Bab 40

132 5 0
                                    

Penerbangan pulang ke Malaysia terasa begitu panjang menyebabkan Zinnirah Rasyiqah, Ashram dan Azary Azzri terasa keletihan. Bumi Malaysia tanah kelahiran mereka bertiga di pijak.  Setelah 6 bulan di Negara orang kini mereka tiba di bumi Malaysia. Kelihatan keluarga Zinnirah Rasyiqah dan Ashram berkumpul di balai ketibaan. Sabar menunggu kepulangan anak kesayangan mereka. Kelibat Ashram dan Zinnirah Rasyiqah di pintu balai ketibaan.

"Ash... Rasy...."

"Ayah... Ibu..." Zinnirah Rasyiqah berlari peluk ibunya itu. Ashram pula ke keluarga Qistina.

"Ayah... Mak... Adik mana?" Pertanyaan pertama apabila Ashram tidak melihat kelibat Qistina. Kepalanya di tinggikan untuk mencari kelibat adiknya itu. Rindu kepada adiknya itu.

"Cari apa? Adik kat sini lar..." Sergah Qistina yang berada di belakangnya itu.

Ashram tersentak. Ashram menoleh ke arah Qistina. Di tarik tubuh Qistina. Erat pelukannya. Air matanya menitik laju. Semua memerhati.

'Qis... Abang minta maaf... Abang tak mampu dah... ' Hanya mampu diluah di dalam hati. Penyakitnya itu tetap akan di sorok sedaya mungkin. Akan tetapi wajahnya yang makin hari makin pucat tidak mampu di sorok lagi. Pucatnya seperti tiada darah.

Qistina menolak tubuh abangnya itu. Terasa pelik perangai abangnya itu. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Selama dia kenal dengan abangnya itu, abangnya tidak begitu. Ashram seorang yang amat ceria. Tidak pada kali ini.

"Abang ni dah kenapa? Abang pergi cuma 6 bulan je tau... Tu pun pergi tak bagitahu adik... Adik tahu pun abang dah ada kat sana..." Sambil tangannya menunjuk atas. Zinnirah Rasyiqah hanya mampu tersenyum dan menggeleng. Siapa tak kenal dengan ratu bebel. Kalau bab bebel serahkan kepada Qistina, Belum sempat orang jawab soalannya, dia akan tanya lagi, lagi dan lagi.

"Pastu balik Malaysia start buat benda pelik-pelik.... Abang ni dah kenapa? Abang... Ada benda yang abang sorok dari Qis ke?" Ashram hanya tunduk dan membisu.

"Tak pun.... Woi... Zien... Kenapa dengan abang aku? Baik ko cakap? Kenapa abang aku pelik macam ni? Abang aku tak pernah macam ni...." Qistina menyergah Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah sedari tadi diam dan hanya terdiam. Wajahnya yang tadinya ceria menjadi sugul. Tidak tahu apa yang perlu di terangkan kepada keluarganya itu. Kesihatan Ashram menunjukkan kurang memberansangkan. Akan tetapi apabila ke hospital, doktor hanya memberitahu Ashram kurang rehat.

Ashram merasa letih. Kepalanya terasa berat. Rasa seperti di awangan. Matanya menjadi layu. Akhirnya rebah menyembah bumi. Bumi Malaysia yang baru sahaja di pijak.

Azary Azzri yang sedari tadi melihat gelagat keluarga dari satu sudut melangkah dekat ke arah Ashram apabila melihat Ashram pengsan. Hatinya juga kuat menyatakan ada sesuatu Ashram sorokkan. Sorokkan dari pengetahuan dia, Zinnirah Rasyiqah dan juga keluarganya itu.

"Ash... Ash kenapa nak?" En Basir bersuara. Belum sempat berbual panjang dengan Ashram, Ashram pengsan. Risau melihat wajah Ashram yang semakin pucat dari tadi. Belum sempat bertanya kenapakah wajah anaknya itu pucat.

"Pak cik... Panggilkan ambulans... Saya cuba call doktor yang merawat dia kat sana dulu. Mana lah tahu doktor tu tahu sesuatu yang semua orang tidak tahu..." Azary Azzri membantu.

"Doktor? Apa yang berlaku sebenarnya? Anak ni siapa pula?" Giliran En Zaini pula berbicara. Terkejut melihat sesusuk tubuh mengenali menantunya itu. Tidak pula anak dan menantunya itu berbicara mengenai anak ini.

"Ayah... Ni kawan sekelas abang Ash masa belajar kat Turkey. Azary Azzri. Walaupun 6 bulan je kat sana... Tapi Abang Azri lah yang banyak membantu... " Zinnirah Rasyiqah menerangkan. Kali ini dia tidaklah sepanic semasa kali pertama dapat tahu Ashram pengsan. Dia lebih tenang. Doktor yang merawat Ashram pesan kepadanya dan Azary Azzri jika Ashram pengsan lagi call dia serta merta.

"Rasy... Ada tak bawa ubat Ashram?" Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk.

"Dia makan tak ubat tu macam yang doktor suruh?"
Zinnirah Rasyiqah hanya diam. Tidak tahu kah mereka bahawa Ashram paling liat untuk makan ubat. Azary Azzri hanya mampu menggeleng.

Azary Azzri membuat panggilan telefon. Tidak kisah dengan pembelanjaan bil telefon tersebut. Dia perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada Ashram. Setelah beberapa minit berbicara di telefon, Azary Azzri mengangguk paham. Sepertinya orang yang di sana dapat melihat perbuatannya itu. Panggilan telefon itu di matikan dan kembali ke pangkuan keluarga Ashram.

"Pak cik... Mak cik... Rasy... Doktor yang merawat Ashram dekat sana bagitahu. Ashram perlu di bawa ke HUKL dengan kadar segera... Kat sana kita perlu bawa dia berjumpa dengan Doktor Halif bin Wafiy. Nanti Doktor tu akan merawat Ashram... Kita akan tahu lebih lanjut mengenai kesihatan Ashram.... Ashram memang tidak pernah bercerita langsusng qpada sesiapa..." Jelas Azary Azzri. Mereka semua hanya mengangguk faham.

***

"Hi Ina... "

Inayah yang sedang membelek pakaian di pasaraya tersebut tersentak. Suara seperti pernah dia dengar. Dia mengangkat muka.

"Halif... Awak..." Inayah seperti tidak percaya apa yang dia lihat. Lelaki yang ada sewaktu dia kesusahan dahulu muncul kembali. Selepas beberapa bulan dia kembali ke Kuala Lumpur. Inayah memerhati sekeliling. Risau juga. Takut jika ada Hadi.

"Ina seorang ke? Mana Nini? Lif rindulah dekat Nini... Lama tak jumpa dia... Dan Lif juga rindu Ina... Kenapa Ina pergi tinggalkan Lif tempoh hari? Lif tanya receptionist... Diorang kata Ina dah check out dengan suami Ina... Tersentak Lif... Sekian lama Ina duduk di situ, tiba-tiba muncul suami Ina... Lif rasa peliklah... Kenapa suami Ina tak cari Ina dari awal..." Bertalu-talu pertanyaan Halif. Inayah tidak mampu menjawab. Hanya membisu. Hatinya mulai gusar. Wajahnya tidak mampu menyorok kegusaran di hati.

"Tak apa lah... Nanti kita jumpa lagi.. Lif tahu Ina tak selesa di sini... Risau suami Ina nampak kan..." Halif menduga. Inayah hanya mengangguk. Halif memberi Inayah kad perniagaannya.

"Kalau ada masa call... Lif tunggu... " Inayah hanya mengangguk. Dia mengambil telefon bimbitnya itu dan memasukkan nombor telefon Halif ke dalam contact telefon bimbitnya itu. Kad tersebut dipulangkan kembali. Kad tersebut tidak boleh ada di tangannya. Lebih padah jika Hadi tahu. Teruk dia dan Nini di belasah. Telefon bimbit Inayah di ambil Halif. Dia memasang aplikasi mengesan. Dan disync dengan telefon bimbitnya itu. Telefon Inayah bertukar tangan.

"Ina... pastikan handphone Ina sentiasa penuh bateri... Jangan biarkan bateri kosong.... Jika ada benda buruk berlaku pada Ina dengan Nini... Sekurangnya Halif boleh tahu kedudukan Ina... Dan jika ada emergency just tekan no 9... Halif dah letak nama Halif sebagai shortcut call.... Ingat Ina... Lif sayang Ina... Lif tak akan ganggu Ina selagi Ina isteri orang... Tapi Lif tak suka Ina diperlakukan seperti dahulu... Kalau ada apa-apa tolong cari Lif... Lif gerak dulu ye.. Any problem just call me... Saya akan sentiasa ada dengan awak. " Halif meninggalkan Inayah. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah perkara itu Ianayah dan Hadi selesaikan dahulu. Bila tiba masanya dia akan muncul.

Inayah keluar dari premis itu. Niatnya untuk membeli baju terbantut. Dia bergerak menuju ke premis lain. Hatinya gusar. Risau Hadi memasang mata-mata untuk mengintip perbuatannya.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now