Zinnirah Rasyiqah menilik baju blaus yang terdapat di kedai yang bernama Brand Outlet di dalam bangunan Aeon. Hatinya masih lagi resah. Hatinya masih tidak tenang.
Tangannya masih membelek baju-baju yang terdapat di situ. Dia masih belum rasa untuk pulang ke rumah. Setelah puas membelek, Zinnirah Rasyiqah keluar dari kedai itu.
"Maaf, saya tidak sengaja. " Dengan tidak sengaja Zinnirah Rasyiqah terlanggar seseorang. Dia membantu orang itu mengangkat barang yang jatuh.
" Tak apa, terima kasih."
" Sayang, dah lah. Jomlah, I nak cari barang lagi untuk hantaran kita." Mereka terus beredar.
Zinnirah Rasyiqah hanya memandang pasangan tersebut. Hatinya terus memasang niat. Dia akan mencintai Hadi sepenuh hati. Dia perlu berubah selepas melihat pasangan itu. Sbelum pertunangan dah bahagia.
"Nira..."
'Hadi? Buat apa Hadi di KL ni? Bukan baru semalam aku balik sini? Dan mana dia tahu aku di sini?' Zinnirah Rasyiqah bermonolog.
" Nira, Hadi rindu Nira. "
" Macam mana Hadi boleh ada di sini?"
"Kan Hadi cakap Hadi rindu Nira."
" Cakap lah betul-betul." Zinnirah Rasyiqah tidak puas hati dengan kata-kata Hadi
"Hadi dapat panggilan interview dekat KL. Dah lama dah dapat. Tapi sengaja sembunyikan dari Nira, Semalam ingat nak bagitahu Nira tapi Nira penat. Tu yang hari ni ada kat sini. Tak sangka pula jumpa kat sini sebab Hadi pun ingat lepas interview nak jalan-jalan sini sebab tempat interview Hadi dekat je. Tak payah la Hadi call nak jumpa. Petang nanti Hadi nak balik kampung dah. " Panjang lebar Hadi berbicara
Zinnirah Rasyiqah hanya membisu mencerna apa yang Hadi cakap. Dia tidak sangka Hadi di hadapannya sekarang. Tidak sampai 5 minit dia buat keputusan yang paling besar dalam hidupnya. Keputusan yang mungkin akan merubah hidupnya.
"Dah alang-alang Nira ada di sini, jom kita pergi makan. Hadi lapar la." Hadi membuat muka
Zinnirah Rasyiqah tidak berkata dan hanya menturuti.
"Nira, Hadi suka tengok Nira senyum. Nira dah sayang dengan Hadi ye? Tak sia-sia penantian Hadi selama ini."
" Belum lagi lah Hadi, saya sedang cuba untuk mencintai awak."
Hati Zinnirah masih berbelah bagi. Akan tetapi dia sudah menerima hakikat bahawa Hadi tunangnya. Mereka menjamah makanan yang terhidang. Zinnirah tidak tegar untuk berkata apa-apa. Takut nanti menyinggung perasaan Hadi. Perasaan Hadi harus di jaga.
Hadi menilik setiap wajah Zinnirah Rasyiqah. Wajah suci murni Zinnirah Rasyiqah yang dirindui. Akan tetapi dia tidak pasti apa perasaan yang sebenar. Dia masih berbelah bagi. Lebih-lebih lagi keluarganya selalu memburukkan keluarga Zinnirah Rasyiqah.
"Dah? Jom.. kita jalan-jalan.."
Zinnirah Rasyiqah mengangguk. Dia hanya menuruti Hadi.
***
"Hadi... Mak tak suka Hadi selalu keluar dengan Zinnirah tu. Keluarga dia bukan orang baik-baik... "
"Mak.. Hadi sayang Nira... Jangan lah macam ni. Kalau Nira tu tak baik... Dia tak hormat mak..."
"Budak Zinnirah tu bukan baik pun.. Selama ni kau tau ke yang dia buat apa kat KL? Kau dekat kampung.. dia kat sana... "
"Dia budak baik la mak.. Jangan macam ni... "
Hadi sudah tak tahu macam mana lagi nak meyakinkan mak dia. Mak dia selalu memburukkan keluarga Zinnirah Rasyiqah. Mereka bertunang pun maknya terpaksa turuti.
YOU ARE READING
Lelaki terakhir
Romansa"What do you mean dia lelaki terakhir you? Habis I ni siapa pada you?" Tegas Hadi. "You is you... Dia adalah dia... Dan dia tidak hiprokrit macam you..." Zinnirah Rasyiqah menjawab dengan tenang. "Abang ke lelaki terakhir Rasy? Rasy confirm ke ni...