Bab 17

329 13 0
                                    

"Aku terima nikahnya Zinnirah Rasyiqah binti Zaini dengan mas kawin RM22.50 tunai...."

"Sah... Sah..." Para saksi turut mengangguk. Ashram menarik nafas lega. Segala keresahan yang terpendam akhirnya terlepas. Tok kadi membacakan doa.

"Ok.. Pengantin lelaki.. Sila baca lafaz taklik.. Selepas itu, dah boleh batalkan wudu'... " Perjelasan dari Tok Kadi.

Ashram hanya menuruti. Semasa lafaz taklik dengan sebelah tangannya berada di ubun-ubun Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah hanya mendiamkan diri. Setelah itu, cincin di ambil dan di sarung di jari manis Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah hanya senyum. Ubun-ubun Zinnirah Rasyiqah di cium. Flash kamera dilihat beberapa kali. Setiap perbuatan Zinnirah Rasyiqah dan Ashram di rakam sebagai memori.

"Terima kasih sayang..." Ashram berbisik. Zinnirah Rasyiqah hanya tersenyum. Riuh saudara mara mengusik. Merah muka Zinnirah Rasyiqah menahan malu.

"Wah... Meriahnya majlis ni... " Muncul Mak Hadi entah dari ceruk mana.

"Muiz.. Eton.. Jemputlah makan... " Mak Siah menjemput mak dan ayah Hadi.

"Eh, Siah.. Aku datang ni cuma nak tengok siapa menantu kau je... Mana tau boleh kenenkan dengan anak dara aku tu..."

"Mak cik jangan ganggu kawan saya.. Yang paling penting abang saya ni tak pandang la anak mak cik tu.. Dah la tak cantik.. Pemalas pulak tu..."Qistina menyampuk. Zinnirah Rasyiqah hanya membisu. Mukanya yang tadinya ceria menjadi mendung. Malu di perlakukan begitu di hadapan tetamu.

"Mana kau tahu anak aku pemalas?"

"Ala... Tengok dari penampilan pun dah tau... Segak macam ni of course la tak reti buat kerja rumah langsung.. Bangun tak payah cakaplah.. Mesti matahari dah jejak atas kepala baru nak bangun... Masak kat dapur lagi lah... Eh... Melur, kau reti masak ape? ."

Muka Melur merah padam sebab di jadikan bahan. Maknya itu memamg tidak tahu malu. Nasib baik abangnya Hadi tidak datang juga. Jika tidak malu lagi bertambah malu dengan perangai mereka berdua.

"Kau jangan nak hina anak aku ye Qis... Kau ingat kau tu bagus sangat ke? Kau pun sama..."

"Sama macam mana mak cik? Sekurangnya saya ni pandai masak... Pandai buat kerja rumah..."

"Ah.. Kau pun sama pemalas.. Kalau kau tak pemalas taknya kau jadi anak dara tak laku... Kalau tak sekarang kau dah kahwin la... Dah... Jom balik.. Sakit mata aku tengok diorang berpelukan.. Abang.. Aidil... Melur... Jom balik... Tak payah nak makan... Bukan sedap pun masakan dia... Tengok pun dah tahu...." Jerit Mak Hadi.

"Hish.. Awak ni kan Eton.. Buat malu saya je... Buat perangai awak tu... Dah jom lah balik... " Pak muiz berlalu dengan muka yang malu.

"Balik lah Eton.. kalau kau datang untuk merosakkan majlis aku..." Ujar Mak Siah lembut.

Zinnirah Rasyiqah menahan malu. Dia bergerak masuk ke bilik. Ashram mengikuti dari belakang.

"Rasy... Ok tak?" Lembut pertuturannya.

Zinnirah Rasyiqah membeku. Hanya air jernih turun ke pipi. Ashram duduk di birai katil menarik bahu Zinnirah Rasyiqah memandang wajahnya.

"Cantiknya isteri abang hari ini... Tapi kenapa kelihatan mendung macam nak turun hujan?" Ashram ingin mengambil hati Zinnirah Rasyiqah. Air mata jernih gugur dari kelopak mata Zinnirah Rasyiqah.

"Rasy... Kenapa ni? Abang ada buat salah ke?"

"Saya malu lah.. Mak Hadi buat saya macam ni.. Dulu dah malukan saya. Dah la... Apa yang dia tak puas hati dengan saya? Saya ni ada buat salah dengan dia ke? Masa dia datang melamar Hadi pun saya tak ada pun menolak.. Saya terima dengan redha walaupun saya tak sayangkan Hadi...." Air mata Zinnirah Rasyiqah jatuh ke pipi. Ashram mengelap lembut air mata di pipi Zinnirah Rasyiqah.

"Sayang... Shhh... Dah.. sayang kan ada abang... Insya'allah abang akan sayangkan Rasy sepenuh nyawa abang.. Dan lebih penting sayang kena ingat.. Kita tak boleh buat apa-apa.. Tu hak mereka.. Apabila mereka penat mereka akan senyap..." Ashram menenangkan Zinnirah Rasyiqah.

"Tapi saya takut... Hadi..."

"Sayang.. Abangkan ada... Abang akan sentiasa jaga sayang ye... Dah lah, jangan macam ni... Kat luar ramai lagi tetamu.. Tacap sikit muka tu... Dah macam hantu kak limah abang tengokkan... " Ashram mengusik.. Zinnirah Rasyiqah tersenyum.

"Abang......"

"Kan manis muka isteri kesayangan abang ni... Lagi satu... Jangan la bahasakan diri Rasy saya... Abang tak suka la... Rasy buat macam ada jarak antara kita... " Zinnirah Rasyiqah terdiam. Betul dia meletakkan jarak antara dia dan suaminya itu.

"Maafkan saya.. Abang bagilah saya masa untuk menyesuaikan diri..." Ashram hanya mengangguk. Dia terima apa jua jawapan dari Zinnirah Rasyiqah.

"Nanti kejap lagi abang panggil mak andam... Suruh tacap sayang ye..."

Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk.

***

Pintu bilik terbuka. Ashram mendapatkan isterinya itu.

"Thanks a lot for this sayang... Abang tak sangka sayang terima abang.... " Zinnirah Rasyiqah hanya mendiamkan diri. Dia gugup. Hatinya tidak keruan.

"Maafkan saya... " Zinnirah Rasyiqah memandang pemaidani.

"Hish.. Kenapa minta maaf ni sayang?"

"I'm not ready yet.." Ashram terima dengan tenang. Dia sudah menyangka ini akan berlaku. Tidak ubah seperti cerita drama di dalam televisyen yang di tontonnya itu. Huh. Penangan cerita drama kuat mempengaruhi dirinya. Qistina lah yang membawa dia ke dunia drama sepeti Suri Hati Mr Pilot, Dia Semanis Honey dan lain lain. Tapi yang paling dia minat cerita arahan Pengarah Michael Ang.

"Sayang... Mmm... Abang tak kisah.. ambil lah seberapa banyak mana masa yang sayang mahukan.. abang takkan paksa..."

"Saya minta maaf.. Saya takut abang anggap saya nak selamatkan diri dari Hadi... Tapi hakikatnya ya... Saya memang nak selamatkan diri dari Hadi.. Saya takut.."

"Ssshhhh... abang ikhlas cintakan sayang... Tak kira berapa lama pun... Abang akan setia menanti... Dah.. Jangan macam ni... Dah.. Jom... Kita keluar... Ibu dengan ayah ajak makan... Lama agaknya diorang tunggu..." Ashram mengelap air mata Zinnirah Rasyiqah. Mereka beriringan keluar bilik.

Zinnirah Rasyiqah mendapatkan tempat bersebelahan Mak Siah. Mak Siah memandang wajah suram anaknya itu.

"Rasy.. Kenapa ni? Ada masalah ke?"

Zinnirah Rasyiqah hanya mendiamkan diri.

"Ashram... Kamu gaduh ke tadi? Muram wajah anak ibu ni?"

"Tak ada lah ibu.." Jujur jawapan Ashram.

"Abis tu.. Kenapa wajah anak ibu ni kelat? Anak ibu ada masalah ke? Atau anak ibu tak suka dengan perkahwinan ni?" Soalan itu di tuju kepada Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah yang termenung tersentak

"Apa ibu? "

"Anak ibu ni... Ibu tanya dia boleh termenung. Sayang.. ibu tanye ni.. Sayang ibu ada masalah ke?"

"Tak ada lah ibu..."

"Abis tu kenapa termenung? Tak suka ke majlis ni? Atau Rasy tak nak kawin? "

"Tak lah ibu... Rasy ok... Ibu jangan risau ye..."

"Ok... Ashram.. Tolong jaga anak ibu ni baik-baik ye... Ini lah satu-satunya anak ibu..."

"Ibu janganlah risau ye... Ash janji akan jaga anak ibu dengan penuh kasih sayang... "

Mak Siah hanya mengangguk. Dia percayakan Ashram.

"Ibu.. Ayah.. kami minta diri dulu ye... Saya bawa Rasy masuk dulu ye... Sayang.. Jom dah lewat malam.. Masa untuk makan ubat dan tidur.."

Zinnirah Rasyiqah hanya menuruti.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now