Bab 48

155 4 2
                                    

Hadi sebal. Zinnirah Rasyiqah sukar untuk di tawan. Pelbagai cara telah dia lakukan supaya Zinnirah Rasyiqah tidak berkahwin lagi. Menakutkan Zinnirah Rasyiqah juga sudah dilakukan. Tetapi tidak berjaya. Kini peluangnya tertutup kembali. Kiranya semasa Ashram meninggal dia masih ada harapan untuk memiliki Zinnirah Rasyiqah. Rupanya itu semua hanya angan-angannya sahaja. Puas dia menyelusup masuk ke bilik Zinnirah Rasyiqah untuk memberhentikan majlis yang akan berlangsung. Akan tetapi Zinnirah Rasyiqah tetap tidak mengindahkan. Majlis tetap diteruskan. Hatinya makin membara apabila melihat Zinnirah Rasyiqah berada di atas pelamin.

Pintu rumah di buka. Kaki menapak ke dalam rumah.

"Kau ke mana tadi Hadi?" Pak Muiz bersuara. Walaupun kakinya tidak mampu di gerakkan. Ketegasannya tetap ada.

Langkah kaki diberhentikan. Memandang wajah ayahnya itu. Hadi hanya menggeleng. Tidak sanggup jika ayahnya itu sakit lagi. Cukuplah kali ini sahaja dia melihat ayahnya itu terlantar.

"Bukan aku tidak tahu yang kau pergi ke rumah Zinnirah Rasyiqah untuk memberhentikan majlisnya kan..." Pak Muiz menduga lagi. Mak Eton memegang dada Pak Muiz. Cuba untuk menenangkan Pak Muiz.

"Awak tak payah nak menenangkan saya... Awak pun sama dengan anak lelaki awak ni... Suka buat saya sakit hati... Inikan yang awak nak...?" Pak Muiz menolak tangan Mak Eton. Tengkingan Pak Muiz menyebabkan Mak Eton ke belakang sedikit. Perasaan takut muncul apabila diherdik suaminya itu. Air matanya gugur.

"Dah lah ayah... Aku tak nak gaduh lagi... " Hadi hanya mengalah. Barannya di simpan. Tidak sanggup tengok keluarganya porak peranda lagi. Menyambung langkahnya kembali.

"Kau nak ke mana Hadi? Ayah belum habis cakap lagi..." Sekali lagi langkahnya di berhentikan. Pusing menghadap ayahnya yang sedang terlantar di atas katil. Sayu melihat wajah ayahnya itu.

"Hadi... Kau cari Inayah... Selagi kau tak bawa Inayah dengan cucu aku... Sampai mati aku tak maafkan kau..." Pak Muiz mula mengugut Hadi.

"Tapi ayah... Inayah dah ada pun pengganti aku... Nak buat apa aku cari dia lagi?" Hadi mereka alasan supaya tidak perlu membawa balik perempuan itu. Hatinya masih lagi geram dengan Inayah. Belum di ceraikan sudah berani main kayu tiga.

"Apa yang kau menungkan tu? Aku tak kira... Kau tetap kena bawa balik menantu aku..."

"Aku tak sayang Ina la ayah... Aku sayang Nira..."

"Kau jangan nak berangan dapat bersama si Zinnirah Rasyiqah tu... Dia dah kahwin pun... " Ayat terakhir itu ditekankan. Supaya anaknya yang degil ini mengerti.

"Tak... Dia tak bahagia... Dia akan bahagia dengan aku je..." Hadi berang dan terus melangkah meninggalkan ayah dan maknya itu. Hatinya sakit.

"Awak tengok Eton... Apa nak jadi dengan anak kita tu... Dah macam orang gila talak... Tapi bukan gila talak dengan bini dia... Ni gila talak dengan bini orang... Awak tengok... Apa yang awak dah buat... Kalau dulu awak tak buat macam tu... Dah bahagia anak kita dengan pilihan dia... Memang semua ni salah awak..."

Mak Eton hanya mendiamkan diri. Kepalanya di tunduk. Tidak mampu bertentang mata dengan Pak Muiz. Mengakui salah dirinya. Hanya kerana membenci insan yang bernama Zinnirah Rasyiqah walaupun hakikatnya insan tersebut tidak melakukan apa-apa kesalahan ke atas dirinya. Tidak sangka kesilapan yang dia lakukan suatu ketika dahulu memakan semula dirinya ini. Dia mula kehilangan kasih sayang keluarga. Dia kehilangan kasih sayang suaminya itu. Apa yang dia boleh lakukan sekarang, hanya memperbetulkan semula kesilapan yang telah dia lakukan.

***

Azary Azzri masuk ke dalam bilik. Zinnirah Rasyiqah terlihat duduk di birai katil. Melihat wajah wanita itu hatinya mulai berdebar. Jantungnya berdegup laju. Getar debaran terasa.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now