Zinnirah Rasyiqah memasuki ruang parking. Dengan lemah dia menuju ke dalam rumah. Niat hati balik ke kampung dapat melepaskan rindu, dapat la merasa kek coklat ibu. Semuanya tinggal impian sahaja bila Pak Zaini kata ada yang nak merisik Zinnirah Rasyiqah.
Zinnirah Rasyiqah memandang cincin yang tersarung di jari manis. Dalam tempoh tiga hari berada di kampung dia sudah menjadi tunangan orang. Hatinya masih berat. Kalau tidak kerana ayahnya, sudah tentu dia menolak pinangan itu.
Majlis yang di jalankan secara sederhana itu di hadiri saudara mara terdekat sahaja. Itu pun kerana ayahnya mahu buat kenduri kesyukuran. Jikalau tidak, Zinnirah Rasyiqah mahu saja sarung cincin bila-bila. Zinnirah Rasyiqah masih tidak berpuas hati.
"Zien, cepatlah siap. Tetamu dah ramai ni. Kejap lagi bakal mertua kamu nak datang sarung cincin." Mak Siah memulakan mukaddimah pada pagi ini apabila melihat Zinnirah Rasyiqah yang masih tidak siap. Penat sahaja Mak Siah mengupah anak buah dia untuk mengandam si Zinnirah Rasyiqah. Hatinya terdetik ' Janganlah si Zien ni buat perangai'
"Ala, kejaplah ibu. Zien nak makan dulu " Alasan Zinnirah Rasyiqah. Padahal dia memang nak melenggahkan majlis. Dari semalam seleranya masih tiada. Kepalanya masih memikirkan bagaimana cara untuk menolak. Tapi tidak nampak apa pun caranya. Dia buntu. Dia masih tak bersedia lagi. Apa alasan lagi untuk dia bagi. Ayahnya begitu beria nak jodohkan dia dengan Hadi.
"Hish, budak ni. Cepatlah siap. Si Milah dah tunggu kamu kat bilik tu." Dengan malas Zinnirah Rasyiqah bergerak. Kalau bukan kerana bebelan ibunya sudah tentu dia masih makan. Dia hanya tinggal tunggu sarung cincin sahaja. Semua persiapan dilakukan oleh keluarganya termasuklah hantaran. Dia tidak mahu masuk campur.
Hati Zinnirah Rasyiqah beku. Mukanya tidak mempunyai apa-apa riak. Sedih tidak, gembira pun tidak. Semasa sesi fotografi dan swafoto pun mukanya seperti tiada perasaan. Kaku beku seperti patung yang tidak benyawa. Senyuman yang ditunjukkan hanyalah palsu.
Telefon berdering menghentikan flashback semasa di kampung. Zinnirah menjawab malas panggilan telefon itu. Sudah dijangka siapa gerangan yang menelefonnya.
"Hello..."
"Assalamualaikum..."
"Hmmm... Waalaikumussalam... Nira nak uji Hadi ya? Nira, Hadi rindu Nira la. Bila lagi Nira balik kampung? Boleh kita dating."
Zinnirah Rasyiqah hanya membatu. Tiada jawapan dari mulutnya mahupun hatinya. Kepalanya berat. Terasa di bebani dengan pelbagai masalah.
"Nira.. ada lagi tak kat sana?"
"Saya tak sampai sehari pun balik KL. Tadi sebelum balik pun awak dah jumpa dengan saya. Apa lagi yang awak nak? Hadi, saya nak tidur lah. Saya penat. Baru sampai tadi."
"Baiklah... Nira tidur lah. Rehat la sayang..."
Zinnirah Rasyiqah terus meletakkan panggilan tersebut. Zinnirah Rasyiqah terus menangis semahunya di atas katil sehingga terlena.
****
Zinnirah Rasyiqah masuk ke pejabat dengan mata sembab, muka bengkak. Dia terus ke meja kerjanya. Banyak yang perlu di selesaikan. Mejanya penuh dengan fail yang perlu di selesaikan segera.
"Hai zien... kau ni... baru cuti 3 hari.. tapi aku tengok muka kau dah macam kerang busuk... Kau ni balik kampung ke pergi ke mana? Kau ni lepas balik kampung ni macam ada masalah je? "
Zinnirah Rasyiqah malas ingin menjawab pertanyaan kawan baiknya itu. Dia lebih rela mendiamkan diri dari menjawab.
" Woi zien.. aku cakap dengan kau ni. kau ni dah kenapa? sampai dengan aku pun kau moody. Biasanya bila kau kena marah dengan bos je kau moody. " Kata- kata Amal langsung tak menarik perhatian Zinnirah Rasyiqah. Dia tetap dengan kerja dia.
YOU ARE READING
Lelaki terakhir
Romansa"What do you mean dia lelaki terakhir you? Habis I ni siapa pada you?" Tegas Hadi. "You is you... Dia adalah dia... Dan dia tidak hiprokrit macam you..." Zinnirah Rasyiqah menjawab dengan tenang. "Abang ke lelaki terakhir Rasy? Rasy confirm ke ni...