Bab 35

205 5 0
                                    

Geram. Itu lah perasaan Hadi ketika ini. Pintu biliknya itu di tendang keras. Bunyi bising pintu kayu akibat ditendang kuat Hadi tidak mematahkan semangatnya untuk melepaskan tumbukan lagi. Tangannya mula bengkak. Hatinya semakin panas. Jiwanya mula memberontak. Inayah dan Nini Aqila masih tidak di temui. Sukar betul mencari isteri dan anaknya itu. Ke mana mereka menghilangkan diri?

"Sial... Memang perempuan tak sedar di untung... Tidak mengenang budi... Aku dah kutip kau dari tepi jalan... Begini kau balas... Memang kau perempuan murahan lah Ina... Betina tak guna.. Betina tak sedar diri... " Hadi melempiaskan amarahnya. Nasib baik ketika itu tiada siapa di rumahnya itu. Jika ada kedua orang tuanya itu, sudah pasti dia di terajang kerana merosakkan harta rumah tersebut. Adik - adiknya juga tiada di rumah kerana mengikut ibu dan ayahnya itu. Jika tidak, pasti ada yang mengadu kepada mak dan ayahnya itu mengenainya itu.

Hadi menggarukan kepala yang tidak gatal. Ke mana lagi Inayah lari kali ini. Dia tekad untuk mencari Inayah sehingga dapat. Jika tidak harta yang di idamkan itu menjadi milik adiknya itu.

Deringan telefon membingitkan telinganya. Panggilan dari pekerja upahan itu di jawab kasar.

"Ye.. Kau dah jumpa ke anak dengan isteri aku? " Kasar.

"En Hadi... Saya telah pun  menjumpai isteri bos. .. Dia berada di Kuantan... Saya akan share locationnya..."

"Bagus... Pastikan selagi aku tak bawa die balik ke rumah mak bapak aku.. Selagi tu kerja kau masih berjalan... Jika tidak..  Sesen pun duit kau aku tak akan bayar... Kau ingat tu..." Hadi memberi amaran keras kepada pekerja upahannya itu.

"Faham... Bos.."

Panggilan tersebut di letakkan. Telefonnya di campak di atas katil.

Hatinya tadi panas menjadi sejuk apabila mendengar Inayah dan Nini Aqila telah di jumpai. Dia perlu membawa balik Inayah ke rumah keluarganya. Tempoh yang di berikan oleh keluarganya itu sudah semakin singkat. Dia sudah tidak sabar dengan perangai Inayah. Inayah memang buat perangai. Namun dia tetap perlu bersabar. Hanya untuk mendapatkan harta keluarganya itu. Dia tidak mahu hidup sudah. Sudahlah tidak bekerja. Di mana dia mahu mendapat duit untuk berpoya-poya. PSetelah harta tersebut di tukarkan hak miliknya, Hadi bercadang untuk melepaskan Inayah dan kembali mencari Zinnirah Rasyiqah. Itupun selepas dia mendapatkan hak sepenuhnya harta milik keluarganya itu.

Hadi duduk dibirai katil. Zinnirah Rasyiqah. Ya. Itu lah nama yang sentiasa terpahat di hati. Sejak zaman persekolahan lagi. Dia harus meminta maaf kepada Zinnirah Rasyiqah atas kekasaran yang telah dia lakukan. Jika Zinnirah Rasyiqah tidak melawan pada ketika itu, susah tentu dia tidak berkasar. Sayangnya terhadap Zinnirah Rasyiqah tiada tolok gandingnya. Tiada siapa pun yang boleh merubah hatinya. Akan tetapi bagaimana untuk menambat semula pemaisuri hatinya itu. Dia buntu.

Pakaian yang perlu dibawa di kemas. Selagi dia tidak menemui Inayah dan membawa pulang dia tidak akan  kembali ke rumah keluarganya itu. Itu nekadnya. Tujuan utamanya adalah harta keluarganya itu. Jika dia tidak dapat harta tersebut, dia akan hidup susah. Dia tidak betah untuk hidup susah. Dia dibesarkan dengan kemewahan. Tidak mungkin dia boleh hidup kalau tiada harta.

***

Pintu kelas di buka. Kelihatan ramai rakan pelajar sudah tiba di kelas. Ashram terlihat kelibat Azary Azzri di mejanya itu. Dia terus menuju ke arah temannya itu.

"Assalamualaikum... Abang Ry.. " Ashram menyapa temannya itu. Dia sudah mula selesa dengan Azary Azzri. Begitu juga dengan Azary Azzri. Cuma sifat pendiam Azary Azzri membuatkan orang tidak mengenali dirinya itu rasa tidak selesa dengannya.

Azary Azzri mengangkat muka.

"Waalaikummussalam... " Kemudian menunduk menyambung pembacaannya. Azary Azzri sememangnya ulat buku. Tidak boleh berenggang dengan buku.

"Boleh saya cakap dengan abang tak?"

Azary Azzri hanya mengangguk. Suaranya bagai tersekat di kerongkong.

"Abang Ry... Andai saya sakit... Boleh tak Abang Ry tengokkan Zinnirah?"

Ayat yang dilafazkan dari mulut Ashram membuatkan Azary Azzri terus mengangkat muka.

"Ash.. Kamu ni dah kenapa? Cakap yang bukan-bukan... " Azary Azzri terus memandang wajah Ashram.

" Ya Allah.. Kenapa muka kamu pucat sangat ni...? " Azary Azzri baru perasan bahawa muka Ashram sangat pucat. Ashram selama ini bagai menyorok sesuatu daripadanya.

"Ash.. Cuba kamu terangkan pada saya.. Apa sebenarnya yang berlaku pada kamu ni? "

Ashram hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang penyakitnya itu. Akan tetapi kesihatannya itu semakin lama semakin merosot. Ubat yang dia terima tidak dapat menyembuhkan penyakitnya itu.

Di perantauan ini dia tidak ada sesiapa yang die boleh minta bantuan. Tidak betah juga ingin memberitahu kepada seluruh keluarganya. Biarlah hanya jasadnya sahaja kembali kepangkuan keluarga bersama Zinnirah Rasyiqah.

Hanya ada Azary Azzri. Dia percaya isterinya itu akan bahagia dengan Azary Azzri. Sebab itu la dia sanggup memperkenalkan Azary Azzri kepada isterinya itu. Sekurangnya jika dia menutup mata, isterinya itu mempunyai pengganti yang dia percaya. Walaupun hatinya tidak betah melihat Zinnirah Rasyiqah bersama dengan orang lain.

"Ash.. Ash..." Tiada sambutan. Azary Azzri melihat Ashram diam seribu kata.

Azary Azzri menyenggol tangan Ashram. Lamunan Ashram terhenti.

Prof telah pun memulakan kelas. Azary Azzri masih tidak mendapat jawapan daripada Ashram. Dia masih tidak puas hati. Hari ini dia tidak fokus didalam kelanya itu. Apa yang diajari oleh Prof tiada satu pun melekat di kepalanya. Kepalanya menerawang memikirkan apakah yang berlaku kepada Ashram. Kenapa pucat sungguh wajah temannya itu? Azary Azzry mulai rasa tidak senang hati. Kepalanya tidak berhenti berfikir.

Kepalanya juga memikirkan betapa kasihan kepada Zinnirah Rasyiqah jikalau apa yang Ashram bagitahu itu adalah perkara betul. Walaupun masih belum tahu kebenaran. Tetapi Azary Azzri percaya bahawa ada sesuatu yang sedih dan memeritkan akan berlaku.

Sama seperti berlaku sewaktu dia kecil. Ayahnya sakit. Ibunya yang terpaksa mencari sesuap rezeki untuk dia dan adik beradik. Dia terpaksa berhenti belajar seketika kerana tidak mempunyai duit.

Walaupun Zinnirah Rasyiqah dan Ashram masih tiada anak, akan tetapi Zinnirah Rasyiqah tetap merasakan kehilangan tempat bergantung jika sesuatu yang buruk berlaku pada suaminya itu. Seharusnya Ashram membawa Zinnirah Rasyiqah pulang ke Malaysia. Sekurangnya jika apa-apa berlaku kepada Ashram, Zinnirah Rasyiqah masih ada keluarga untuk bergantung. Tidak di sini. Di sini mereka tiada sesiapa.

Kini giliran Ashram pula menyenggol lengan Azary Azzri.

"Termenung apa ye? Jauh betul sampai tembus dinding tu... " Ashram berbisik kepada Azary Azzri.

Azary Azzri hanya menggeleng kepala. Mula memfokuskan dirinya kepada kelasnya itu.

"Insya'allah.. Satu hari nanti Abg Ry akan tahu juga.." Bisik Ashram.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now