Perkarangan hospital menjadi riuh. Bunyi siren ambulan kedengaran. Ashram kelihatan gusar. Dia tidak senang duduk. Kelihatan keluarga Zinnirah Rasyiqah tiba. Ashram bersalaman dengan keluarga Zinnirah Rasyiqah.
"Assalamualaikum.. Ashram.. Macam mana boleh berlaku macam ni? "
"Waalaikumussalam... Maaf ibu.. Saya minta maaf sangat-sangat... Saya tidak jaga Rasy dengan betul.. "Jelas kekesalan di wajah Ashram.
"Ashram.. Jangan macam tu... Ibu dengan ayah bersyukur sangat-sangat sebab Ashram tolong jaga Zien.."
Kelihatan pintu bilik kecemasan terbuka.
"Siapa ahli keluarga Zinnirah Rasyiqah?" Tanya seorang Doktor.
"Kami... " Serentak semua bersuara. Tetapi bukan Ashram. Dia hanya membisu seribu kata. Hatinya resah gelisah.
"Nasib baik Zinnirah Rasyiqah tiba di sini awal. Kalau tidak.."
"Kenapa dengan Zien Doktor?" Pak Zaini dari tadi membisu bersuara.
"Akibat cekikan yang kuat, salur darah yang terdapat di leher Zinnirah Rasyiqah tersumbat dan terdapat darah beku... Nasib baik dia cepat di bawa ke hospital."
"Apa jadi kepada anak saya Doktor kalau dia lambat sampai?" Giliran Mak Siah pula bertanya.
"Macam yang saya cakap tadi.. Darah tidak dapat mengalir ke otak... Jika dia lambat sampai.. Fungsi otaknya akan mati kerana tiada oksigen yang di hantar ke otak..."
"Ya Allah .. anak aku... Ashram.. terima kasih banyak-banyak sebab sentiasa ada di sisi Zien.. dan cepat hantar Zien ke hospital...." Mak Siah mengongoi.
Ashram tidak mampu berkata-kata. Dia masih lagi rasa amat bersalah. Dia menyesali kerana membawa Zinnirah Rasyiqah bercuti. Tapi niatnya cuma untuk menggembirakan serta menenangkan hati Zinnirah Rasyiqah. Tetapi lain pula yang jadi.
"Dah la tu... Keadaan Zien dah stabil pun.. Jangan macam ni la Siah oi... Doktor... Bila kami semua boleh melawat Zien?" Pak Zaini memarahi Mak Siah.
"Semua dah boleh melawat Zinnirah Rasyiqah.. Zinnirah Rasyiqah akan dipindahkan ke wad... Tetapi jangan buat bising sebab dia sedang berehat.." Jelas seorang Jururawat.
Setelah Zinnirah Rasyiqah dipindahkan ke wad, semua beriringan melawat. Setiba di pintu wad Ashram berhenti. Wajahnya kelihatan bukam.
"Ash... Kenapa ni nak?" Tanya Mak Siah.
"Ibu... Kalau Ash tak bawah Rasy ke sini dah tentu semua ni tak berlaku macam ni..."
"Ash.. Ni semua dah takdir.. Walau dekat mana pun berada.. Kalau Allah kata kun faya kun apa pun mesti berlaku... Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Ibu redha.. Kalau ibu boleh redha kenapa Ashram tak boleh redha?.. Dah jom... Kita tengok Zien.. Aduhai.. Lepas ni ibu kena biasa panggil Zien.. Rasy la macam ni... " Dalam gurauan Mak Siah cuba menenangkan Ashram. Sedangkan hatinya pun gusar. Mak Siah masuk melawat di ikuti Ashram.
***
Pranggg... Balingan pasu mengenai cermin. Dia masih tidak puas hati. Gambar yang terdapat di atas meja diambil di koyak. Kemudian dia terduduk.
"Sialla.. Kenapa setiap kali aku nak jahanamkan minah tu mesti ada yang menolong? Kenapa mesti dia wujud? Belum sempat aku rasa tubuh badan Nira..." Badan Zinnirah Rasyiqah masih terasa seperti masa dia menindih tubuh itu. Rasa lekukan buah dada Zinnirah Rasyiqah menambahkan berahi Hadi.
Hadi menerbitkan rasa tidak puas hati kerana tidak berkesempatan. Tangannya di genggam. Di tumbuk separuh cermin yang masih tergantung. Pecah berderai. Tangannya mengeluarkan cecair merah pekat. Dia tidak menendahkan. Hatinya masih tidak puas hati. Kenapa setiap kali itu rancangan dia gagal.
"Abang.. Jom makan..." Panggil Inayah.
Hadi keluar dari bilik kurungannya itu tanpa sepatah kata. Muka bengisnya di lemparkan kepada Inayah. Rasa seperti mahu memukul Inayah tetapi di tahan. Inayah hanya membisu.
"Ubat tangan aku ni..." Arahan Hadi sambil tangannya yang berdarah di hulurkan kepada Inayah.
Inayah hanya mengikut apa sahaja arahan. Dia takut akan di pukul oleh Hadi. Hadi semakin lama semakin rancak memukulnya.
"Abang.. Tadi petang mak telefon... Dia kata dia nak datang sini.. " Inayah mula berbicara walaupun dalam keadaan teragak-agak.
"Aduhai.. kacaulah orang tua ni... Malas lah aku nak tengok muka dia... Yang dia sibuk sangat nak datang sini kenapa? Dia nak tidur sini ke?"
Inayah hanya mengangguk. Takut kalau tersilap cakap.
"Hish.. Leceh betullah... Hey, Ina.. Esok kalau mak datang kau berlagak macam kita tak ada masalah. Kau jangan berani-rani nak cerita apa yang berlaku pada mak ye.. Kalau mak tahu bukan kau saja yang sakit anak kesayangan kau si Nini tu pun sakit.. Kau ingat pesan aku...?"
Inayah hanya menggangguk. Tidak mampu berkata-kata. Dia tidak mahu melihat Nini pula kena sepertinya. Nini tidak bersalah.
"Kau dengar tak?" Jerkah Hadi.
"Ya.. Ina dengar abang..." Inayah mencari kekuatan untuk menjawab jerkahan Hadi.
Selesai balutan tangan, Hadi terus masuk bilik tanpa makan. Terkilan perasaan Inayah. Suaminya itu sudah tidak melayannya sebagai seorang isteri. Dia seperti orang asing.
Inayah membersihkan meja makan. Perutnya tadi berbunyi minta di isi di abaikan. Tekaknya tidak mampu untuk menelan. Hatinya sakit dengan perbuatan suaminya itu. Baru setahun berkahwin, suaminya itu sudah pun menyakiti tubuhnya.
Tubuh Inayah semakin hari semakin tidak kuat. Akan tetapi dia tetapi kuatkan juga demi anaknya itu. Dia redha kerana itu dah pun tertulis. Inayah terima dengan hati yang terbuka.
"Ina, kau masuk bilik aku ke?" Jerit Hadi?
"Tak.. Ina tak ada masuk bilik abang langsung.. " Inayah memberitahu perkara yang benar. Tangan Inayah menggigil. Dia mulai takut. Takut Hadi akan berang.
Hadi keluar dari bilik mencapai rambut Inayah. Rambut itu di tarik.
"Abang.. Sakit abang.. Ina sakit..." Rengekan Inayah di abaikan. Malah di tampar muka Inayah lagi.
"Aku dah kata banyak kali.. Jangan masuk bilik aku.. Kau degil.. Masuk juga.."
"Mana ada Ina masuk.."
"Habis tu kenapa bilik tu bersepah? Cermin kesayangan aku pecah? Kalau tak ada yang masuk mesti kemas je bilik tu?"
" Ina tak masuk abang.. Sumpah... ina tak masuk...Tadikan abang yang mengamuk dalam bilik tu..." Inayah cuba mempertahankan diri.
Kali ni Inayah di tolak kuat ke dinding. Inayah di belasah secukupnya.
"Kau melawan cakap aku ye Ina? Sejak bila kau pandai melawan aku ni?"
Setelah puas Hadi meninggalkan Inayah sendirian di situ. Inayah tidak mampu untuk bangun. Dan akhirnya tertidur di situ. Hadi hanya membiarkan Inayah di situ.
"Puas hati aku... Sibuk lagi dengan urusan aku selama ini kan? Aku tengok riak wajah dia ada yang dia tidak puas hati... Tunjuk lagi muka tak puas hati dengan aku... Memang cari padah la jawabnya.. Tidur la kau kat situ.. Memang aku biarkan kau kat situ..." Hadi masuk ke kamar beradunya dan menutup lampu. Gelap segenap ruang di rumahnya itu.
YOU ARE READING
Lelaki terakhir
Romance"What do you mean dia lelaki terakhir you? Habis I ni siapa pada you?" Tegas Hadi. "You is you... Dia adalah dia... Dan dia tidak hiprokrit macam you..." Zinnirah Rasyiqah menjawab dengan tenang. "Abang ke lelaki terakhir Rasy? Rasy confirm ke ni...