Bab 42

121 3 0
                                    

Ambulan tiba di perkarangan hospital. Katil disorong laju menuju ke wad kecemasan. Mak Eton hanya mengikut menyorong katil yang membawa suaminya itu. Setibanya di pintu wad kecemasan Mak Eton di halang oleh jururawat. Mak Eton hanya terduduk di tepi pintu wad kecemasan hospital itu. Hatinya sebal. Air matanya turun laju membasahi pipi. Tidak sangka ini akan berlaku.

"Mak... Ayah macam mana...?" Hadi dan Melur datang menerpa ke arah Mak Eton. Mak Eton hanya menggeleng memandang papan tanda wad kecemasan. Pipinya sudah basah dihujani dengan air mata. Menyesal dengan tindakannya pada suatu ketika dahulu. Jika dia tidak menurut hati dan perasaan, pasti tiada hati yang terseksa. Pasti tiada hati yang merana. Tiada hati yang kecewa. Dia membenci Zinnirah Rasyiqah hanya kerana Zinnirah Rasyiqah anak kepada pekerja suaminya. Padanya Zinnirah Rasyiqah tidak setaraf keluarganya. Akan tetapi apabila memilih Inayah sebagai menantu menjadikannya satu kesilapan besar buat keluarganya. Ini kerana Hadi tidak pernah menyayangi menantunya itu dari awal.

"Mak.... Sabar ye..." Melur memeluk Mak Eton yang tidak berhenti menangis di tepi pintu. Melur memapah Mak Eton ke kerusi berhampiran. Hadi hanya melihat wajah ibunya itu. Tiada perasaan yang digambarkan oleh wajahnya itu. Marah tidak. Kecewa pun tidak. Apatah lagi perasaan sedih. Ketika ini hatinya kosong. Mak Eton memandang wajah Hadi dengan pelbagai persoalan. Rasa bersalah menerpa hatinya itu. Inayah tetap menantunya.

Hadi leka memandang satu sudut ruangan hospital tersebut. Seperti dia kenali. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Mak Eton menyentuh lembut tangan Hadi membuatkan Hadi tersentak. Memandang Mak Eton dengan pandangan geram. Menganggu. Hadi memandang ke arah tadi. Akan tetapi apa yang dilihat tidak sama dengan yang di lihat sebelum maknya itu memegang tangannya itu. Mak Eton memegang semula tangan Hadi. Tanda memanggil anaknya itu. Suaranya tidak mampu di keluarkan dalam tangisan.

"Kenapa mak? Mak nak tanya aku ke mana Ina dengan Nini?" Mak Eton hanya mengangguk. Mak Eton kehilangan kata-kata. Hadi semakin tidak menghormati dirinya hanya kerana kesilapan yang dia lakukan.

"Ntah... Aku tak tahu... Tadikan masa keluar dari rumahkan dia masih tak balik lagi... Nini kan kat rumah dengan Aidil... Mak yang suruh Aidil jaga Nini..." Hadi malas nak bertengkar dengan Mak Eton. Mak Eton hanya mengangguk. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Berharap suaminya itu tiada apa-apa. Jika dia tidak bertengkar dengan Hadi, semestinya suaminya itu tidak sakit.

***

Zinnirah Rasyiqah berlari ke tandas. Tekaknya terasa mual. Dia memuntahkan semua isi perutnya sehingga kan tiada apa lagi yang keluar dari mulutnya itu kecuali angin semata. Terasa lega. Badannya semakin lemah. Qistina yang baru tiba mengurut belakang badan Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah menutup pili air. Mereka keluar menuju ke tempat duduk.

"Kau okey tak ni? Aku risaulah dekat kau... Takkan lah kau risaukan abang sampai macam ni sekali..." Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk. Lega apabila dapat mengeluarkan khazanah dalam perut. Rasa mual itu hilang seketika. Kepalanya disandarkan kembali di bahu Qistina. Azary Azzri yang sedari tadi hanya jadi pemerhati mula mengesyaki sesuatu. Seperti ada yang tidak kena kepada Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah juga sepertinya menunjukkan yang dirinya juga tidak sihat sejak di dalam perut pesawat lagi. Terlihat sesekali Zinnirah Rasyiqah mengurut kepalanya. Pandangannya tidak dilarikan dari wajah Zinnirah Rasyiqah. Wajah pucat itu benar-benar dapat menarik perhatiannya. Tidak dinafikan yang hatinya itu mulai tertarik dengan wajah mulus, budi pekerti dan juga sifat lurus yang terdapat pada Zinnirah Rasyiqah. Azary Azzri bergerak merapati Zinnirah Rasyiqah.

Zinnirah Rasyiqah merasakan kepalanya semakin lama semakin berat. Tidak pernah dia rasakan seperti itu. Kepalanya bertambah sakit. Tekaknya berasa mual semula. Lapar agaknya. Zinnirah Rasyiqah menduga. Zinnirah Rasyiqah buka mata dan cuba untuk bangun mencari makanan. Akan tetapi rebah.

"Awak..." Azary Azzri sempat menangkap tubuh badan Zinnirah Rasyiqah dari menyembah bumi. Qistina yang sedang melihat telefon bimbi tersentak dengan jeritan Azary Azzri. Masakan Zinnirah Rasyiqah tiba-tiba berada dipangkuan Azary Azzri. Sedangkan tadi dia masih baring di bahu Qistina.

"Zien... Kau dah kenapa pula ni? Tadi okey je..." Qistina menggoncang tubuh Zinnirah Rasyiqah. Tubuh Azary Azzri juga bergoncang sama.

"Awak.... Bagi saya bawa Rasy masuk dulu... Semoga tiada apa-apa..." Qistina hanya mengangguk.

"La... Ni kenapa pula... Ash kat dalam pun kita tak tahu kenapa kali ni Rasy pula... " En Basir bersuara. Ahli keluarga yang ada memandang ke arah Zinnirah Rasyiqah.

Azary Azzri bangun dan mencempung Zinnirah Rasyiqah masuk ke dalam wad kecemasan. Nasib baiklah mereka masih di hospital. Jika tidak sukar jadinya.

Matanya tidak lekang dari memandang wajah Zinnirah Rasyiqah. Wajah tenang seperti tiada apa yang perlu di risaukan tapi pucat. Tidak betah tengok wajah Zinnirah Rasyiqah yang pucat seperti tidak ada setitik darah  di dalam badan Zinnirah Rasyiqah. Hatinya mulai bergetar. Inikah yang di namakan cinta? Adakah hatinya sudah mula terbuka semula untuk wanita? Zinnirah Rasyiqah di letak lembut di atas katil.

"Doktor... Tolong checkkan dia... Tadi rebah dekat luar... Saya keluar dulu ye..." Azary Azzri mula menunjukkan keresahan. Dia mulai resah. Risau dengan keadaan Zinnirah Rasyiqah. Kakinya melangkah.

"Encik... Encik waris pesakit ni ke?" Tanya jururawat sambil menunjukkan katil yang menempatkan Zinnirah Rasyiqah. Azary Azzri menghentikan langkah. Mengangguk.

"Encik tunggu sini sekejap ye... Sekejap lagi Doktor datang untuk merawat. Azary Azzri melangkah ke katil Zinnirah Rasyiqah. Apakah yang berlaku Rasy? Kenapa sampai jadi macam ni? Persoalan demi persoalan yang terlintas di fikiran. Wajah pucat Zinnirah Rasyiqah sekali lagi ditatap. Manis. Mulus. Wajah yang dapat mencairkan hatinya.

"Encik ni suami pesakit ke?" Azary Azzri hanya menggeleng.

"Mana suaminya?" Sambil merawat Zinnirah Rasyiqah.

"Suaminya ada di dalam..."

"Jadi encik ni siapa? Suaminya kenapa?"

"Saya kawan dia... Suaminya masih dalam ni... Masih tak tahu kenapa... " Doktor yang merawat hanya mengangguk.

Doktor tersebut mengeluarkan mesin pengimbas ultrasound. Azary Azzri melarikan pandangan ke arah lain apabila doktor menyelak sedikit pakaian Zinnirah Rasyiqah.

"Saya dah agak... Betul tekaan saya... Boleh saya tanya pada awak?" Azary Azzri terpinga-pinga. Apakah yang dimaksudkan oleh Doktor tersebut? Hanya mengangguk.

"Pesakit ni mengalami tekanan ke?" Azary Azzri menggeleng.

"Kami jetlag... Baru fly dari Instabul... Sampai airport je suami dia rebah... Tu yang terus ke sini.... Sementara tunggu suami dia... Tiba-tiba dia pula yang rebah..." Azary Azzri menerangkan apa yang berlaku.

Doktor hanya tersenyum. Faham dengan penerangan yang diberikan oleh Azary Azzri.

"Encik... Jangan risau... Saya nampak kerisauan terpampang kat wajah Encik.... Istimewa betul dia di hati Encik... Tapi di sebabkan dia isteri orang Encik mengalah... Hanya jadi pemerhati sahaja... Saya faham perasaan itu... Kerana saya pun sedang merasakan perkara yang sama... Tapi saya redha... Cukup lah hanya melihat dia bahagia.... Saya dah cukup bahagia... " Bait perkataan yang di keluarkan oleh Doktor membuatkan Azary Azzri terkedu.

"Encik... Sini lihat... " Doktor tersebut menunjukkan jarinya ke paparan skrin. Azary Azzri memandang. Tidak faham apakah yang dilihat ketika itu.

"Ini kantung... Wah... Ada dua kantung la... Ni jantungnya... Sihat... Tiada apa yang perlu ditakutkan..."
Mata Azary Azzri hanya memandang. Puas kepalanya menterjemah apa yang Doktor tersebut tunjuk.  Mukanya berkerut-kerut.

"Encik jangan risau... Pesakit ni tak ada penyakit serius... Cuma jangan bagi die penat dan sedih... Bagi dia makan makanan berzat... Ini penting untuk kandungannya..." Mata Azary Azzri terbeliak.

"Kandungan?"

" Ya... Kandungan... Kandungan kembar... Dan masuk 4 bulan... Sekarang biar dia berehat... Saya masukkan air dahulu... Bila dia dah sedar boleh la Encik bawa dia balik... " Azary Azzri hanya mengangguk.

Dugaan apakah yang tuhan bagi pada Zinnirah Rasyiqah? Apa yang berlaku pada Ashram? Kenapa lama sangat Ashram tanpa khabar berita? Apakah yang akan berlaku selepas ini?

 

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now