik itu ataupun tidak. Zinnirah Rasyiqah di peluk erat. Qistina tidak sanggup melihat keadaan Zinnirah Rasyiqah yang ketakutan.

"Abang... Apa jadi dengan Zien? Kenapa dia macam ni?" Qistina bertanya Ashram apabila melihat Zinnirah Rasyiqah hanya mendiamkan diri.

"Hadi cari dia kat kampung...."

"What... Kenapa dengan si Hadi tu? Dah desperate sangat? " Qistina marah. Geram dia dengan Hadi.

"Dulu time dah nak kahwin dengan Zien boleh pula dia kahwin dengan orang lain... Siap malukan keluarga Zien lagi... Sekarang bila Zien dah kahwin sibuk pulak cari balik.... Tak tahu malu betullah mamat tu... Dasar jantan tak guna..."

"Hish... Kalau aku jumpa dia.. Aku ganyang-ganyang dia sampai puas hati aku..." Qistina masih tidak puas hati.

"Qis... Aku takut... Aku tak kuat... Dulu dia nak rogol aku... Sekarang dia nak apa lagi? Tak puas ke dia menyakitkan hati aku...?" Zinnirah Rasyiqah meluahkan rasa. Pelukan Qistina dileraikan.

Qistina mulai geram. Dia betul-betul tidak faham dengan perangai Hadi. Sentiasa berubah-ubah. Penumbuk ditangannya dikepal. Rasa macam nak dibelasah Hadi.

"Sis... Jangan macam ni... Kalau sis macam ni... Rasy lagi jadi takut... "

"Abang... Qis... Saya takut...." Zinnirah Rasyiqah memeluk lututnya. Kelihatan badannya menggigil. Wajahnya pucat seperti tiada setitik darah pun yang mengalir.

Pintu bilik Ashram di ketuk. Kelihatan wajah En Basir dan Pn Alia terjongol di celah daun pintu.

"Ashram... Apa dah jadi? Kenapa kamu call ayah tadi... Macam ada perkara yang mustahak sahaja..." Ashram hanya mendiamkan diri. Jawapan kepada soalan En Basir ada pada Zinnirah Rasyiqah. Mata En Basir tertacap pada wajah Zinnirah Rasyiqah.

"Kenapa dengan Rasy?..Ashram.. Adik... Rasy.. Rasy kenapa?"

Ashram dan Qistina hanya mendiamkan diri. Zinnirah Rasyiqah hanya menggeleng kepala. Perasaan takutnya mengatasi segalanya. Lututnya di peluk kejap.

"Ashram... Tenangkan isteri kamu tu... Maknya... Qis.. Jom keluar... Biarkan Ashram mententeramkan Zinnirah Rasyiqah dulu... Jangan di ganggu..." Arahan En Basir kepada keluarganya.

Ashram menarik lembut Zinnirah Rasyiqah di pelukannya.

"Sayang abang... Jangan macam ni.... Abang ada... Abang akan selalu dengan sayang...."

"Tapi abang... Saya takut... Saya takut dengan apa sahaja rancangan dia... Saya tidak tahu apa salah saya dengan dia sampai dia buat saya macam ni... Saya takut...."

Air mata Zinnirah Rasyiqah mengalir laju. Ashram mengelap lembut air mata tersebut.

"Shhh... Dah... Jangan takut.. Selagi jasad dan nyawa abang ada... Abang akan jaga sayang... Abang akan pertahankan rumahtangga kita..."

"Abang..."

"Dah... Jangan nak pikir lagi... Abangkan ada..." Potong Ashram.

Zinnirah Rasyiqah dapat merasakan ketenangan. Sudah sekian lama dia tidak merasakan ketenangan. Ketenangan yang diragut oleh bekas tunangnya sendiri. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghilangkan rasa takut. Rasa takutnya itu telah menjadikan dia seorang yang murung dan pendiam.  Akhirnya dia terlena di dalam pelukan Ashram.

***

Pranggg. Hadi melepaskan geram. Zinnirah Rasyiqah tiada di kampung. Ditambahkan lagi apabila maknya masuk campur urusannya. Jika tidak,rancangannya berjaya.

'Ke mana perginya Si Zinnirah Rasyiqah. Macam dia tahu-tahu aja aku nak jumpa dia... Memang siallah...' Hadi memaki di dalam hati. Tangannya menumbuk dinding. Hampir roboh bangunan rumah kayu ayahnya itu bergegar angkara tumbukan Hadi.

Pintu biliknya di buka dari luar. Kelihatan muka bengis Pak Muiz.

"Kau dah kenapa Hadi... Tiada gempa bumi.. Rumah aku bergegar? Kau nak robohkan rumah kayu aku ni ke? "

"Tiada apa-apa lah"

Sikap Hadi membuatkan Pak Muiz berang ditambah lagi isterinya pulang rumah terus ke bilik.

"Melur... Oh Melur..." Jeritan Pak Muiz menyebabkan anak daranya itu bertempiaran ke ruang tamu.

Sebaik sahaja terlihat kelibat Melur Pak Muiz mula bersuara. "Apa yang dah berlaku? Kenapa dengan mak kamu? Kenapa dengan Hadi....?"

Melur tidak menjawab. Mulutnya bagai terkunci apabila melihat wajah bengis abangnya itu. Wajah tersebut seolah-olah mengugut dia supaya tidak bagitahu apa yang berlaku tadi. Melur takut kepada kedua-dua lelaki tersebut. Keduanya memang panas baran. Silap langkah dia akan dibelasah oleh kedua lelaki tersebut.

"Jawab? Kenapa kau diam? " Tempelak Pak Muiz. Tangan Melur bergetar. Terkejut dan juga takut.

"Melur... Kau nak cakap atau kau nak kena belasah dengan aku?" Pak Muiz hilang sabar.

"Aaaa...." Melur mengangkat muka memberanikan diri melihat abangnya. Wajah abangnya yang seakan mahu menelannya menyebabkan hanya itu yang keluar dari mulutnya.

'Kenapalah aku terlibat sama dalam hal ini.... Kalau aku tahu akan jadi macam ni lebih baik aku pergi masuk kolej... Lagi bagus... Tak payah hadap benda ini...' Melur merungut di dalam hati. Terasa menyesal juga tidak menyambung pelajaran kalau tahu benda macam ni nak jadi.

"Aaaa.... Apa? Cakap sahaja... Pandang ayah bila cakap...." Pak Muiz merendahkan suara. Akan tetapi masih ada ketegangan kepada suaranya itu. Melur mengangkat wajahnya.

"Aaaa... Abang... Pergi rumah Zinnirah tadi..." Melur memberanikan diri. Dia tahu abangnya kan membelasah dirinya.

"Ayah dah agak... Kau nak apa lagi dengan perempuan tu? Itukan yang kau nak dulu? Melur... Kau masuk tengok mak kau... Hadi... Kau tunggu sini... " Ujar Pak Muiz melihat Hadi bergerak mengikuti Melur. Dia bergerak menuju ke bilik maknya itu.

"Kau dah kenapa? Apa lagi yang kau nak dari perempuan tu? Kau tak serik lagi ke? Kenapa nak mempermainkan hati dan perasaan perempuan... Dah setahun pun kau kahwin dengan Inayah... Nak buat apa kejarkan dia lagi?"

"Aku tak suka Inayah... Aku sayangkan Nira... Ayah kena paham.. Selama ni aku hanya ikut apa yang mak nak... Tapi kali ni aku memang dah tak sanggup... Aku masih sayangkan Nira..." Hadi meluahkan rasa.

"Hadi... Masalah sekarang dia isteri orang dah.. Kau yang tinggalkan dia dulu... Kau kena ingat..."Pak Muiz mahu Hadi terima kenyataan.

"Tapi ayah... Cinta Hadi sejak sekolah adalah Nira... Tiada yang lain..."

"Dahlah Hadi... move on...  Budak Zinnirah tu pun dah move on..."

"Never... Aku akan balas balik apa yang dia dah buat kat aku..."

Pak Muiz mula berang. Hadi menerima tamparan daripada ayahnya itu. Hadi mengusap pipinya. Merah.

"Apa yang dia dah buat kat kau?  Sampai kau kena balas dendam?" Tempelak Pak Muiz. Melur di dalam bilik Mak Eton tersentak. Mak Eton hanya menangis tidak berhenti sejak pulang dari rumah Zinnirah Rasyiqah.

Hadi tidak membalas. Sebaliknya masuk ke biliknya dan keluar membawa beg pakaiannya. Hadi terus menaiki kereta dan memandu pulang ke Kuala Lumpur tanpa sepatah perkataan yang di tinggalkan kepada keluarganya itu.

Pak Muiz tidak faham dengan perangai Hadi. Ada masanya menuruti katanya dan isterinya. Adakalanya tidak. Kenapa dengan Hadi?

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now