"Ina... Ina okey tak ni?" Hadi memecah kesunyian di dalam kereta yang dinaiki. Nini Aqilah mula melentokkan kepalanya di pangkuan Inayah. Inayah termanggu. Tidak mampu berkata-kata. Tidak tahu kenapa Hadi boleh berubah sebegini rupa. Inikah penyebab Hadi tidak mencarinya dia selama beberapa bulan?
'Dah kenapa dengan si Hadi ni? Pelik... Selalunya dia lah yang paling pemarah... Tidak tahan dengan perangai aku... Sanggup angkat kaki tangan.... Sanggup sakitkan hati aku... Ni dah kenapa? Tak faham la aku dengan lelaki ni... Halif maafkan I ... Maafkan I... I kena selesaikan semua ni... Jika I tak selesaikan sampai bila-bila akan macam ni... I dah tak sanggup di kejar oleh orang yang tiada hati perut ni... Maafkan I sebab I tinggalkan U macam tu je... Nanti U akan faham kenapa I buat macam ni... U tunggu I ye... 'Inayah bermonolog di dalam hati seolah-olah bicara hatinya itu sampai kepada temannya Halif. Halif lah peneman dirinya sepanjang berada di situ. Inayah tenang dan rasa selamat bila bersama Halif.
"Ina.... Abang tanya ni... Ina Ok tak?" Inayah tersentak.
Hadi bersuara kembali keras sedikit selepas melihat Inayah yang membisu seribu kata. Perubahan karakter Hadi membuatkan dia mendiamkan diri. Tidak berani untuk bersuara. Takut silap kata, dia akan di belasah.'Ish... Perempuan ni kan... Betul-betul cari pasal dengan aku... Aku ni dah cuba nk berlembut dengan dia... Tapi dia... Kenapa dia pandang aku pelik? Nanti kalau aku naik hantu nanti dia lari lagi... Hadi sabar... Sabar... Kau kena ubah karakter kau kat depan Inayah.... Biar Ina dan semua yakin yang kau dah berubah dan nampak bertanggungjawab... Inayah seperti tiada di sebelahnya... Ah, aku tak kisah... Aku tak heran lah... Bukan hadap sangat aku dekat perempuan tu... Yang penting perempuan tu nak ikut aku balik. Itu yang paling penting...' Hadi bermonolog sendiri.
"Ina.. Jangan lah macam ni... Abang minta maaf... Abang tak sepatutnya buat Ina macam tu... Abang dah cuba untuk berubah... Demi Nini Aqila... Anak kita ni..." Hadi memegang kepala Nini Aqila. Kepala anaknya itu di usap lembut.
"Ina... Abang betul-betul minta maaf dengan Ina... Abang memang banyak buat salah dengan Ina dan Nini.. Abang tak sepatutnya bertindak mengikut perasaan...." Hadi masih tidak putus asa. Tangan Inayah di ambil di ramas lembut. Berharap hati Inayah dapat dilembutkan. Mengharap lakonannya itu membuahkan hasil.
"Ina... Abang betul-betul minta maaf... Abang...." Inayah meletakkan jari telunjuknya di mulut Hadi membuatkan Hadi terdiam.
" Dahlah abang... Ina dah maafkan abang... Dah lama Ina maafkan abang... Ina tak marahkan abang langsung... Ina sayangkan abang... Ina cuma takut nak balik... " Inayah melembutkan hatinya. Dia tidak mampu melihat suaminya itu merayu-rayu.
'Bagus... Inayah akhirnya termakan pujuk rayu aku...' Hadi senyum. Senyuman yang mempunyai seribu makna tersirat.
" Kita balik rumah kita ye... Lama sangat Ina tak balik sana... Dah berbulan-bulan Ina melarikan diri... Puas abang cari... Bila abang jumpa Ina... Ina lari lagi... " Inayah tidak membidas. Hanya mengangguk. Kereta yang di naiki mereka dipandu laju meluncur di jalan raya. Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas beberapa hari berada di tempat orang.
***
Zinnirah Rasyiqah bagai tidak percaya. Menyedari yang Ashram berada di dalam wad sekarang serta merta dia rebah. Mujur Azary Azzri yang berada bersebelahan sempat memaut belakang Zinnirah Rasyiqah supaya tidak jatuh menyembah bumi.
"Rasy... Rasy... Bangun Rasy... Nurse... Nurse... Rasy bangun Rasy... Allah pengsan pula dia ni... Rasy... Abang tak sempat nak cakap apa-apa... Tolong lah bangun... Janganlah macam ni... Ashram ada di dalam... " Azary Azzri panik tidak tahu apa yang perlu di lakukan. Zinnirah masih kemas di dalam pautan tangannya. Mulutnya masih tidak berhenti memanggil nama Zinnirah Rasyiqah. Tidak pernah kejadian seperti ini berlaku kepada dirinya.
"Sir, may I help you? " Tegur jururawat yang melalui kawasan tersebut.
"Nurse... She was collapsed... " Azary Azzri seperti orang yang tidak tentu arah.
"Okey, Sir... You need to calm down. I call Doctor to check... Please calm down... " Jururawat tersebut memanggil Doktor untuk merawat Zinnirah Rasyiqah.
Azary Azzri gelisah. Tidak senang duduk di buatnya. Dengan Ashram yang di dalam wad. Dengan Zinnirah Rasyiqah pengsan.
"Nothing serius... She just exhausted... Doctor just give her a medicine.... Just let her sleep for a while and went she wake up, she will be okey..." Suara teguran jururawat tersebut membuatkan Azari Azzri tersentak dan secara tidak langsung terus bangun dari kerusi yang dia duduk. Lega kerana tiada yang serius terjadi kepada Zinnnirah Rasyiqah.
"Okey.. Thank you nurse"
"Ur welcome.." Jururawat tersebut pergi dengan senyuman.
'Rasy... Rasy... Buat abang kaget je la... Ingatkan kenapa tadi... Sudah berapa lama Rasy tak tidur ni? Rasy ada masalah ke kat rumah? Rasy... Rasy rehat dulu ye... Abang jumpa Ashram dulu ye... Rasy tidur dulu ye... Kejap lagi abang datang balik... ' Azary Azzri berbisik di telinga Zinnirah Rasyiqah yang sedang berehat.
Azary Azzri masuk ke wad yang didiami oleh Ashram. Ashram kelihatan masih lena tidur. Dia duduk di sebelah Ashram. Tidak menganggu.
"Ash... Ash... Apa yang berlaku sebenarnya? Apa yang Ash rahsiakan dari abang? Kenapa sampai jadi macam ni? Kenapa Ash tak cerita kat abang? Kat sini kita cuma ada bertiga je... Tak ada sesiapa pun... Abang pun tiada sesiapa di sini... Ash... Tak lama lagi kita nak balik Malaysia... " Azary Azzri berbisik kepada Ashram. Kelihatan tenang wajah Ashram. Seperti tiada apa- apa yang berlaku.
Kenangan bersama Ashram dengan Zinnirah Rasyiqah menerjah hidup Azary Azzri. Kejadian yang tidak disangka berlaku antara mereka bertiga membuatkan Azary Azzri semakin rapat dengan pasangan ini. Perkara yang berlaku selepas dia keluar menemankan Zinnirah Rasyiqah membeli barang dapur. Tidak sangka Ashram mengajaknya makan malam. Dia terus bersetuju tanpa berfikir. Tidak sangka bukan hanya dia dan Ashram sahaja, tetapi ada Zinnirah Rasyiqah juga. Pada mulanya dia malu dengan Ashram dan Zinnirah Rasyiqah.
"Abang... Jangan lah malu-malu... Anggap sahaja kami ni keluarga abang... Kita ni jauh dari keluarga... Tiada sesiapa pun... Jadi kita perlu bersatu hati untuk kita bergantung antara satu sama lain..." Pernyataan Ashram membuatkan Azary Azzri percaya yang pasangan ini akan berada di samping dia di dalam keadaan susah mahupun senang. Sejak dari hari itu, mereka menjadi sangat akrab.
Pintu wad di ketuk. Azary Azzri tersentak. Terhenti lamunannya itu.
"Sir, Zinnirah Rasyiqah is awake... She want to see you.."
"Okey... I came..." Azary Azzri keluar dari wad yang di tempatkan Ashram dan menuju ke wad Zinnirah Rasyiqah.
YOU ARE READING
Lelaki terakhir
Любовные романы"What do you mean dia lelaki terakhir you? Habis I ni siapa pada you?" Tegas Hadi. "You is you... Dia adalah dia... Dan dia tidak hiprokrit macam you..." Zinnirah Rasyiqah menjawab dengan tenang. "Abang ke lelaki terakhir Rasy? Rasy confirm ke ni...