Bab 24

314 11 0
                                    

"Nira... Oh Nira... Aku datang ni... Aku datang nak ambik kau... Aku sayang kau lagi..." Hadi sahaja meninggikan suaranya di hadapan rumah Mak Siah. Niatnya cuma satu hanya untuk malukan keluarga ini kepada satu kampung. Hatinya bengkak bila dapat tahu yang Zinnirah Rasyiqah sudah berkahwin.

"Hadi... Jom balik... Malu lah mak..." Mak Eton cuba untuk mengajak Hadi pulang. Mukanya terasa tebal malu dengan jiran tetangga.

"Mak nak balik.. Balik lah... Aku nak bawa Nira balik... Nira.... Aku datang nih... Keluarla..." Hadi memperkuatkan lagi suaranya. Harapan Zinnirah Rasyiqah keluar.

"Hadi... Jom lah balik... Si Zinnirah tu tak kan keluar kalau Hadi macam ni... Balik dulu..." Mak Eton memujuk anak lelakinya itu.

"Mak dengan Melur pergi lah balik... Aku nak bawa Nira...." Hadi membuat keras kepala.

Pak Zaini dan Mak Siah membuka pintu. Tidak betah berkurung. Hadi memang sudah melampau.

"Ha... Mak Siah.. Nira mana Nira?" Hadi tetap dengan pendirian dia. Tangan Hadi ditarik Mak Eton. Direntap kasar.

"Mak nak balik.. Mak balik lah... Aku nak Nira..." Hadi mulai meradang. Suaranya di keraskan.

"Hadi... Jom lah balik... Jangan malukan mak... Malulah mak macam ni..." Mak Eton merayu pada Hadi.

"Mak... Jangan berlagak baik lah... Macam lah aku ni tak tahu yang mak memang tak suka dengan Nira... Mak buat dia macam-macam... Aku bukan tak nampak tapi aku biarkan aja... Mak Siah... Nira mana? Aku nak ambil dia... Kali ni mak jangan halang aku..."

Mak Eton menjadi kurang sabar. Mak Eton geram. Tangannya di angkat. Langkahnya mula bergerak. Tapi di tahan Pak Zaini. 'Suka-suka tinggalkan. Suka-suka nak datang ambil. Mak dengan anak sama sahaja. Perangai muka tak tahu malu. ' Mak Eton berkata di dalam hati.

"Baliklah Eton... Baliklah Hadi... Kau buat apa lagi datang sini... Kau bukan sesiapa pun... Kau tiada talian apa-apa pun dengan Zinnirah." Pak Zaini bersuara.

"Pak Zaini dah kenapa? Akukan masih tunang Nira... Mana ada kami putus lagi..." Hadi cuba untuk mempertahankan haknya. Hak yang sudah pun terkubur. Tapi apa dia kisah. Dia tetap akan membalas dendam kepada Zinnirah Rasyiqah. Dendam yang di simpan sekian lama.

"Hadi... Sudah-sudahlah tu... Zinnirah dah pun berkahwin... Kau pun dah berkahwin... Tak payah lah di kejarkan lagi anak kami tu..." Pak Zaini cuba untuk berterus terang dengan Hadi.

"Ada saya kisah dia dah kahwin ataupun belum? Dia tetap hak saya selamanya.... Tiada siapa boleh rampas dari saya... " Tengking Hadi. Dengan tiada rasa hormat dia menolak Mak Siah dan Pak Zaini ke tepi.

"Tepilah Orang Tua... Jangan halang aku. Aku tahu kau sembunyikan Nira kat dalam..." Tegas Hadi.

"Zinnirah tiada kat dalam.... Dia dah pun balik KL dengan suaminya..." Jelas Pak Zaini.

Hadi keluar dari rumah Pak Zaini dengan muka masam. Tangan Mak Eton di tarik keras.

"Mak... Jom balik." Mak Eton hanya menuruti.

"Abang..." Mak Siah menegur suaminya itu

"Ya..."

"Saya risaulah dengan Eton tu... Tengok Hadi macam tak betul aja... Takut suatu hari nanti dia akan pukul Eton tu..."

"Tak apa lah Siah... Tak ada apa-apa lah... Insya'allah... Tuhan kan ada... Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya..."

Mak Siah hanya mengangguk. Mereka beriringan masuk ke dalam rumah.

***

Deringan telefon memeranjatkan Zinnirah Rasyiqah yang sedang bersantai di balkoni bilik suaminya itu. Zinnirah Rasyiqah menjawab panggilan tersebut.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now