Bab 55

103 2 0
                                    

Pejam celik, pejam celik sudah sebulan Zinnirah Rasyiqah berada di hospital. Dia masih di tahan di wad untuk pemantauan lanjut akibat daripada hilang ingatan. Kakinya juga sudah mulai sembuh cuma masih belum sembuh sepenuhnya. Sepanjang tempoh ini jugalah yang hanya melawat keluarga terdekat sahaja.

"Assalamualaikum..." Qistina membuka pintu wad.

"Waalaikumusalam..." Zinnirah Rasyiqah menoleh ke pintu wad. Wajahnya sayu.

Hatinya masih mengharap kehadiran Azary Azzri. Lelaki yang berjaya membuat dia rasa selamat.

"Zien... Kau okey tak hari ni?"

Memandang kawan baiknya itu dengan rasa pelbagai.

"Kau dah kenapa? Aku okey lar... Aku dah boleh discharge hari ini... Qis... Aku ikut kau balik eh... Aku nak kerja balik lar... Agak-agak kau lar kan... Aku ni boleh kerja lagi tak? Kau rasa Encik Fattah terima aku balik tak? Aku kena kerja nak tampung hidup aku..."

"Kenapa kau nak kerja? Kan Abang Ram dah tinggalkan segalanya untuk kau... Rumah, kereta, duit belanja... Kau tak perlu pun kerja... Semua kelengkapan dah pun cukup...."

"Qis... Duit tu memang Abang Ash dah tinggalkan banyak untuk aku... Tapikan, kalau aku guna... Macam aku tarah gunung makin lama makin sikit... Lepas tu aku nak makan apa? Lepas tu macam mana aku nak hidup?"

"Betul juga... Tapikan... Kau kan ada laki... Tak kan lar laki kau tak nak bertanggungjawab dengan kau?"

"Qis... Kalau kau tak nak tolong tak apa lar... Aku usaha sendiri... Aku tak akan sesekali menyusahkan orang lain..."

Zinnirah Rasyiqah berkecil hati dengan kawan baiknya itu. Hatinya pedih semula apabila dia menyebut mengenai suaminya itu. Sudah sebulan dia berada di hospital, jangankan nak menjenguk menelefon pun tidak. Suaminya itu seperti tiada hati dan perasaan.

"Qis... Kau rasakan aku ni ada harapan lagi tak dengan Abang Az?"

"Azzri?"

Zinnirah Rasyiqah mengangguk.

"Zien... Kau taukan semua sayang kau... Kau kena kuat tau... Aku tahu... Azzri masih marahkan kau... Dia tak tahu apa yang pernah berlaku pada kau... Macam Arwah Abang Ram... Abang Ram nampak semua yang berlaku... Kau jangan risau... Satu hari nanti dia akan kembali juga pada kau... Aku yakin... Kalau dia tak sayang kau, tak mungkin dia akan kahwin dengan kau... Cuma cemburunya melampau segalanya.... Kau jangan macam ni... Aku akan sentiasa ada untuk kau... Kau kena bangun Zien... Kau tak boleh macam ni... Kau sorang je sahabat aku dunia dan akhirat..."

Qistina memeluk Zinnirah Rasyiqah.

"Eh jap..."

Qistina menolak lembut kawannya itu. Memandang jelas ke dalam matanya. Zinnirah Rasyiqah pelik.

"Kau dah dah okey ke? Ingatan kau dah baik ke?"

Qistina mulai rasakan yang Zinnirah Rasyiqah dah mula ingat.

"Aku okey lar... Aku tak lupa lar... Aku ingat apa yang jadi kat aku sampai aku ada kat sini..."

Zinnirah Rasyiqah geram dengan Qistina. Bila masanya pula dia lupa segala bagai.

"Tak lah... Hari tu kan, doktor cakap kau ade short term memory lost..."

"Hahahahaha..." Zinnirah Rasyiqah tergelak besar. Qistina memandang pelik.

"Aku dah okey la... Dah ingat pun... Kalau tak doktor tak bagi aku balik lagi... Kau ni pun la hai..." Zinnirah Rasyiqah memukul lengan Qistina.

"Eh Qis... Nanti aku duk dengan kau ye sementara... Lepas tu aku balik rumah Abang Ash..." Qistina hanya mengangguk. Hatinya hiba melihat keadaan kawan baiknya itu. Tidak sanggup lihat penderitaan kawan baiknya itu.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now