Bab 7

431 17 0
                                    

Zinnirah Rasyiqah memasuki ruang parking di halaman rumah keluarganya itu. Hanya tinggal sehari majlis perkahwinan akan berlangsung. Hatinya masih berdebar-debar. Khemah sudah pun siap di pasang. Segala persiapan telah pun dilakukan. Dia bukan tidak mahu balik awal. Tetapi kengkangan kerjanya membuatkan dia terpaksa balik lambat.

"Hah.. Baru sampai?... Lambatnya kamu Zien.. mak ngah tahu la semua persiapan, ibu dengan ayah kamu yang buat.. Mentang-mentang tak ada majlis berinai.. Tak kan la sampai hati kamu buat mereka macam tu?"

"Mak ngah.. Zien bukan tak nak balik... Zien memang tak dapat balik awal.. " Dengan lemah lembut Zinnirah Rasyiqah menjawab. Dia terus melangkah masuk ke dalam.

Pelamin putih berlatarkan biru menarik perhatian Zinnirah Rasyiqah. Dia berdebar-debar. Langkah diteruskan ke bilik. Dilihat biliknya juga sudah siap seindah bilik pengantin. Hatinya mulai gusar. Beg yang dikendong di letak bawah. Zinnirah Rasyiqah duduk di birai katil.

'Betul ke apa yang aku buat ni? Esok harinya... Tapi aku tak rasa bahagia... ' Zinnirah Rasyiqah bermonolog sendiri.

" Zien.. dah-dah la tu berangan.. Tak lama pun lagi.. Tinggal esok je.." Suara Mak Siah menyebabkan Zinnirah Rasyiqah tersentak.

"Mana ada ibu..."

"Tengok tu.. Dalih lagi... Jangan nak temberang ibu la.... Tadi bahu terangkat.."

"Iye la ibu.." Zinnirah Rasyiqah mengalah.. Ibunya itu lagi arif mengenainya.

"Dah.. jangan nak berangan. Pergi mandi.. solat... Makan... Nanti lepas Isya' diorang nak pakaikan Zien inai..."

"Iye la.. ibu.... " Zinnirah Rasyiqah akur.

Usai selesai solat isya', Zinnirah Rasyiqah mengenakan tudung dan ke ruang tamu. Riuh suasana rumah ibunya itu. Saudara mara dari dekat mahupun jauh duduk bertandang. Tangannya di tarik oleh mak usunya. Jarinya mulai di penuhi inai.

"Zien... " Zinnirah Rasyiqah tersentak.

"Hei.. Zien.. berangan eh? Ingat ape? Tak payah nak berangan lagi... Esok dah majlis pun..."

"Mana ada mak usu.  Zien tengah khusyuk tengok mak usu letak inai tu..." Sambil muncungkan bibirnya itu

"Iye la tu..."

"Iye..."

" Zien.. kamu tak takut ke? Esok dah majlis... "

"Mak usu ni tanye macam dia yang nak kawin... Mak usu takut ke?"

"Mak usu ada juga rasa berdebar-debar.."

"Apalah mak usu ni..."

Selesai Zinnirah Rasyiqah memakai inai. Mak usunya itu terus ke dapur membantu. Suasana kampung masih mengamalkan tradisi rewang.

***

"Qis... Mak.. Cepat la... Nanti lambat pula kita.."

"Hish.. Ram ni... Macam budak-budak... excitednya dia..."

" Aah mak... Macam dia pula yang nak kahwin nak cepat-cepat... Sabarla Abang Ram... Yang kahwin tu Zien dengan Hadi.. Bukan Abang pun... Yang nak cepat-cepat kenapa?" Qistina tahu yang abang angkatnya itu bukan tidak sabar untuk pergi majlis tu. Tetapi tidak sabar untuk melihat wajah Zinnirah Rasyiqah. Qistina tahu perangai abang angkatnya itu.

"Iye la... Ram tunggu ni... Tapi cepat la... Majlisnya kan dah tak lama lagi.."

" Abang.. you jangan excited  sangat.. Nanti you  yang menangis tau..." Qistina mula beri warning. Takut abang angkatnya itu nanti yang menangis melihat orang yang dipuja nikah dengan orang lain.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now