"Sayang... Tunggu sini kejap ye... Abang nak ke sana kejap..." Azary Azzri menunjukkan tampat yang ingin di tuju. Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk. Azary Azzri bangun menuju ke arah yang ditunjuk dan meninggalkan Zinnirah Rasyiqah seorang diri. Setia duduk menanti di kerusi batu menghadap laut. Tenang. Sudah lama dia tidak merasakan ketenangan seperti ini. Angin laut lembut menyapa pipi. Hujung tudungnya melambai-lambai ditiup angin. Matanya di tutup menikmati keindahan angin tersebut.
"Assalamualaikum... Nira..."
Zinnirah Rasyiqah membuka mata. Memandang empunya suara. Terkejut. Tangannya mulai menggigil. Masakan Hadi tahu di mana dia berada sekarang. Hadi duduk di sebelah. Mana Abang Azzri ni? Lambatnya. Zinnirah Rasyiqah bangun. Ingin sahaja lari dari situ.
"Nira... Sekejap boleh?" Hadi seakan merayu. Zinnirah duduk kembali. Tidak betah membuat orang malu di khalayak ramai.
"Thanks sebab sudi duduk sebelah Hadi... Nira apa khabar? Nira sihat?" Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk. Jelas di wajahnya itu ketakutan. Tapi sedaya upaya cuba di selindung. Hatinya berdoa agar tidak diapa-apakan Hadi. Peristiwa lama membuatkan dirinya itu takut apabila berhadapan dengan Hadi.
"Nira...." Tangan Hadi cuba untuk memegang tangan Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah melarikan tangannya itu. Takut. Ingin sahaja menjerit meminta tolong. Namun suaranya hanya tersekat di kerongkong.
"Nira seorang je ke?" Zinnirah Rasyiqah hanya membisu tanpa sebarang kata.
"Sayang... Kenapa ni?" Hadi tidak puas hati dan cuba merapati Zinnirah Rasyiqah. Dia tidak kisah apa pun jadi. Asalkan kali ini dia dapat Zinnirah Rasyiqah. Dengan apa jua keadaan. Secara paksa mahupun rela.
"Nira, jom ikut Hadi..." Hadi mengenggam kasar tangan Zinnirah Rasyiqah.
Zinnirah Rasyiqah cuba untuk merentap tangan Hadi. Akan tetapi tidak ada kudrat untuk melawan kekuatan lelaki itu. Di hatinya berdoa supaya Azary Azzri cepat muncul. Zinnirah Rasyiqah mula meronta. Tangannya mulai rasa sejuk dan pergelangan tanganya mulai sakit akibat genggaman kuat. Hadi bangun dan menarik Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah tidak mampu, melayang tubuh kecilnya itu terdorong mengikut sekali.
"Pn... En... Kenapa ni? Ada masalah ke?" Orang awam yang melihat mulai syak dan mula bertanya.
"Tiada apa-apa... Masalah rumah tangga, isteri saya ini selalu macam ni bila merajuk..." Hadi menjawab kasar. Orang awam tersebut berlalu pergi. Walaupun pelik, tak mungkin inai masih merah suaminya bertindak kasar begitu di tempat awam pula tu.
"Hadi lepas lar tangan aku... Sakit la... and one more things... Aku bukan isteri kau... Lepas lar Hadi... Sakitlah..." Suara Zinnirah Rasyiqah ditekankan. Geram dengan cara Hadi. Zinnirah Rasyiqah terfikir, agaknya begini layanan Hadi kepada seorang isteri jika tidak menuruti katanya.
Hadi berhenti. Melihat wajah Zinnirah Rasyiqah. Tujuannya hari ini untuk mendapatkan hak mutlak. Dia tidak akan senang-senang lepaskan wanita itu. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan dapat apa yang dikehendakkan.
"Apa? Aku tak dengarlah..." Hadi mendekatkan telinganya di bibir Zinnirah Rasyiqah. Terasa hembusan nafas Zinnirah Rasyiqah.
"Hadi... Tolonglah... Sakit.... Jangan buat aku macam ni..." Zinnirah Rasyiqah seakan merayu kepada Hadi. Tapi rayuan itu sedikit pun tiada bekas di hati Hadi. Tiada lagi ehsan di hati Hadi. Dendamnya perlu di tuntaskan. Tangannya mula menampar pipi Zinnirah Rasyiqah.
"Abang... Tolong... Rasy sakit Abang..." Zinnirah Rasyiqah bagai terlihat kelibat suaminya itu. Tiada suara mampu diluahkan. Hanya di dalam hati. Tangannya melambai-lambai ke arah suaminya itu berharap suaminya terperasan yang dia di bawa oleh lelaki lain.
YOU ARE READING
Lelaki terakhir
Romantik"What do you mean dia lelaki terakhir you? Habis I ni siapa pada you?" Tegas Hadi. "You is you... Dia adalah dia... Dan dia tidak hiprokrit macam you..." Zinnirah Rasyiqah menjawab dengan tenang. "Abang ke lelaki terakhir Rasy? Rasy confirm ke ni...