Bab 10

396 15 0
                                    

"Wah... Cantiknya.." Zinnirah Rasyiqah terpegun dengan keindahan.

"Cantikkan... Abang suka tempat ni.."

Masjid Sultanahmet atau Masjid Biru tempat pertama yang dilawati mereka.

"Rasy nak tahu tak yang Masjid ini di bina pada tahun 1609 pada  zaman Uthmaniah . Ia  terletak di sekitar kawasan Sultanahmet. Masjid ini di bina untuk menandingi Haghia Sofia yang ketika itu terkenal sebagai masjid yang terhormat di Istanbul."

Zinnirah Rasyiqah dan Qistina menjadi pendengar setia sepanjang melawati setiap pelusuk masjid itu.

"Sultanahmet membina masjid itu sebagai masjid pertama di zaman beliau sebagai lambang kehebatan empayar Turki. Uniknya masjid ini ia ada 6 menara ketika pada zaman tersebut semua masjid hanya ada 4 menara sahaja. Rekabentuk masjid juga merupakan gabungan senibina Byzantine serta tradisi islam." Ashram menyambung.

"Dari apa yang abang cakap tadi.. Tak ada kaitan pun dengan nama dia Masjid Biru?"

"Tu..." Kata ashram sambil memuncungkan bibirnya.

Binaan kaca yang asal di dalam masjid ini di datangkan khas sebagai hadiah dari Venice. Tiada sebarang bayaran di kenakan kepada pengunjung masjid ini cuma ia tidak di buka kepada pelancong ketika waktu solat.Kenapa masjid ni di panggil masjid biru?

'Rupanya ia di namakan masjid biru kerana jubin yang menghiasi bahagian dalam dinding masjid menggunakan warna biru.' Zinnirah Rasyiqah bermonolog.

Mereka meneruskan perjalanan ke Haghia Sofia.

"Jom..." Ashram mengajak Zinnirah Rasyiqah

"Korang tahu tak asal usul Haghia Sofia..?" Zinnirah Rasyiqah dan Qistina hanya menggeleng.

Ashram menjelaskan. " Haghia Sofia asalnya adalah sebuah gereja. Ketika Sultan Muhammed ke 11( Sultan Al Fatih )  menawan Constantinople ia menjadikan Haghia Sofia sebagai masjid. Sultan Al Fatih sendiri mengimamkan solat di masjid tersebut. Ketika Kamal Attarturk merampas kuasa di zaman kejatuhan Empayar Uthmaniah, masjid ini di tukar kembali menjadi sebuah muzium."

"Cantiknya tempat ni..." Bersinar- sinar mata Zinnirah Rasyiqah. Ashram melihat dengan senyuman. Matanya hanya kepada Zinnirah. Qistina yang dari tadi hanya memerhati mereka. 

"Zien, aku nak pergi ladies jap boleh tak?" Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk. 

Mereka meneruskan perjalanan ke hippodrome. Zinnirah Rasyiqah dan Qistina hanya mengikut Ashram.

"Hippodrome ini adalah sebuah dataran yang letaknya bersebelahan dengan masjid biru. Sekali pandang binaan hippodrome ini seperti binaan untuk Freemason yang banyak terdapat di mana-mana kota terkenal seperti  Dubai , Vatican City, Washington malah di Putrajaya. Korang tau tak yang dekat Paris pun ada bentuk macam Hippodrome ni. Mereka panggil Place De La Concorde. Tak ada yang menarik pun sebenarnya sebab abang tengok pun dah macam tiang besi je.Ini mungkin tektik Freemason dan Illuminati yang mahu menguasai dunia kerana setiap binaan itu mempunyai maksud tertentu.  Kalau di Mekah ia adalah tempat untuk melontar jamrah dan simbol kita menentang syaitan...." Panjang lebar penjelasan Ashram.

Puas mereka berjalan. Masing-masing keletihan dan pulang ke kamar masing-masing.

***

Deringan telefon membingitkan telinga Zinnirah Rasyiqah. Pantas di jawab panggilan telefon tersebut.

"Woi.. Zien... Kau tak bangun lagi ke?"

"Aku dah bangun la... Cuma malas nak keluar je... " Zinnirah Rasyiqah masih berlengkar di atas katil.

"Wei.. Jomla jalan.. Rugila kalau kau travel jauh-jauh pastu terperap kat bilik..."

"Aku malasla wei... Kau pergi la berjalan dengan Abang Ashram tu... Aku nak tido la.."

Qistina akan tetap mencari idea. Percutian ini memang dirancang untuk merapatkan mereka berdua. Tapi jikalau Zinnirah Rasyiqah macam ni susah.

"Wei... Baik kau siap-siap sebelum Abang Ashram call... Kalau dia call nanti kau tak boleh bagi alasan wei..."
Qistina cuba untuk menjerat Zinnirah Rasyiqah.

"Aduhai... Iye la.. aku siap-siap... 10 minit lagi aku dekat lobby..." Zinnirah Rasyiqah meletak ganggang telefon. 

'Kenapalah aku ni boleh setuju bercuti dengan Qis. Sabar aja la... Qis ni pun satu. Kenapalah nak membabitkan aku dengan Ashram...' Zinnirah Rasyiqah mengomel sendiri. Terleka yang dia telah berjanji dengan Qis 10 minit.

Deringan telefon menyentakkan lamunan Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah pantas mengangkat.

" Kejap la Qis. Aku nak siap lah ni..." 

" Rasy... Abang dengan Qis ada dekat lobby ni... Kitaorang tunggu nak breakfast  dengan Rasy.."

"Oooh.. ok..." Zinnirah terus meletak ganggang telefon. Bergegas mandi dan bersiap.

Pintu lif terbuka. Kemesraan Qistina dan Ashram terpancar. Mereka bergelak ketawa. Zinnirah seakan cemburu melihat kemesraan itu. Mahu sahaja dia naik semula ke kamarnya. Tetapi terlambat kerana Ashram telah pun melihat Zinnirah Rasyiqah.

"Ha.. sampai pun Rasy... Nasib baik kita backpack je.. Kalau ikut Travel Agency semestinya kita tertinggal... " Ashram melawak. Qistina hanya tersenyum apabila Ashram melawak lebih menuju ke Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah buat muka bosan.

Ashram perasan Zinnirah Rasyiqah seperti kebosanan.

"Dah jom la jalan.. Tak payah nak beramah mesra sangat.." Ujar Zinnirah Rasyiqah.

Mereka bergerak menuju ke Basilica Cistern. Zinnirah Rasyiqah terpegun. Seumur hidupnya tidak pernah dia melihat tempat seperti ini. Sebuah tempat simpanan air yang besar seperti sebuah istana. Terletak di seberang jalan berdekatan dengan Haghia Sofia. Digelarkan sebagai Sunken Palace yang telah berusia lebih 1000 tahun.

"Asal Basilica ini merupakan sebuah pusat seni, ekonomi dan undang-undang di zaman Rom. Di Basilica ini air di salurkan kepada orang awam melalui lubang-lubang di siling yang di tebuk seperti telaga. Di zaman pembinaannya di khabarkan seramai 7000 orang hamba terkorban. Maknanya tempat ni ramai orang mati he he..." Ashram menerangkan.

"Abang Ashram.. Kalau ramai yang mati.. Mesti banyak hantu kan....?" Qistina bertanya dengan Ashram apabila melihat Zinnirah Rasyiqah gusar. Dia tahu yang Zinnirah Rasyiqah penakut.

"Entah la... Tapi kalau kat Malaysiakan macam tu... " Ashram menjawab tanpa syak wasangka.

"Dengar tu Zien.. Kat sini banyak hantu... Kau nampak tak?"

"Woi... Janganlah tegur.. Dia dah pandang aku semacam nih..." Zinnirah Rasyiqah semakin resah. Dia seperti tidak senang duduk. Bulu romanya tegak berdiri.

"Rasy ok tak? Abang main-main je tadi.." Ashram jadi serba salah.

"Dah... Jom.. Lagi banyak cakap lagi menakutkan. Macam-macam ada kat sini." Zinnirah Rasyiqah mengajak mereka beredar. Mereka bertiga terus bergerak ke Miniaturk.

"Jom... ni tempat terakhir untuk hari ini. Esok kita dah nak bergerak ke tempat lain. Taman miniature yang konsepnya sama seperti Mini Europe di Brussels yang saya pernah singgah semasa di Belgium dulu. Kanak-kanak mesti suka tempat macam ni. Di Miniaturk kita boleh lihat 105 monumen-monumen kecil senibina dari zaman Byzantine hinggalah ke zaman Empayar Othmaniah. 45 model senibina ini datang dari Istanbul , 45 dari daerah lain di Turki dan 15 model lagi di bina oleh orang Turki yang berada di sempadan negara lain. Model -model bangunan ini termasuklah semua destinasi popular atau tempat menarik di Turki ."

Mereka bergerak melawat setiap pelusuk taman ini seperti yang di terangkan oleh Ashram. MKereka juga sempat ke Grand Bazaar merupakan salah satu tempat menarik di Turki dan paling popular untuk pelancong membeli belah. Ia merupakan pasar berbumbung yang tertua di Turki dengan keluasan sebanyak 54000 meter persegi. 

Selesai semuanya, mereka pulang ke kamar masing-masing. Keletihan.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now