Bab 56

63 3 0
                                    

Kaki Zinnirah Rasyiqah memijak lantai halaman rumah dan melangkah perlahan ke kawasan rumah mertuanya itu dengan bantuan tongkat. Itulah kali pertama dia menjejakkan kaki di rumah itu sepanjang dia bergelar isteri kepada Azary Azzri. Mulutnya memberi salam.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam… Siapa tu?” Kedengaran suara Puan Airis. Pintu rumah dibuka.

“Assalamualaikum umi…”

“Walaikumussalam…”

Zinnirah Rasyiqah mendekati dan memeluk Puan Airis. Qistina yang berada di sebelah hanya memandang. Melihat keadaan kawan baiknya itu, dia menjadi sebak.

Puan Airis menolak lembut tubuh Zinnirah Rasyiqah.

“Rasy nampak berisi lar…” Zinnirah Rasyiqah mengerutkan wajahnya itu. Pelik dengan statement yang keluar dari mak mertuanya itu. Qistina hanya senyum sinis kepada Zinnirah Rasyiqah.

“Rasy… Boleh tolong umi?” Zinnirah Rasyiqah mengangguk.

“Ye umi… Rasy dah ada di sini untuk tolong umi…”

“Rasy… Tolong pujuk Ry… Umi tak tahu bagaimana lagi cara nak pujuk dia… Semalam seharian tidak makan… Tidak keluar bilik… Kalau keluar pun pergi tandas, muntah… Lepas tu duduk berkurung… Umi risau… Pagi ni badan dia dah mula panas... Rasy tolong lah umi… Umi dah letak bubur di meja kerja Ry… Nanti Rasy tolong pujuk dia makan ye…”

Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk dan masuk mencari bilik suaminya itu dengan bantuan Qistina. Terpaksa meneroka rumah yang baru di jejaki. Akhirnya jumpa bilik yang dihuni Azary Azzri apabila melihat suaminya baring di atas katil.

“Qis… Kau tunggu luar dulu ye…”

Zinnirah Rasyiqah melangkah perlahan-lahan menuju ke katil. Duduk di birai katil bersebelahan suaminya itu. Wajah Azary Azzri di pandang sayang. Rindu yang teramat sangat kepada suaminya itu. Zinnirah Rasyiqah memberanikan diri mengelus wajah suaminya. Azary Azzri membuka mata apabila merasakan ada tangan yang menekap dahinya. Tangan tersebut di alih ke tepi. Hatinya masih merajuk. Matanya di tutup kembali.

“Abang Az… Rasy datang ni…”

“Saya tak suruh awak datang pun… Balik lar…”

“Abang… Abang sakit… Biar lar saya jaga abang… Saya kan isteri abang...”

Azary Azzri membuka semula mata. Tubuhnya tiada kudrat untuk menghalang. Di biarkan sahaja Zinnirah rasyiqah lakukan apa pun yang di mahu lakukan. Matanya sedari tadi tidak berganjak dari melihat wajah Zinnirah Rasyiqah. Wajah yang amat dirindui. Tetapi hanya kerana ego, sanggup dilontar jauh perasaan itu.

“Abang… Abang makan ye… Rasy suap…” Zinnirah Rasyiqah mengangkat bubur dan menghulur sudu bubur ke mulut Azary Azzri.

Azary Azzri hanya menurut. Selepas makan, Azary Azzri memakan ubat.

Tidak sampai beberapa minit perutnya merasa mual semula. Azary Azzri bingkas bangun dan berlari ke tandas.

Zinnirah Rasyiqah hanya memerhati. Niat hati mahu mengejar, tapi dengan keadaan sebegitu membuatkan dia menanti di katil sahaja.

Azary Azzri memuntahkan isi perutnya. Kepalanya menjadi pusing semula. Berjalan perlahan-lahan menuju ke katil. Berbaring semula. Kepalanya menjadi pusing. Sudah dua hari dia merasakan pening kepala.
Tangannya mengurut kepala.

“Abang…” Azary Azzri hanya membuka mata.

“Jom pergi klinik… Rasy risau lah… Muka abang pucat sangat ni…”

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now