Bab 32

222 8 0
                                    

"Sayang"

Zinnirah Rasyiqah menyelesaikan kerjanya di dapur.

"Sayang... Meh la sini... Ada benda nk cerita ni...." Ashram memanggil lembut isterinya.

Zinnirah Rasyiqah hanya menurut. Kerja di dapur ditinggalkan seketika. Tidak mahu memperkecilkan hati suaminya itu. Suaminya itu telah mengorbankan segalanya untuknya.

"Sayang.. Lusa abang ada dinner dekat fakulti.. Sayang ikut ye... Abang dah booking... "

"Abang... Saya mana ada baju cantik-cantik... Malu lah abang nanti..." Zinnirah Rasyiqah tidak mahu suaminya itu malu.

"Sayang... Jangan macam tu... Esok kita keluar ye... Kita pergi beli baju..."

"Abang... Jangan membazir... "

"Dah tu? Kenapa? Sayang ada benda nak bagitahu abang ke?"

Zinnirah Rasyiqah hanya mendiamkan diri. Tidak tahu untuk berkata apa. Dia tidak selesa. Dia masih takut. Takut untuk berdepan dengan orang lain. Masih lagi trauma.

"Sayang... Kenapa ni?" Ashram memandang wajah murung Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah hanya menggelengkan kepala. Tidak mahu suaminya itu terbeban.

"Abang.. Saya siapkan makan tengah hari dulu ye... Abang rehat lah..." Zinnirah Rasyiqah terus berlalu ke dapur.

Ashram tidak tahu apa lagi ingin diperkatakan. Zinnirah Rasyiqah masih lagi seperti dahulu. Traumanya masih tidak hilang. Sudah seminggu berada di sini pun, Zinnirah Rasyiqah masih sama.

"Abang... Jom makan..." Suara itu mematikan lamunan Ashram. Ashram ke meja makan.

"Sayang... "

"Hmmmm" Seperti biasa.

"Abang ada kawan baru tau... " Ashram cuba untuk memancing lagi. Zinnirah Rasyiqah hanya memerhati. Tidak bersuara.

"Nak tahu tak ni? " Masih lagi berusaha. Tidak putus asa.

"Dia orang Negeri Sembilan... Orangnya comel je... Baik hati... Tapikan bujang... Masih tak jumpa apa yang dia cari..." Ashram masih tidak putus asa. Zinnirah Rasyiqah tidak berminat. Tetapi tidak pula membuat muka bosan. Hanya mendiamkan diri. Hanya mendengar.

"Dia macam abang juga.. Sebelum ni cikgu.. Tapi dah lama lah dia mengajar... Baru dapat peluang sambung belajar.. Umur dia lebih tua dari abang..." Zinnirah Rasyiqah masih lagi mendiamkan diri.

'Apalah suami aku ni melalut... Aku tak minatlah nak dengar.... Tak penting pun untuk aku... Aku tak perlu tahu pun... Lelaki tu siapa untuk aku tahu... ' Zinnirah mengomel di dalam hati.

"Sayang..." Tegur Ashram apabila melihat Zinnirah Rasyiqah termenung. Nasi pun masih tidak bercuit.

"Hmmm.. Kenapa ye? Sayang ada masalah ye? Kalau ada apa-apa bagitahulah... Mana tau abang boleh tolong..." Suara Ashram membuatkan Zinnirah Rasyiqah tersentak.

Ashram hanya menggelengkan kepala.

' Sah la... Bini aku ni tak dengar pun apa yang aku cakapkan... Sempat pula dia mengelamun..' Ashram berkata di dalam hati.

"Sayang... Ikut ya lusa... Pasal baju tu.. Ikut suka sayang nak pakai apa... Abang tak paksa... "

Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk tanda setuju. Tidak mahu suaminya itu asyik bertanya sahaja.

"Ok.. Kalau gitu.. Esok sayang pakai baju yang paling cantik yang sayang ada.. Abang nak temukan sayang dengan kawan abang tu ye...  Itu lah kawan Malaysia yang ada dekat sini... Ye.. " Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk.

***

Inayah yang sedang bersantai di tepi pantai terasa tenang. Dunianya rasa seperti tiada masalah. Nini Aqila sedang asyik bermain di atas tikar.

"Nini... Jom kita balik bilik... Dah nak senja ni..." Inayah bersuara.

Nini Aqilah hanya merengek. Anaknya itu masih kecil. Masih tidak tahu apa itu masalah. Masih kecil untuk menghadapi masalah sepertinya. Inayah di serang rasa takut. Seperti ada yang memerhatikannya dari balik pokok.

"Nini.. Dah.. Jom kita balik... Ibu dah tak selesa ni..." Nini Aqilah sepertinya mengerti apa yang ibunya itu rasa terus mendepang tangan untuk di dukung. Inayah mempercepatkan langkah memasuki lif. Perasaan takut menyelubungi dirinya itu. Seperti ada yang memerhatikan dirinya. Tapi siapa? Tiada siapa yang tahu ke mana dia pergi. Mama dan papa juga tidak tahu di mana keberadaannya sekarang.

Tangan Inayah sudah menggigil. Terus masuk ke bilik. Barangnya di kemas. Dia perlu keluar daripada sini secepat mungkin. Ketakutannya sudah memuncak. Hatinya di serang rasa tidak senang.

Ketukan pintu menyebabkan barang yang dipegang tercampak. Dia ke pintu. Hanya membuka sedikit pintu.
Hadi. Inayah dengan pantas menutup pintu.

"Baik kau buka Ina.. Sebelum aku pecahkan pintu ni.. Aku peduli apa pintu ni harta hotel atau apa.. Aku nak kau balik dengan aku... Tak kira lah.. Sama ada cara terhormat ataupun cara paksaan..." Hadi dah seperti orang gila mengamuk di luar pintu bilik Inayah.

Nini Aqila yang sedang tidur terkejut dengan bunyi bising. Dia menjerit sama.

" Baik kau diamkan anak kau tu dulu... Sebelum aku yang senyapkan dia... " Hadi masih lagi mengamuk. Dia seperti orang yang telah dirasuk hantu.

Inayah hanya membeku di dalam bilik hotelnya itu.

'Ina.. Fikir Ina...' Inayah berkata di dalam hati.

Telefon di atas meja di pandang. Di dail nombor receptionis.

"En.. Tolong saya.. Ada orang mengamuk depan bilik saya..."

"Puan.. Kenapa ni puan.. Tenang puan.. Cuba puan ceritakan satu-satu..." Pekerja itu cuba untuk menenangkan Inayah.

"En.. Tolong... Ada orang mengamuk depan bilik saya.. Nombor bilik saya 608.. Tolong En.. Dia ugut nak pecahkan pintu..." Jelas Inayah. Air matanya jatuh. Ketakutan menyelubungi. Nini Aqila di peluk erat.

Ketukan pintu yang tadinya bertalu-talu diam. Inayah ke pintu. Tidak dengar suara sesiapa. Inayah membuka sedikit pintu. Terkejut apabila terjongol muka Hadi.

"Kau jangan ingat kau bagitahu pekerja sini.. Aku takut? Kau lupa? Kau masih isteri aku..." Hadi bersuara.

"Baik kau buka pintu ni atau kau nak aku dapatkan pendua? Kalau aku dapatkan pendua... Lagi teruk aku kerjakan kau..." Ugutan Hadi menyebabkan Inayah mengalah. Inayah membuka pintu biliknya itu.

"Puan.. Saya minta maaf... Saya hanya pekerja... Saya tidak boleh halang dia.. Sebab dia ada dokumen sah menyatakan Puan isterinya..." Pekerja tersebut bersuara. Tidak mampu membantu Inayah.

Inayah tidak berkata apa-apa. Hanya mengangguk. Hadi masuk ke bilik dan terus baring di atas katil.

"Mana kau nak lari Ina? Aku tetap akan cari kau... Kau beruntunglah... Mak dengan ayah aku pun sayang kan kau.. " Inayah berkerut. Masih berdiri Jauh daripada Hadi. Mendukung Nini Aqila.

"Tak payah nak buat-buat tak faham la... Aku tahu kau faham..." Hadi mula berang. Inayah memang sudah berani melawan.

"Kau kenapa duk tercegat kat situ? Kenapa?" Hadi menjengilkan matanya itu. Nini Aqila kuat memeluk ibunya itu. Takut.

" Dah... Tak payahlah nak takut sangat... Aku bukan makan orang pun... Aku takkan pukul kau la.. Tidur lah dulu... Esok kita balik KL..." Hadi memperlahankan suara dan terus tidur. Pencarian Inayah berhasil. Harta keluarganya itu akan jatuh ke tangannya. Dia perlu berlakon menyayangi Inayah. Jika tidak harta tersebut hancur lebur.Kepenatan mencari Inayah di merata-rata. Tetapi dia tidak bodoh. Kereta Inayah sebagai petunjuk. Hadi hanyut ke alam mimpi.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now