Bab 46

117 4 0
                                    

"Pak cik... Mak cik... Saya minta maaf... Inayah perlu dibedah dalam masa terdekat... Terdapat darah beku di otaknya... Mungkin akibat daripada hentakan yang kuat..." Halif selaku doktor kepada Inayah menerangkan keadaan sebenar kepada En Aiman. Halif menarik nafas lega apabila dapat menghubungi keluarga Inayah.  Tandatangan waris Inayah diperlukan untuk menjalankan pembedahan. Tidak sanggup melihat Inayah sebegitu. Selagi darah beku tidak dikeluarkan, selagi itu Inayah akan merasakan denyutan dikepalanya.

Puan Halida tersentak. Tidak sangka anaknya dilakukan sebegitu rupa. Air matanya gugur. Hadi sememangnya melampau. Tergamak melakukan begitu kepada anak kesayangannya. Memeluk cucu kesayangannya itu. Kesian dengan keadaan cucunya itu. Masih kecil untuk mengerti semuanya.

"Halif... Ina akan selamat ke?" Soal En Aiman.

"Insya'Allah, Inayah akan selamat... Kami pihak hospital akan sedaya upaya menyelamatkan pesakit..." Kata-kata itu serba sedikit dapat menenangkan hati En Aiman dan Puan Halida yang gundah gelana.

"Kalau macam tu boleh tak dipercepatkan pembedahan ini?" Halif mengangguk.

"Tapi setiap apa yang dilakukan semestinya terdapat risiko... Risikonya kita semua tidak tahu... Saya hanya dapat katakan yang selepas pembedahan kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku..." Penerangan Halif menyebabkan Puan Halida terduduk. 

Tidak sangka takdir anaknya itu sebegitu rupa. Membuat keputusan mengahwinkan anaknya dengan pilihan dirinya membuatkan dia menjadi serba salah. Tidak sangka jadi sebegini. Kejadian dua tahun lepas menerpa ingatan apabila anaknya itu di tangkap basah bersama anak kawannya. Tidak sangka kawannya itu berniat jahat, memperalat Inayah sebagai kambing hitam supaya Hadi tidak mengahwini Zinnirah Rasyiqah. 

"Ida... Kamu okey kan..." Puan Halida hanya mengangguk. Air matanya gugur.

"Pak Cik... Mak cik... Jangan risau... Halif akan sentiasa bersama Inayah... Insya'Allah saya akan tegakkan keadilan bagi keluarga Pak cik... Saya akan buat laporan keganasan rumah tangga. Jangan risau... Selepas semuanya selesai, saya akan memperisterikan Inayah... Saya janji dengan pak cik dan mak cik yang saya akan jaga Inayah dengan sepenuh jiwa raga saya... Ini janji saya..." 

En Aiman menjadi binggung. Seperti cerita dongeng. Tidak percaya. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang datang dan menjadi penyelamat. En Aiman menggaru kepala. Tidak percaya. 

"Pak cik... Kenapa ni?"

"Entahlah nak... Pak cik macam tak percaya... Segalanya terlalu pantas... Anak ni dah berapa lama kenal dengan anak pak cik?" 

"Lama tu tak lama lah pak cik... Masa Inayah lari dari Hadi suatu ketika dulu... Saya jumpa dengan dia sewaktu saya sedang bercuti... Masa saya jumpa Inayah, mukanya lagi bengkak daripada ni... Memang saya tahu tu bengkak dipukul... Tapi dia tidak pernah menyatakan... Kami mula berkawan... Dan saya mula jatuh cinta dengannya... Tapi apakan daya, saya perlu memendam rasa kerana saya tahu yang dia masih isteri orang... Saya mula menjauhkan diri apabila dia bagitahu yang dia gembira sebab Hadi dah berubah... Tapi sebenarnya tak... Apabila Inayah menyatakan yang  dia takut... Saya juga nampak ketakutan itu di mata Nini... Jadi waktu itu saya mengambil keputusan untuk menjaga Inayah dan juga Nini..." Halif menceritakan keadaan sebenar. En Aiman hanya mengangguk menerima. Ternyata masih ada yang menyayangi anaknya itu. Berharap yang kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Tidak mahu pisang berbuah kali kedua.

Katil Inayah ditarik ke bilik pembedahan. Nini Aqila hanya melihat dan setia menunggu bersama nenek dan datuknya itu.

***

Zinnirah Rasyiqah memandang luar jendela. Hatinya kosong. Terasa bosan. Terasa seperti di penjara. Sunyi. Zinnirah Rasyiqah mengambil telefon. Mendail. Panggilannya tidak di jawab. Meletakkan kembali telefon bimbitnya itu di atas meja solek. Memandang semula ke arah luar jendela. Matanya memerhati. Seperti ada sesusuk tubuh yang melihat dirinya dari balik batang pokok rambutan. Pemilik tubuh itu seperti dia kenali. Serta merta tubuhnya itu kembali menggigil. Mengambil telefon bimbit dan terus mendail. Masih tiada jawapan. Dia mendail semula dengan harapan panggilan itu di jawab.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now