Bab 4

474 17 0
                                    

Hadi tidak mampu untuk membuat apa-apa keputusan. Maknya lebih berkuasa terhadap dirinya. Maknya telah pun atur segalanya. Dia perlu untuk memilih tarikh untuk janji temu yang di aturkan maknya itu. Ayahnya langsung tidak mengambil kisah.

Hadi buntu. Sayangnya terhadap Zinnirah Rasyiqah terlalu utuh. Dia dah lama mencintai Zinnirah Rasyiqah. Sejak di bangku sekolah lagi.

Akan tetapi jika selalu didesak begini mana-mana lelaki pun akan berubah hati. Maknya betul-betul tidak menyukai Zinnirah Rasyiqah. Hanya tidak ditunjuk perasaan itu di hadapan Zinnirah Rasyiqah.

Pada pendapat Mak Hadi, selagi mereka belum menikah selagi itu masih ada peluang untuk memisahkan mereka berdua. Hati Mak Hadi tidak akan tenang jika mereka tidak dipisahkan.

"Hadi, minggu ni mak nak buat makan-makan dengan keluiarga kita. Hadi jemputlah tunang Hadi tu sekali. Mak nak kenalkan dengan saudara mara..."

'Betul ke apa yang mak aku ni nak buat? Macam tak percaya je. Dulu dia yang membangkang sangat. Ni nak kenalkan dengan saudara mara plak' Hadi bermonolog sendiri.

"Hadi.... Dengar tak apa yang mak cakap? "

" Dengar lah mak. Tapi Hadi musykil.... Kan mak tak suka sangat dengan Nira tu?"

" Apalah Hadi ni. Mestilah mak nak kenalkan Nira dengan saudara mara. Lagi pun diorang dah tanya pasal menantu mak. Takkan mak nak senyap je. Ha, Aidil... Bawa sekali Ziqa. Semua nak kenal. Ingat mak tak tahu yang kau asyik ke hulu ke hilir bawa dia. Kalau dah suka sangat nanti lepas majlis abang kau ni mak ngan ayah masuk meminang. Tak payah tunang, terus nikah."

"Hish, apalah mak ni. Aidil pulak terlibat. Ziqa tak sedia lagi lah. Dia kan masih belajar lagi. Mana ada Aidil usung dia ke sana ke mari." Aidil menangkas apa yang di perkatakan oleh Mak Hadi. Walaupun hanya adik kepada Hadi tetapi Hadi lah yang lebih dalam keluarga ini. Tetapi dia tidak kisah kerana dia sudah lali dengan perangai keluarganya. Aidil tahu Mak Hadi nak buat majlis ini mesti mempunyai niat.

"Betullah.. Mak nak aidil bawa sekali Ziqa tu. Sama dengan abg Hadi, dia pun kena bawa budak si Nira tu... "

Aidil buat tidak endah dengan apa yang diperkatakan oleh Maknya itu. Padanya tidak penting. Ziqa tidak perlu datang.

Hadi bangun dan menuju ke bilik.

"Assalamualaikum... Nira.."

"Waalaikumussalam..."

"Nira tengah buat apa tu? I miss you so much. Bila Nira nak balik kampung?"

"I miss you too... Nira tak dapat balik lah... Nira busy sangat sekarang ni.. Lagi-lagi ada tender baru masuk... Insya'allah kalau tak ada apa-apa Nira balik. Nira pun rindu ibu dengan ayah."

"Nira balik minggu depan eh. Mak nak buat jamuan. Jemput saudar mara. Katanya nak kenalkan Nira dengan saudara mara."

"Insya'allah.. Nira tak janji tau. Nira akan cuba balik."

***

Zinnirah Rasyiqah memandu pulang ke kampung. Rasanya sudah lama tidak pulang ke kampung. Rindu rasanya dengan masakan ibunya itu. Setelah 4 jam memandu, sampai juga Zinnirah Rasyiqah ke destinasi.

"Assalamualaikum.... ibu... Zien balik ni...."

" waalaikummusalam.. Sampai pun anak ibu seorang ni. Dah pergi masuk bilik, mandi selepas tu makan. Lauk ibu dah hidang atas meja."

Zinnirah Rasyiqah tidak menjawab. Dia meneruskan langkah menuruti kata ibunya itu.

Selesai makan malam, Zinnirah Rasyiqah berehat bersama ibu dan ayahnya di ruang tamu. Khusyuk sungguh Pak Zaini dan Mak Siah menonton televisyen. Al-maklum lah cerita favourite Mak Siah. Pak Zaini hanya melayan.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now