Bab 41

132 4 0
                                    

Perkarangan hospital yang riuh rendah dengan suara ambulans dan juga tangisan orang membuatkan Zinnirah Rasyiqah menjadi bertambah kusut. Kepalanya terasa berat. Matanya di pejam. Bahu Qistina di jadikan sandaran. Ashram masih tiada khabar berita dari dalam wad kecemasan. Matanya dibuka. Menatap tulisan wad kecemasan dan kemudian menatap setiap raut wajah ahli keluarganya itu. Nampak jelas di raut wajah keluarganya itu merisaukan keadaan Ashram. Kepalanya rasa berpusing kembali. Matanya dipejam.

"Zien... Kau okey tak? Kalau tak okey, aku panggil doktor... Aku tengok muka kau ni pucat sangat ni... Kau sakit ke Zien?" Ujar Qistina yang melihat aneh Zinnirah Rasyiqah yang berkeadaan pelik. Zinnirah Rasyiqah hanya menggeleng. Kepalanya masih rasa berpusing tapi di gagahkan juga. Biar Ashram sahaja yang ada di dalam. Azary Azzri dari tadi hanya memerhati dari jauh. Zinnirah Rasyiqah seperti menyembunyikan sesuatu. Zinnirah Rasyiqah tidak seperti yang dia kenal sebelum ini.

"Aku jetlag lagi la... Kan baru sampai... Aku tak ada apa-apa... Abang kat dalam tu... Lagi risau... Ni dah second time die pengsan... Aku tak tau la Qis... Aku risau... Risau sangat-sangat...." Menafikan apa yang Qistina cakap. Walhal kepalanya terasa sangat sakit. Zinnirah Rasyiqah kembali bersandar di bahu Qistina. Lengan Qistina di peluk erat. Matanya masih pejam. Sakitnya itu disorokkan. Tidak mahu sesiapa pun tahu akan keadaannya itu. Padahal sakitnya itu daripada di dalam perut pesawat lagi. Tapi di endahkan.

"Sayang... Sayang okey tak ni?" Ashram bertanya lembut. Zinnirah Rasyiqah hanya menggeleng kepala. Sedaya upaya menyembunyikan apa yang di rasa. Matanya dipejam.

Ashram mengusap lembut kepala Zinnirah Rasyiqah. Kemudian di pusing badannya ke sebelah kerusi. Azary Azzri. Pulang ke Malaysia bersama mereka.

"Abang Ry... Saya nak minta tolong boleh?" Ashram bersuara. Azary Azzri hanya mengangguk.

"Kalau apa-apa jadi pada saya... Abang Azary tolong call nombor ni... Lepas tu... Abang Azary tolong lah jaga Rasy ni... Jaga seperti nyawa Abang Ry... " Ashram memberi kad perniagaan. Azary Azzri mengambil. Tertulis nama Doctor Edward. Doktor yang merawat Ashram semasa di Turkey. Menyimpan di dalam beg. Kemungkinan besar kad tersebut memainkan peranan penting dalam kisah Ashram. Azary Azzri hanya mendiamkan diri. Ini kali kedua Ashram merepek. Azary Azzri melihat raut wajah Ashram yang pucat. Beralih ke raut wajah Zinnirah Rasyiqah. Sama pucat. Ashram melelapkan mata. Tidak mengendahkan pandangan daripada Azary Azzri.

Zinnirah Rasyiqah membuka mata. Kejadian dalam pesawat tadi membuatkan dia sebak. Apakah yang dibincangkan oleh Ashram dan Azary Azzri dapat di dengar dengan jelas. Kenapa Ashram berperangai pelik? Kenapa Ashram nak Azary Azzri menjaganya? Ashram sudah tidak mahu menjaganya lagi? Kepala Zinnirah Rasyiqah merasakan sakit kembali. Jari-jemarinya mengurut kepala.

Qistina hanya memerhati. Kemudian matanya menatap wajah yang asing bagi dirinya. Matanya bertembung dengan mata jejaka tersebut. Malu. Dia menundukkan wajahnya itu. Segan dengan pandangan tersebut. Mahu bertanya dengan Zinnirah Rasyiqah, siapakah lelaki itu akan tetapi tidak sampai hati apabila melihat keadaan Zinnirah Rasyiqah yang kelihatan penat dan letih. Wajah Zinnirah Rasyiqah juga kelihatan sangat pucat. Jadi dia juga berdiam diri.

"Qis... Teman aku boleh? Aku nak pergi toilet lar..." Zinnirah Rasyiqah bangun dan menarik tangan Qistina laju. Qistina terpinga-pinga. Wajahnya masih menatap wajah jejaka tersebut.
Qistina yang masih belum sempat menjawab hanya menurut. Tidak sampai hati menolak.

***

Hadi mulai hilang sabar dengan Inayah. Sabarnya sudah sampai ke kemuncak. Sudah berani keluar rumah sendirian. Anak ditinggalkan di rumah. Inayah keluar rumah tanpa izin. Inayah sudah mula buat perangai.

"Hadi... Kau dah kenapa? " Gusar Mak Eton melihat Hadi ke hulu ke hilir. Tangannya masih mengusap lembut kepala Nini Aqila. Cucunya yang dia rindui. Sudah lama cucunya itu mengikut menantunya lari. Gara-gara Hadi yang gilakan sangat dengan Zinnirah Rasyiqah.

"Ni semua sebab ayah la... Suruh aku bawa balik Ina dengan Nini... Tengok... Apa Ina buat dekat aku...?"

Pang. Tamparan tepat di wajah Hadi. Pak Muiz menjadi tidak sabar dengan perangai Hadi. Hadi berubah menjadi seperti dahulu. Perangai lamanya kembali. Nasib baik cucunya itu bersama isterinya. Jika tidak pastilah cucunya dibelasah.

Hadi memegang muka. Perit. Ayahnya itu di pandang sinis. Geram. Hatinya semakin panas. Dengan Inayah yang keluar. Apabila di telefon di matikan panggilan tersebut.

"Memang salah ayah... Kalau ayah tak suruh aku cari Inayah sebab harta ayah tu... Dah pasti aku tak cari Inayah lar... Aku bukannya sayang pun dengan Inayah tu..." Hadi meluahkan rasa tidak puas hati.

"Memang anak tak sedar di untung... Kalau kau tak sayangkan Inayah, kenapa kau tidur dia sampai aku di tangkap berkhalwat? Kenapa?" Pak Muiz menahan geram.

"Itu salah mak... Mak yang suruh aku bawa Inayah pergi hotel... Aku bawa lah... Kalau ayah nak tahu... Mak yang rancang supaya aku kena tangkap khalwat... Supaya aku tak jadi kahwin dengan Zinnirah Rasyiqah...."

"Mana kau tau Hadi? Tak mungkin lah mak yang sayang sangat dengan kau buat kau macam tu..." Pak Muiz mula menurunkan suara. Akan tetapi dia masih tidak puas hati lagi kerana Hadi mengaitkan isterinya pasal kes khalwat tersebut. Mak Eton hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak berani mencampuri urusan anak beranak ini. Dan semestinya namanya tetap akan terkait.

"Kalau ayah nak tahu, ayah tanya lah mak... Mak... Mak bagitahu lah ayah... Aku dapat tahu pun Melur yang bagitau... Melurkan akan ikut mak ke mana-mana..."

"Betul ke Eton? Betul ke apa yang Hadi cakapkan ni? Melur.. melur... Keluar sini sekarang..." Jerit Pak Muiz

Melur ke ruang tamu. Mukanya menjadi pucat melihat ayahnya itu seperti dirasuk syaitan. Tembelangnya bersama maknya itu dah pun pecah. Silap mulutnya juga, tidak pandai menyimpan rahsia. Semuanya di cerita. Pasti teruk dikerjakan ayahnya itu. Merapati maknya itu dengan perasaan takut.

"Melur... Bagitahu ayah... Apa sebenarnya yang berlaku? Bagitahu semuanya..." Kebenaran dirungkai satu persatu.

"Ini semua rancangan mak... Dia suruh abang keluar dengan Inayah... Bawa Inayah ke hotel... Dengan tujuan untuk memerangkap diorang... Mak juga yang rancang untuk tangkap khalwat diorang... Sebab mak tak nak abang kahwin dengan Zinnirah Rasyiqah...." Jelas Melur.

"Betul ke Eton? Kenapa awak tergamak buat macam ni? Tergamak awak memalukan keluarga sendiri?"

"Saya lakukan ni semua sebab saya sayangkan Inayah... Saya tak mahu Hadi kahwin dengan pilihan hatinya... Saya tidak suka keluarga Zinnirah Rasyiqah... Jadi saya rancang semua ni... Ampunkan saya abang... Saya betul-betul menyesal... Hadi... Mak minta ampun... Maafkan mak Hadi.. ." Air mata Mak Eton yang sedari tadi mengalir deras. Menyesal dengan perbuatannya. Tapi apakan daya terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan padah jadinya. Mempertaruhkan masa depan orang demi kepentingan peribadinya.

Di sebalik pintu ada yang memerhati dan mendengar perbualan anak beranak itu. Air matanya mengalir. Rupanya Hadi tidak pernah mencintainya. Perkahwinan mereka tidaklah seindah orang lain. Perkahwinan ini adalah satu kesilapan. Inayah bergegas meninggalkan rumah tersebut dengan hati yang sangat kecewa.

"Allah... Kenapa lah tergamak awak buat macam ni..." En Muiz menahan sakit. Tangannya memegang dada. Akhirnya rebah menyembah bumi.

"Abang... Kenapa ni? Hadi.. call ambulans..." Berlari Mak Eton mendapatkan suaminya itu. Panik. Gelisah. Itu lah perasaan Mak Eton ketika ini.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now